Friday, December 21, 2007

BUJANG!


hujan semakin rancak membasahi bumi,

air mata semakin lebat di kulit pipi,

hati semakin kuat meratap sepi,

minda semakin khusyuk melayan sunyi,



bumi fahami perasaan hati,

lalu hujan turun menemani air mata,

sepi dan sunyi yang dirasa,

membuat minda dan jiwa menderita,



aku putuskan agar diri terus membujang,

agak tidak kecewa lagi!

Monday, December 17, 2007

warkah menjelang tahun baru..


Pagi berarak petang, petang menusur malam, malam berganti siang, hari-hari berlalu tidak terasa. Tahun baru menjelma tiba, tapi kita tidak pernah tahu apa yang terisi di masa dahulu.

Detik demi detik, peristiwa demi peristiwa dialami namun terkesankan dijiwa? Cuba kita bermusibah diri seketika dan tanya pada diri apa yang harus dimiliki dan apa yang mesti dijauhi.

Usia bukan semakin muda tapi merangkak tua. Semakin banyak kedut dimuka bukan semakin tegang kulit yang tua. Tulang yang gagah sudah lumpuh tiada setanding waktu remaja.

Hari ini bukanlah masa untuk kita bermain seperti zaman kanak-kanak bukan juga masa untuk bergurau-senda, kini adalah masa untuk berlumba mengejar kejayaan, berlari untuk mendapatkan apa yang mahu dimiliki dan bersedia menghadapi masa hadapan.

Era ini siapa yang lambat tercampak jauh kebelakang manakala siapa yang cepat dia yang melonjak keriangan.

Bukan bermaksud materialistik cuma ingin menjadi lebih realistik. Waktu ini semuanya berasaskan wang. Tiada duit kita papa, adanya wang kita senang.

Saat ini kita perlu menyemai perasaan pentingkan diri kerna dek sikap yang terlalu membantu insan lain menyebabkan kita kekal di takuk yang lama walhal orang lain sudah maju setapak kehadapan.

Tahun 2008 yang akan tiba kita semai perasaan indin bersaing agar kita juga tidak ketinggalan dan terus mengorak langkah selangkah kehadapan tanpa perlu pandang kebelakang lagi.

Semoga azam baru yang telah disemai didalam hati akan kita miliki dengan sedikit usaha dan berkat. Selainnya kita tawal lah kepada DIA yang maha esa.

SELAMAT TAHUN BARU 2008...

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...



Thursday, December 13, 2007

BIAR!!!

Biar ditanam ke dalam bumi,
Aku lah permata yang berkilau,
Biar dibaling ke dalam laut,
Aku lah mutiara yang bersinar,
Biar dilambung ke langit tinggi,
Aku lah bintang yang bercahaya,
Meski dicampak ke tong sampah,
Aku lah besi buruk yang berharga!!!

Keindahan Dunia...

Jiwa yang meronta memecah hening subuh… minda berputar, jiwa meronta hiba, mengenang nasib diri yang kerdil juga hina di tempat berpijak kini.

Kehidupan yang tidak pernah adil menyebabkan kita sering mencari keadilan didalam diri. Siapa yang ingin mendengar rintihan hati? Kehendak diri? Juga keinginan perasaan. Semua berlumba mencari kuasa dan harta lantas cinta di alpa.

Siapa berharta dan berkuasa manakluki cinta. Argh!!! Itu bukan cinta itu dusta! Kasihan melihat insan miskin, hina dan lemah di tindas umpama tiada perasaan!

Kini keluarga berkelahi sesama sendiri demi harta dan kuasa! Adik beradik bertekak hingga lupa akan pertalian darah mereka demi kekayaan! Manusia sesama sendiri kalah dengan nafsu lantas perang tercetus!

Melihat keratan akhbar di dada surat khabar semua tentang peperangan! Semua tentang pembunuhan! Semua mengenai rahsuah!

Merintih sedih hati tatkala melihat wajah si kecil kaku tak bernyawa angkara senjata! Kasian dijiwa melihat wanita-wanita menangis memerhati anak-anak mereka meragam kelaparan, meraung kesakitan, juga memerhati suami tercinta mengancam nyawa mempertahankan isteri tercinta dan anak-anak tersayang! Pedih dijiwa melihat lelaki-lelaki mengorban diri semata menentang pengganas yang tiada perasaan!

Dimana hak mereka untuk bebas dan merasa nikmat hidup di dunia fana ini!

Lupakah kita hanya SATU yang berkuasa di alam ini? Tiada lain yang berkuasa di alam maya ini kecuali DIA. DIA yang mencipta tempat ini! Tidak ingatkah kita yang kita cuma menumpang! Yang kita cuma meminjam untuk seketika cuma!

keindahan pantai!





ESPLANADE MIRI, SARAWAK!!!

Puncak Perdana...

Hari berlalu bergitu cepat. Hari untuk kembali ke puncak perdana semakin hampir dan aku masih belum bersedia. Ini adalah semester yang bakal mencabar aku.

Hidup berdikari seorangan di bumi orang agak mengerunkan. Bak kata perpatah, hujan emas di bumi orang lebih baik hujan batu di negeri sendiri. Namun demi mengejar cita-cita dan harapan mak dan ayah akan ku sahut cabaran itu.

Aku bernasib baik kerna mempunyai ramai kawan-kawan di bumi asing ini. Benarlah hidup tanpa sahabat tiada gunanya, cuma, kita yang harus memilih. Yang elok kita ambil, yang tidak elok kita jauhi.

Kawanlah tempat dituju selepas ahli keluarga untuk berkongsi masalah. Hanya mereka lah yang mampu memahami kita. Bukan kerana mengunakan mereka tapi itulah makna persahabatan.

Hari ini kita memerlukan mereka dan mungkin esok atau lusa mereka pula yang perlukan kita.

Aku bersyukur mempunyai himpunan sahabat yang pelbagai dan menerima malah memahami aku.

Wahai teman, berjumpa kita di PUNCAK PERDANA!!!

perasaaan

Keserasian adalah perasaan yang paling penting yang harus ada di dalam sesebuah perhubungan. Tanpanya tiada erti sebuah hubungan itu.

Keserasian tidak boleh dicari tapi ianya datang dari dalam hati. Jangan pernah menipu diri dek kerna terpesona pada fizikalnya tapi kagum lah pada keserasian yang dirasai bila bersamanya.

Bila menipu banyak padahnya. Bermulalah kisah cinta yang sungguh indah dan akan berakhir dengan pernderitaan yang amat perit. Maka sekejap saja lah kebahagiaan yang dirasakan, mungkin sebulan, seminggu malah tidak mustahil sehari. Barulah kita mula mengaku tiada keserasian didalam perhubungan. Bukankah lebih baik jika dibilang dari awal. Maka tiada hati yang akan terluka.

Mengapa manusia amat payah untuk bersikat jujur? Ikhlas? Tulus? Dan polos? Hukum karma katanya. Mengapa tidak diubah hukum itu. Bukankah kita mampu mengubahnya dengan menundukkan sedikit ego yang ada pada dalam setiap seorang dari kita.

Bangga sangatkah kita untuk melukakan hati insan yang tidak bersalah? Banggakah? Oh! Tidakkah kita kasihan melihat pendita yang mengabdikan diri pada cinta kita di luka tanpa alasan. Bersalahkah mereka? Hina sanggatkah mereka yang mengagungkan cinta?

Mengapa susah sangat untuk kita manusia untuk menundukan ego kita? Kenapa kita suka sangat untuk melarang perasaan yang dilarang didalam jiwa kita untuk menguasai kita!

Pernahkah kita terfikir untuk berada di tempat pendita yang kita sakiti? Sanggupkah kita rasa apa yang mereka alami? Akurkah kita untuk menanggung penderitaan yang mereka tangung? TIDAK! TIDAK! TIDAK! Itu adalah jawapan kita. Tiada siapa yang sanggup berdepan situasi itu, mengalami rasa itu atau menghadapai bebanan itu! Tiada seorang pun.

Jadi larang lah perasaan yang dilarang itu agar kita lebih bersikap tulus, polos, jujur dan ikhlas kepada diri sendiri, insan lain juga kepada perhubungan yang cuba kita bina.

Sunday, November 25, 2007

Buat BUDAK GATAL!

Deru angin sayup kedengaran dikegelapan malam. Kesejukan embun menusuk sendi-sendi tulang. Malam seperti memahami hatiku yang sepi berlagu pilu.

Perkenalan yang tak dirancang mencampakkan aku ke lembah kerinduan yang tak pernah sudah. Aku yang masih berteman ketika itu merahsiakan perhubunganku dari nya. Tak tahu mengapa! Adakah aku cuba memainkan persaan insan yang tak bersalah? TIDAK!!! Ataupun aku cuba bersikap curang? TIDAK juga!!!

Pendita itu pandai melayan karenahku. Pandai memanjakan diriku. Ah! Akhirnya dia sudah berteman dan aku tercampak ke dalam tong sampah! Huh! Tuhan inikah balasan untuk diriku?

Pendita yang seringkali bercakap dengan ku dicorong telifon bimbit sudah hilang! Pendita yang senangtiasa menghantar pesanan ringkas sudah menyepi! Pendita yang acapkali membuat pilihan menu untuk ku sudah pergi!

Ini tidak adil!!! Batinku tersiksa… gelak tawamu, suaramu sudah hilang menyepi pergi jauh ke kerak bumi! Aku disini menanti hari untuk terserempak denganmu lagi…

Telah ku didik nafsu ku, telah ku asuh minda ku malah telah ku baja hati ku agar bisa aku melupakan mu namun GAGAL! Aku TEWAS!

Benar aku bersalah. Aku mengambarkan diri ku sebagai lelaki SEDIH! Memang sedih dek dilayan oleh kekasih sendiri umpama insan asing! Bersalahkah aku mencari seseorang yang lebih baik untuk diriku? Salahkah aku!

Biar diberi peluang sedetik untuk membela diri, aku tetap bersalah! Aku tetap lelaki JAHAT, aku tetap lelaki LEMAH, aku juga tetap lelaki CURANG!

Benar kata Dato’ A. Samad Said “setiap apa yang dihasrat tapi tak didapat adalah nikmat yang paling padat” kerna SETIAP SATUNYA ADALAH SATU-SATU NYA!

sahabat karib

Selamat bercuti sahabat-sahabat semua. Takziah diucapkan kepada Farish diatas permergian bonda yang tersayang ke rahmatullah. Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah…

Banyak penghinaan yang ku terima dari teman yang amat ku hargai sebagai sahabat sejati sebelum ini. Rupanya itu semua lakonan nya untuk meraih simpati dari teman-temanku yang lain. Banyak cerita palsu tentangku dilemparkan.

Padanlah semua tidak ingin mendekatiaku, mendampingiku. Ya, benar bagai dikata mulut adalah senjata paling berbisa untuk membunuh diri kita secara senyap! Mulut mu sangat berbisa, SAHABAT!

Mungkin tiga semester yang berlalu aku mampu memekakkan telinga tapi kini aku harus bertindak… maaf, aku tak bisa menerima kehadiranmu dalam hidupku lagi! Aku tak mampu menggangap dirimu sahabat ku lagi cukuplah sekadar teman biasa.

Manusia yang ku sangka madu selama ini adalah racun rupanya… biarlah tapak ku buruk namun aku punyai isi yang sempurna dari tapak yang cantik luaranya tapi tiada gunanya jika isinya cacat!

Ingat wahai teman mungkin sekarang orang disekelilingmu masih mendampingimu erat tapi suatu hari kelak kau pasti disisihkan jua dan aku tahu disaat itu akulah manusia yang kau cari!

Penderitaan yang ku tanggug sangat berat hanya kerna kata-kata palsu mu itu. Aku dituduh PENCURI, PENIPU, PERAMPAS dan bermacam-macam lagi. Aku rehda… biarlah sekalipun mak dan ayahku tak mampu memberikan komputer riba, telifon bimbit meski pun digital single lens reflect (dslr) tapi aku bukan ngomong kosong. Aku ada bendanya walaupun kau hebohkan kepada semua aku berlagak menggunakan wang pinjaman pelajaranku tapi cukuplah sekadar aku bersyukur punyai mak dan ayah yang bertanggungjawab.

Biarlah apa pun yang kau kata asalkan aku tidak menghabiskan wang pinjaman pelajaran ku dengan membeli-belah di warehouse sale! Dan dikemudian hari meminta belas kasihan orang untuk sesuap nasi! Bak kata perpatah “meludah kelangit terkena muka sendiri”…

Insaflah teman ku agar masih ada ruang untuk insan disekelilingmu menerimamu semula…

Monday, October 29, 2007

ekonomi yang mengila!

minggu peperiksaan sudah pon bermula.... ia dimulakan dengan subjek ekonomi.. argh... sangat mengila.... aku tertekan dek kertas itu.. melihat soalan pada kertas itu membuatkan aku muak... sesak nafas dan bermacam-macam lagi... huh...
aku hanya mampu bertahan selama 1 dan setengah jam sahaja di dalam dewan peperiksaan... membiarkan diri duduk lama didalam dewan itu umpama membiarkan pisau menikam dadaku...

subjek berikutnya adalah current issues in malaysia... walaupun agak senang dan boleh score tapi aku kena berhati-hati.. over confident menyebabkan aku lalai dalam menjawab soalan...

hue..hue..

rabu minggu depan aku akan berdepan dengan kertas publishing yang diajar oleh encik jem....

*wink*

Sunday, October 21, 2007

20 tahun 1 hari...

masih belum terlambat kiranya untuk aku mengucapkan selamat hari raya pada kalian. maaf zahir dan batin.semalam 20 oct 2007, genaplah usiaku 20 tahun... SELAMAT HARI JADI, ELYIAS OMAR...

aku menanti pesanan ringkas dari seseorang yang bernama kekasih menyebabkan aku tidak dapat tidur, awal pagi semalam namun aku tewas juga dengan kehendak mata lalu tidur... aku masih menanti dan terus menanti namun tiada sebarang pesanan ringkas apatah lagi panggilan telifon dari nya. HAMPA...

aku hanya mampu berdiam diri.. aku tak mampu untuk mendesak.. aku juga harus faham akan situasi nya...

tapi...

cubalah memahami diriku kekasihku!!!

Monday, October 15, 2007

Menjelang hari presentasi...

Menjelang hari presentasi advertising pada 04102007, aku bersama-sama 5 ahli kumpulan aku yang lain sibuk membuat persiapan terakhir. Kami menamakan kumpulan kami sebagai RING D” ALARM! Dalam kesibukan aku, dya, kak wani dan asyh memerah tenaga untuk menghasilkan hasil kerja yang baik, dua ahli kumpulan yang lain, lala dan sara, hanya sekadar umpama melepaskan batuk di tangga. Jika bukan kerana mereka berdua mana mungkin kami mengalami kesalahan printing! Mana mungkin kami harus bersengkang mata! Mana mungking silde show kami dibuat di saat-saat akhir! Terngiang-ngiang di telinga dya mengingatkan kami semua supaya menghantar kerja sebelum isnin supaya dapat di satukan kerja-kerja kami dan dapat di”print” pada hari isnin, iaitu 3 hari sebelum hari presentasi! Rasional nya dya berbuat demikian adalah supaya kami tidak payah bersengkang mata lagi! Supaya kita ada masa untuk membuat latihan! Namun, kedegilan mereka untuk menyiapkan kerja, keasyikan mereka melambatkan kerja membuat semua itu terjadi! Lambat printing, kurang latihan terjadi! Alasan mereka nak buat booklet, habis aku, dya, kak wani dan asyh tak perlu buat booklet? Malah aku, kak wani dan asyh mmpunyai presentasi akhir untuk subjek PUBLIC RELATIONS pada hari jumaat sehari selepas presentasi advertising! Walhal, bukan kami tak tahu mereka berdua asyik keluar! Bersuka ria! Apalah sangat kerja yang kami bagi pada mereka untuk disiapkan! Setakat dua, tiga muka surat pun tak boleh nak siap… buat kerja orang lain boleh plak. HEI!!!! Bangun, kenapa harus nak bersusah payah buat kerja orang lain kalau setakat nak meraih cinta nya! Ingatlah dia sekadar mengambil kesempatan. Tekanan semakin terasa sewaktu hari presentasi akibat sabotaj yang dilakukan. Dengan muzik tidak dibuka setelah MISS SHIFA memotong riben, dengan slide show kamu di”DELETE”! malang apakah menimpa kami ini… dengan aksi orang yang tak buat kerja tetepi berlagak seperti dia yang buat kerja dari A to Z! kesian lala, diatas kebodohan diri sendiri dalam memilih teman, akhirnya diri sendiri yang terkena. Tidak mengapa lala, masih ada waktu untuk dirimu mengubah dirimu. Malam itu Miss Shifa hanya menghabiskan kelas pada pukul 12.45 pagi! Banyak benar tragedi berlaku malam itu. Seronok, sedih, sakit hati, dan bermacam lagi perasaan yang terasa.

Selamat tinggal semester 4…

Aku menantimu untuk dicabarmu semester 5!!!

Thursday, September 27, 2007

Menjelang hari pembentangan...

minggu ini adalah minggu-minggu akhir sebelum minggu perperiksaan. huh... maka semua akan sibuk dengan tugasan masing-masing. tak kurang jugak dengan persiapan untuk pembentangan masing-masing.

aku jugak tidak terlepas dari kesibukan itu!!!!

minggu depan aku akan berhadapan dengan 3 pembentangan yang agak mengerunkan. minggu itu dimulakan dengan ujian subjek ekonomi pada hari isnin. pada sebelah malam hari selasa en muis, pensyarah broadcasting aku juga mengadakan ujian. huh...

hari rabu adalah aku waktu kemuncak segala-galanya... semua akan membut latihan terakhir sebelum pembentangan advertising pada malam hari keesokkannya. huh...

sebelum pembentangan advertising pada belah malam hari khamis itu, aku mempunyai pembentangan booklet untuk cik faizah bagi subjek publication production!... tekanan... tertekan...

huh...

tidak habis disitu namun aku masih mempunyai pembentangan terakhir pada hari jumaat pada sebelah malam iaitu perbentangan untuk public relations...

huh...

janji ku pada cik shifa, cik faizah dan miss jo kami akan memberi yang terbaik untuk kalian!!!!


p/s -> gambar-gmbar semasa pembentangan akan aku tunjukan pada minggu hadapan..

TUNGGU!!!!

Tuesday, September 25, 2007

BERHENTI MEROKOK


Ini adalah Poster yang aku buat untuk subjek publication production... Harap-harap Cik Faizah menyukainya.... Kempen berhenti merokok walaupon aku PENGHISAP rokok...

Mengelak adalah cara terbaik...

Aku tak tahu apa yang menarik aku untuk menghantar pesanan kedapa pendita ini. Banyak kali aku berfikir sama ada hantar mahupun tidak pesanan kepada nya. Akhirnya aku menghantar pesanan yang telah aku tulis itu.

Tekanan akibat kehilangan telifon bimbit jua mendorong aku untuk menghantar pesanan kepadanya melalui e-mail. Aku perlukan teman untuk berbicara saat itu. Hadiah hari jadi aku yang bakal berlangsung bulan depan sudah HILANG walhal hari nya belum tiba. Maaf ayah...anak mu gagal menyimpan amanat itu.

Kini sudah 13 hari aku mengenali pendita yang ku tegur melalui pesanan yang ku hantar kepadanya. Kami berhubung melalui sistem pesanan ringkas melalui telifon bimbit. Nasib baik teman sebilik ku WARDY berhati mulia untuk meminjamkan telifon bimbit kedua nya kepada ku.

Kadangkala kami berhubung melalui panggilan yang dibuat olehnya. Kesenangan berbual dengan nya menyebabkan hubungan antara kami semakin akrab. Kini sudah beberapa kali kami bersua muka.

Perasaan apakah ini? Jangan... matikan perasaan itu. Matikan perasaan yang baru saja berputik itu. Makin berjaya aku mahu matikan nya makin banyak baja yang dicurahkan dirinya tanpa sedarnya.

Biarla hubungan kita sahabat selamanya. Aku tak sanggup dikecewakan olehnya. Aku tak mahu ditinggalkan olehnya kerna setiap kali mendenfar suaranya aku gembira dan setiap kali menatap wajahnya aku bahagia. Lupa segala sengsara dan problema.

Peristiwa yang berlaku tempoh hari menyebabkan aku menunggu pesanan ringkas darinya, menanti panggilan telifon suaya bisa aku mendengar suaranya dan menyebabkan aku tak dapat menahan sabar untuk bertemu dengannya.

Kini jalan terbaik untuk mematikan perasaan itu adalah dengan mengelak dirinya. Aku cuba untuk tidak menghantar pesanan ringkas dari nya, aku cuba melayan pangilan telifon nya sambil lewa TETAPI aku yang menderita, aku yang sengsara dan aku juga yang merana.

Huh... aku akan mengelak dirinya untuk kebaikan diriku, dirinya dan juga hubungan kami!

Wednesday, September 19, 2007

RAMADHAN...yang mulia...

hari ini merupakan hari ke-7 kita di bulan RAMADHAN yang mulia ini... bermakna hanya tinggal kurang 24 hari lagi kita akn menyambut AIDILFITRI... seronok nya.... aku akan pulang ke KUCHING tidak lama lagi namun sebelum itu terlalu banyak kerja yang menanti untuk disiapkan... advertising, publication production and current issues... and plus economic... huh... jamming kepala hotak nie.....


Sangat rindu kt AKMAL... kalo balik umah akak aku mesti gadoh jerk ng budak nie... tapi die la penghibur hati ku disetiap ketika aku di rumah itu...


Karenah Akmal sentiasa mengembirakan aku...




ini pula adalah keluarga sebahagian dari keluarga ku.. aku bersama bonda yang tercinta disamping kakak ku dan 2 orang anak lelakinya AKMAL dan AIMAN... Telatah AIMAN jugak membahagiakan aku... Gambar ini diambil pada kunjungan Bonda ku ke Kuala Lumpur sebulan yang lepas...


kerinduan aku pada mereka sangat membuak-buak... tak sabar hendaknya mahu pulang ke bumi kenyalang... jua aku rindukan suara Mr. Zaff... :P


My Invitation Card!!!!

this is my invitation card 4 my publication production assgmnt....

simple je.... tapi i puas hati sebab i yang buat sendiri....

Saturday, September 15, 2007

minggu yang amat tragis...

assalamuaikum...



terlebih dahulu selamat menyambut bulan mulia... SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN yang indah...



Kami mempunyai tugasan untuk membuat lawatan kumpulan ke "publishing house" aku dan ahli kumpulan yang lain bersetuju memilih untuk ke syarikat penerbitan yang terletak di sentul raya iaitu PERCEPTION MEDIA SDN BHD...



Kami sesat beberapa jam sebelum sampai ke tempat itu... ohw.... sunguh memenatkan... kepenatan setelah membuat survey dan brainstorming di bukit bintang semalam... pening kepala untuk memilah medium mana untuk tugasan mata pelajaran advertising -> advertising campaign untuk produk MARS BAR...



Seharian di bukit bintang dan melihat sekita kawasan sibut itu sangat memenatkan... huh... tapi itulah hakikat untuk menghasilkan iklan yang baik bak kata miss shifa...



Kembali kepada hari kami ke syarikat penerbitan... Kami sampai di syarikat itu lewat 2 jam dari waktu yang dijanjikan... setiba di sana Editor iaitu MR KUMAR dah keluar untuk makan tengahhari... kami pun pergi untuk mengalas perut di kedai berhampiran... denan berbekalkan wang yang tidak sampai RM30 kami berlima makan berkongsi... sangat kesian kan??? tapi itu lah hakikat menjadi pelajar... bersusah dahulu, bersenang kemudian hari....



Kami kembali sejam kemudian... kami mendapat layanan yang sangat baik... terima kasih PERCEPTION MEDIA... setelah dua jam bertandang ke tempat penerbitan itu kami kembali ke rumah ku...

belum selesai dengan kecelakaan yang meninpa diri aku dan kumpulan ku... aku kehilangan telifon bimbit sekali lagii.... malang nya naseb ku... aku kehilangan telifon itu setelah pulang dari pusat kesihatan setelah berjumpa pak tabib... huhu... mahu sahaja aku menagis tapi apakan daya... menangis air mata darah pon tiada gunanya...

malam nya aku seperti biasa menghadap komputer riba aku dan melayari internet... aku yang emo agak gembira kerana bertemu sahabat baru di internet... kamu berhubung sehingga saat ini...

sengal, klakar dan poyo orang nya... sangat sesuai menjadi penghibur aku yang lara ini... terima kasih MR. ZAFF...

minggu lepas adalah minggu yang tragis sekali mungkin kerna hari lahir ku hampir tiba atau tah... ada rahmat semuanya berlaku bukan...?

aku berharap ianya berakhir disini...

assalamuaikum...

SELAMAT BERPUASA...

Tuesday, September 4, 2007

4 september 2007

Isnin pertama untuk bulan september... aku memulakan hari ini dengan lepak bersama sahabat baru ku... Israq... niat utama untuk mengambil bantal dan terus pulang untuk tidur terbantut apabila terlihat talian untuk “online” terpampang di skrin komputer peribadi Fadhli... agak lama aku “online” dan lepak di umah mereka... aku lantas menemani Israq makan malam di kandang... erm... sebaik pulang dari kandang kami lepak bersama Aizat dan Paul di kaki lima blok kolej. Aku hanya pulang ke rumah sendiri tepat pada pukul 4.33 pagi hari isnin... erm... banyak masa diluangkan untuk berbual. Aku mandi dan tidur.

Aku bangun seawal l 0.30 pagi setelah dikejutkan teman serumah man. Aku mandi kerna sudah berjanji untuk menemani Isham... aku menemaninya ke KL Plaza untuk menghantar external hard disk nya yang rosak... kami ke berjaya times square untuk membeli tiket wayang. Kami mengambil keputusan untuk menonot filem tikus yang suka memasak... RATTATOUILLE... sementara menunggu waktu tayangan kami ke sg wang untuk mencari cakere filem mars attack dan the sign untuk tugasan news capsule Isham... nasib tak menyebelahi kami... kehabisan stok... erm... kami masuk ke dalam panggung agak lewat namun nasib baik cerita belum mula ditayangkan cuma iklan yang menghiasi skrin putih itu... alangkah terkejut hati ini apabila ditegur Lan yang kebetulan menonton cerita yang sama bersama kekasihnya.... perasaan apakah ini??? Gembira berbaur duka juga bercampur kecewa dan sedikit cemburu... biarkan... pertembungan yang cuma seketika itu meninggalkan impak yang besar... impak maksima katanya... kami tersekat gara-gara hujan lebat melanda ibu negara. Hampir 2 jam juga kami tersekat disitu. Huh... penat yang teramat. Tiba di kolej hanya pada pukul 11.15 malam... satu hari keluar, lama tak buat keja macam nie.. seronok juga kadang-kadang...

Aku terus balik ke rumah dan mandi. Selesai mandi aku turun semula untuk memenuhi tuntutan perut. Setelah makan bersama Isham aku naik semula ke rumah... kini aku tengah meng”update” blog ini...

Mungkin sampai disini sahaja kerna aku harus mengulangkaji sedikit untuk mid-term test untuk mata pelajaran Publishing...

Jumpa esok En. Jem...

2 September 2007

Hari ini merupakan hari ahad pertama untuk bulan september. Dua september 2007, SELAMAT HARI LAHIR buat seorang pendita yang aku tak tahu apa yang harus ku klasifikasikan. Teman, sahabat, kawan, kekasih, ataupun musuh. Hari ini genaplah usia mu 21 tahun. Maka bebaslah kamu sekarang dalam memilih hala tuju hidup mu. Kamu sudah dewasa. Hanya doa ku mengiringi kamu. Selamat panjang umur serta selamat berbahagia bersama keluarga dan insan teristimewa disamping mu.

Sudah 2 tahun kisah kita berlalu. Aku setia bersamamu, kekal memerhatikanmu dan jua terus mengikuti perkembangan mu. PELUANG KE-2? Mungkin tiada peluang untuk ku bersama mu namun jika ada peluang itu, pasti ku abaikan sahaja. Kerna bagiku masa untuk ku bersama mu sudah berlalu. Aku sudah berbuat sehabis baik untuk mu 2 tahun yang lepas namu kau sia-siakan. Ah… adakah peluang ke-2 untuk ku? Sedangkan dia tak pernah mengingatiku walau sesaat di fikirannya. Masih segar memori bersama kamu. Tak pernah ku lupakan saat itu. Tiada penyesalan walau sekecil kuman untuk mengenalimu tapi kekecewaan sentiasa bersamaku. Aku terkilan dengan dirimu yang tak pernah sedetik pun menghargaiku, aku terguris dengan sikapmu yang tak bisa walau sesaat untuk bertanyakan kabar tentangku dan aku tersinggung dengan pendirianmu yang tegar untuk melupakan ku.

Aku sedar akan siapa diriku, cuma insan hina menagih kasih simpati dari mu tapi mengapa kau beri harapan padaku? Mengapa? Jika benar aku meRIMASkan mu, katakan pada ku agar dapat aku memberi ruang padamu, jika iya aku meLEMASkan mu, bilang saja padaku agar bisa aku memberi waktu padamu agar kau bisa bernafas.

Aku benar-benar terkilan akan kata-kata mu. “elle merimaskan aku. Aku tak pernah suka padanya tapi dia yang terhegeh-hegeh nak kan aku”, “I tak pernah ada apa-apa dengan elle!”, kata-kata apakah ini?

Memang bernar kata orang tua, “sebelum dapat semua indah, carik dan menarik, tapi, bila dah dapat semua nya hina, keji dan jijik”. Mengapa aku harus DITIPU PENIPU yang MANIS berkata-kata? Kenapa aku percaya pada harapan yang diberikan? MENGAPA dan KENAPA??? Semuanya salah diri sendiri...

Bukan niat aku untuk mengungkit tapi setelah sekian lama memendam, aku cuma ingin meluahakan dan berkongsi sedikit bersama kawan-kawan apa yang aku lalui ketika dan selepas bersama mu.

Kamu memang “sweet talker!”. Aku juga yang terpedaya. Sangat indah ketika bersama mu. Perasaan yang ku rasa sungguh bahagia umpama PELANGI yang muncul setelah hujan reda. Tiada kata-kata yang mampu mentafsirkannya. Tidak mungkin dapat ku nafikan, dirimu amat baik, cuma sikap mu yang meninggalkan ku tanpa sebarang alasan membuatkan ku sedikit tidak berpuas hati.

Setelah apa yang berlaku, aku nanar dan hilang arah! Kau memang meninggalkan impak yang besar dalam diriku setelah kau menyepi tanpa kata. Aku hampir gila kerna kamu, aku tak tahu mengapa ianya terjadi? Mungkin aku terlalu membenarkan perasaan itu menguasai diriku sehingga aku berasa begini sehingga kini, walaupun setelah 2 tahun berlalu pergi...

Di hari kelahiran mu, ku mahu kau tahu yang perasaan ku pada mu tetap sama. Dulu, kini dan selamanya aku tetap sayang padamu, masih cinta dirimu!

Juga, ku mahu kau tahu bahawa aku akan sentiasa merindui kamu, apatahlagi setelah kamu kini berada di semester TERAKHIR dan kita MUNGKIN tidak akan bertemu lagi.

Sekali lagi... SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-21...!!!

Monday, August 27, 2007

tenet yang lembab...

sudah hampir seminggu aku tidak menjengguk blog ku... banyak cerita yang hendak dikongsikan... aku terlalu sibuk dengan program satu suara satu hati sebagai biro publisiti... untuk tanggungjawab itu.. aku haruslah menebalkan muka ku untuk "mencapap" di serata kolej. naseb baik muka aku nie muka tembok.. hue..hue.. :) pada minggu ini jugak lah aku harus melangkapkan 3 presentasi untuk mata pelajaran broadcasting dan current issue in malaysia... macam orang gila aku menyiapkan segala tugas itu... namun ku tabahi jua... dari hari khamis aku tidak menemui kawan baik ku.. isham... aku jua telah mengecewakan sahabat akrab ku... riz... huh.. mana masa aku telah pergi... bagaimana harus aku membahagikan masaku.. argh... semua nya salah aku... kalau aku tak mengambil sikap sambil lewa untuk menyiapkan tugasa pasti aku tidak mengalami kekanggan masa seperti ini. rindu terhadap isham semakin membuak-buak... tak sabar rasanya ku ingin bertemu dengan nya... riz... aku tidak mempunyai nilai tambah kredit untuk menghubungimu... maaf wahai teman.. aku ingin berkongsi masalah mengenai tugasan berkumpulan yang harus aku siapkan bersama ahli kumpulan yang lain... kami telah membahagi2kan tugas.. aku acapkali mengingatkan mereka mengenai tugasan mereka... jawapan yang ku dapat hanyalah "chill lah elle..." dengan jawapan sebegitu aku mengharapkan akan ada nya kejutan yang mengembirakan aku namun... hampa... pada hari presentasi... semua ahli kumpulan ku tidak menghadirkan diri.. bagimana harus aku melakukan presentasi? nasib baiklah en muiz memahami situasi diri ini.. huh.. aku diarahkan supaya menghatar tugasan yang perlu aku siapkan yang lain nya diatas tanggungjawab ahli kumpulanku yang lain... ar perdulikan itu semua... jika ku bersimpati pasti aku akan dipijak2... aku harus tegas kali ini... HARUS... bukan tak bersimpati... tapi aku harus bertegas... atas nama sahabat yang ingin kejayaan bersama... aku harus mengingatkan mereka... argh... bergitu kejam diriku.. tapi... itu peringatan supaya aku dan mereka tersedar dari mimpi indah... huh... erm..
akhir nya pada malam isnin aku bertemu jua dengan is... erm... terlerai segala rindu... erm.... ada nya is maka ada tempat aku untuk meluahkan permasalahan yang terbuku dihati... huh... belum habis presentasi kes broadcasting... budak-budak kelas aku dikejutkan dengan presentasi mengejut dari pensyarah current issue... huh... menggelopong aku dibuatnya... huh... pada mas yang sama, sepanjang minggu lepas dan awal minggu ini aku harus membuat publisiti untuk event kiteorg... event yang sangat best dan akan ku pahat di lubuk hati ini... MALAM AKUSTIKA... menyingkap kenangan yang terindah... berbalik kepada cerita presentasi tadi.. huh... setengah gila aku menyiapkan tugasan itu... nasib baiklah aku dah carik bahan... dah download video.. kalo tak? mampus lah jawabnya....
pada hari yang sama aku terkantoi dengan lecturer current issues aku.. aku bilang mahu ke tandas mahu buang air kecil... memang benar aku ingin membuang ari kecil sambil2 mengasapkan diri.. tapi malang tak berbau dan naseb tak menyebelahi aku.. terkantoilah aku..
risau gak..
tapi takpe..
aku terkantoi setelah menyiapkan presentasi aku..
taklah effect markah...
heheh....
oklah.. itu lah kisah hidup aku sepanjanh lewat minggu lepas sehingga awal minggu ini...
to be continue....

Wednesday, August 22, 2007

RABU agak mengecewakan...

Aku bangun awal pagi ini. walaupun aku hanya terlena pada 4.37 pagi tadi aku terjaga dari lena pukul 8.30 pagi. mengapa aku terbangun sendiri? ini kerana aku mimpikan salah seorang pensyarah kegemaran ku.. MISS SHIFA... wajah bengisnya yang cantik amat menakutkan aku. aku berjanji tidak lewat lagi untuk menghadiri kelasnya.kegarangan nya minggu lepas telah hadir semula didalam mimpiku membuatkan aku terjaga. Aku harus bangkit dan mandi. aku tak mahu terlewat tambahan lagi aku akan membuat pembentangan mengenai "ads that i like". aku memilih iklan Chirstian Dior untuk produk minyak wanginya iaitu "J'Adore". aku meminati iklan itu. iklan itu dibintangi Charlize Theron. amt klasik dan bersahaja. argh...cantiknya wanita itu. aku cuba yang terbaik namun aku tidak berpuas hati dengan persembahanku itu. namun tidak mengapa... namun jika dibenarkan aku mengulanginya aku akan pastikan aku akan meraih markah penuh 10 per 10.



itu antara print ads yang aku buat.. namun iklan sebenar adalah tv commercial. kelas tamat pukul 1.40 tengahhari.. penat.. kami hanya mempunyai 25 minit untuk kelas seterusnya.. argh... penat nya... namun ku gagahi jua... kamu mula semula pada pukul 2.10 petang dan kelas hanya berakhir pukul 6 petang. namun kelas petang ini amat aku nantikan.. miss shifa janji nak bagitau produk untuk kami buat advertising campaign end of sem... MARS itulah produk yang harus kami persembahkan diakhir semester... setelah tamat aku dan rakan-rakan terus ke koperasi membeli cholet itu... manisnya... harganya agak mahal.. saja nak rasa produk sebelum boleh membuat reseach bendah lain.. ohw tidak... esok KHAMIS... aku harus menghantar business card dan letterhead. aku ketandusan idea... huh.. walaupun apa terjadi aku tidur dahulu... pada masa yang sama aku menanti balasan pesanan dari si "R" namun hampa... aku tertidur sehinga jam 10.30 malam.. aku terus membuka kmputer untuk melakukan kerja-kerja Cik Faizah... namun aku buntu... sampai saat ini aku masih buntu.. alangkah baiknya jika IZ tidak balik... aku pasti dia akn menolongku... argh... biarlah pertemuan kali ini aku akhiri disini... pagi pun merangkak meninggalkan rabu yang agak mengecewakan ini...

Selasa yang pelbagai...

hari ini aku dikejutkan dengan satu panggilan. Panggilan dari orang yang tak pernah terlintas dalam kotak fikiran ku... ABANG EZRUL... akhirnya aku mengakui wujudnya seorang lelaki yang bernama abang. perasaan yang berbau didalam mindaku... di lubuk hatiku terasa pilu. aku cuba mempertahankan ego ku.. ah... bertahan elle... bertahan... namun jatuh jua titisan air jernih dari mata ku.. ah... biarlah berakhir segalanya semalam.. noktah... usah difikirkan lagi. aku terus mandi dan bersiap untuk kekelas en.jem.. erm.. sangat best kelas tue.. hue..hue... aku mendapat kejutan lagi... teman sefakulti mengunjungiku... CINTA... ya.. dia berbicara tentang cinta. aduh.. dikecewakan oleh insan bernama kekasih. setelah 5 tahun menjalinkan hubungan namun teman nya dengan senang sewenangnya mengatakan "awak tidak pernah memahami saya"... alasan apakah itu... setelah 5 tahun berlalu die pergi dengan alasan yang begitu bodoh hanya kerna ornag ketigan.. kenapa tak dibilangkan saja kepada MEL yang kau sudah tertarik dengan wanita itu.. mengapa harus diberi alasan bodoh!!! MENGAPA!!! tegar kau menyakiti hati dan perasaan insan yang menyayangi mu.. arghhh... MEL ku doakan kau tabah dan selalu cekal menghadapi dugaan hidup... anggaplah ini sekadar warna hitam yang menconteng kain putih mu yang berwarna warni itu... tak mengapa sahabat... buat lah ia sebagai sandaran dan pedoman agar menjadi petunjuk buat mu dimasa hadapan. hampir sejam aku mendengar wanita manis itu meluahkan perasaan. sedih.. tidak tertanggung rasa aku jika aku di tempatnya.. namu dia tabah... jauh dilubuk hati nya aku tak tahu... malam menjelang tiba.. kami pelajar semester 4 harus mengikuti program yang dianjurkan pihak kolej yang bertajuk "SEMANGAT JATI DIRI DAN NEGARA". bosan... penceramah keluar topik akibat dek keghairahan bercerita benda lain... abaikan itu... malam merangkak tua untuk melabuhkan tirainya... untuk digantikan dengan hari rabu yang baru. setelah hampir 2 hari, kini baru aku mampu bertemu dengan teman seRENSEKkan ku.. Is... kami pergi minum petang bersama di tempai kebiasaan, KANDANG! panjat adalah rutin yang biasa... hilang rinduku bersamanya... sekian dulu... apa yang berlaku hari rabu akan ku ceritakan kelak...
assalamualaikum...

Monday, August 20, 2007

isnin

hari pertama dalam setiap minggu selalu terasa begitu lama. aku memulakan hari ini pergi ke kelas publication production, cik faizah. hari ini aku kena hantar business card.



itula rupa design aku। namun masih belum menepati cita rasanya. kalian boleh memberi buah fikiran untuk idea business card ini... dengan kekusutan dan kekosangan minda aku tak fikir aku mampu menjadi seorang yang kreatif. erm.. hari ini jugak aku mengalami perasaan yang berbeda sebelum hari-hari sebelumnya. aku merasakan diri cukup kerdil. tiada pesanan selamat pagi di peti masuk telifon bimbit ku. mengapa? berubahkah dia? erm.. biarlah.. mungkin kepenatan berkerja membuat dia terlupa. sebelum itu credit untuk iz kerana membantu aku dalam menyiapkan business card itu.. gud luck untuk mu sahabat untuk pembentangan untuk mata pelajaran event and management petang karang... miss joe.. ohw she pretty and very nice lecturer... biasalah lecturer muda kan, perangai pon kebudak-budakan.. namun dia cukup memahami kehendak pelajar2 nya... mungkin malam karang aku akan menghabiskan masa di kandang bersama teman-teman ku...


ILYA... what a preety face she has... im adore her skin... Asyh kt sebelah nie tgh sibuk menyipkan kerjanya tapi aku...leka menulis blog ini... Kirana pulak menceriakan susuasana disaat-saat kami tengah TENSI... KIRANA kau memang raja lawak.... :P


naseb baik kelas cik shifa dibatalkan mlm nie... taklah penat sangat... erm.. esok...

ISNIN yang agak mengembirakan...

hue..hue...

*wink*

~.:eLLe:.~

Sunday, August 19, 2007

Persahabatan

aku antara pendita yang amat menghargai anugerah yang bernama sahabat। sekali aku menjalinkan jalinan persahabata aku akan terus tegar untuk manjaga nya supaya tiada apa yang bisa memusnahkan hubungan itu. namun aku tak bisa untuk mengerti mengapa ada hamba yang sanggup memusnahkan persahabatan untuk kepentingan diri sendiri. aku cukup takut akan kehilangan sahabat. aku rasa hidup tanpa insan yang di gelar sahabat rasa tidak bermakna hidup ini... ya... sahabat akan pernah meninggalkan kita bila insan ini menamatkan zaman bujang nya namun,,, aku percaya akan insan ini akan mencari semula pendita yang bergelar teman diwaktu berlaku nya krisis didalam perhubungan nya. bagiku sahabat amat penting setelah keluarga ku.






insan yg bernama ASYH adalah temanku semenjak aku berada di tingkatan 4. semakin matang usia persahabatan kami semakin akrab hubungan itu. dia amat mengerti diri ini. argh... biarpun dirinya di limpah berjuta permasalahan aku tetap tidak dilupakan nya. pergaduhan amat jarang berlaku diantara kami... pernah berlaku namun cuma seketika... itulah detik paling memilukan aku. selama satu semester hubungan itu retak dan dingin.. namun aku tetap mencari jalan penyelesaianya.. kni ya kami semakin baik. semakin baik dari sebelum ini.

Riz pula adalah sahabat yang amat memahami diri ku. sudah hampir 2 tahun usia perhubungan kami. macam-macam sudah kami lalui. orang sekeliling kami slalu berbicara yang kurang baik tentang kami namun tiada sapa yang tau kami selalu ber"rensek"kan bersama-sama. sharing is caring itulah motto hidup kami. mengenali hidupmu riz mendewasakan diriku biarpun dirimu masih nampak keanak-anakan.kini aku mempunyai seorang lagi insan yang bergelar teman yang bergitu akrab denganku. dia merupakan seniorku. biarpun belum mencecah usia 2 bulan usia persahabatan kamu namun selaku senior diriku, aku sudah perasan kehadirannya selama 4 semester. buta rasanya tidak melihat insan sebaik itu di semster pertama. dia seorang soft spoken. satu-satunya teman perempuan yang rapat dan amat bisa mengerti diri ini adalah lydia saron. terima kasih lydia kerana amat tegar bersama diriku disaat aku memerlukan insan seperti mu...






mungkin untuk ku sebut satu persatu tak cukup ruang waktu untuk aku mencoretkan nya. namun insan seperti abang rantau, ilya, kirana, abg syed, sal, romie, lala, chi-cha pasti akan tettap bersemadi di lubuk hati ini.



HARGAILAH PERSAHABATAN ITU SELAGI SAHABAT KITA MASIH BERSAMA KITA!



Saturday, August 18, 2007

Jumaat


Hari jumaat yang begitu indah. Perasaan teruja sangat membuak-buak untuk bertemu dengan seseorang yang aku rindui. Dua minggu tak ketemu membuatkan aku sasau. Perasaan yang semua orang tak dapat tafirkan dengan kata-kata. Aku pulang ke wangsa maju dengan perasaan berbaur. Aku tak sabar menunggu detik dia pulang dari kerja. Aku bersiap untuk menemuinya di rumahnya. Aku medapat kucupan di bibir setelah sampai dirumahnya. Ah...rindunya aku kepada nya. Aku rindu belaianya. Tidak... perasaan apakah ini? Kami menonton filem hair spary bersam-sama. Malam terasa terlalu cepat berlalu. Tidak puas rasanya nya aku merasa belaian manja dari nya. Perasaan ku tehadapnya semakin dalam. Aku kepingin sekali mengetahui apakah perasaan nya terhadapku. CINTA... ohw...tidak.. aku tak mahu dilukakan lagi. Tak sanggup rasanya aku menanggung penderitaan itu... tapi itulah harga yang perlu ku bayar sekiranya aku sanggup menerima hubungan ini. Ya... hubungan yang digelar berpasangan atau lebih dramatis lagi BERCINTA! Aku lansung tak membenarkan dia melepaskan pelukan nya. Hangat pelukanya membuatkan aku bahagia. Huh... sayang tolonglah katakan padaku, kau cinta padaku. Tolonglah luahkan apa isi hati mu... bahagia sungguh perasaan yang ku rasakan. Perasaan bila kita ketemu sesorang yang kita suka, sayang dan yang asyik kita rindu. Namun aku takut untuk mengalas tanggungjawab ini. Aku takut sudah tiada masa lagi untuk bersama teman-teman ku. Usah risau sahabat, aku berjanji akan aku adakan masa untuk kita bersam-sama. Riz, pasti ada waktu untuk bersamamu, Iz kita akan bersama-sama menghabiskan masa di kolej. Asyh, Ilya, Kirana, Wady dan yang lain, usah binggung aku pasti ada disaat kalian memerlukan aku. Cuma aku berharap kalian memahami perasaan ku, naluri ku, kedudukan ku kini... Lydia, kau jangan risau walaupun aku acapkali pulang, akan ku pastikan semua kerja kumpulan kita akan ku siapkan. Cuma aku tengah kebinggungan dengan kerja broadcast dan isu semasa. Aku bersykur kerana mempunyai dirinya, dia faham akan kedudukan ku sebagai seorang penuntut universiti. Dia tidak terlalu mendesak. Aku diberi hak untuk menguruskan masa ku sendiri. “jangan sampai awak abaikan pelajaran awak” itulah nasihatnya kepadaku. Aku bersyukur dia memahamiaku. Minggu yang akan menjelang ini, aku akan sibuk dengan 3 pembentangan individu yang harus aku lakukan. Aku pastikan semua yang terbaik dariku. Dia antara pendorong aku dalam menyiapkan tugasanku. Dia jugalah pemberi semagat sewaktu aku tiada keyakinan didalam diri. Namun aku cukup takut ianya bersifat sementara. Aku berharap dia ikhlas didalam perhunbungan ini. Seperti yang aku katakan, aku sudah tidak sanggup untuk menanggung penderitaan, kesakitan didalam percintaan. Sudah kering air mata untuk menangisi dan meratapi percintaan. Biarlah kali ini ianya berterusan dan berkekalan. Bukan harta yang aku inginkan cuma cinta, bukan kepuasan nafsu yang aku perlukan hanya secebis kasih sayang semata...

Thursday, August 16, 2007

Hue...!!!

Kali pertama kita bertemu,
saya terasa malu dan kaku,
Tak tahu mengapa?
Memandang wajah awak,
saya rasa tenang,
Melihat senyum awak yang nakal,
buat saya bahagia,
Suara garau awak pulak,
membuat saya teruja,

Tapi…

Saya mula tertanya-tanya,
Adakah salah saya berasa begini,
Lalu hati saya berkata,
Tak salah untuk menyukainya,

Namun…

Saya tak sanggup bertepuk sebelah tangan…

Kini…

Saya mahu awak tahu,
Apa yang saya mahu,
Yang saya mahu kini,

Adalah…

Siapakah aku dihat imu…

Tuesday, August 14, 2007

It life...

assalamualikum dan selamat pagi...
happy online utk semua...
hari ini merupakan hari isnin yang baru dalam hidup ku... kini aku sedar hidup tak semudah bak dikata, tak seindah bagai di reka. aku menyedari bahawa hidup sebagai seorang manusia dewasa memerlukan ketabahan yang cekal. banyak tanggungjawab yang perlu digalas. sebagai seorang dewasa aku harus menguruskan masa, kewangan malah masalah kehidupan bersendirian. dulu di ketika kanak-kanak semuanya bergantung kepada "orang tua" kita untuk menguruskan nya... yang kita tahu pergi ke sekolah, buat kerja sekolah dan bermain tapi kini semuanya dah berubah. huh... dunia... aku terasa diriku terlalu kerdil... berberapa bulan lagi genaplah usia ku 20 tahun. aku merasakan tempoh hidup di dunia selama 20 tahun itu cukup lama dan banyak yang telah aku lalui namun banyak lagi benda yang menunggu.... banyak lagi perkara yang belum aku lalui... kini aku mula binggung mengenai konflik yang berada di dalam hidup ku... cinta? apa itu cinta? kenapa perlu kita bercinta? siapa perlu kita cintai? huh banyak nya soalan yang perlu dijawab.... jawapan nya...tah....masing2 mempunyai jawapan yang tersendiri... bagi aku... cinta itu terlalu subjektif... kita perlu banyak mengkaji dan perlu bersedia sebelum memulakan hidup berpasangan... bukan mudah untuk menjaga hati, perasaan dan naluri orang yang kita sayang. kadang-kadang kita rasa kita sudah melalukan sebaik mungkin didalam percintaan namun masih juga ada pergaduhan.susah... susah benar untuk melalui alam percintaan ini... namun aku percaya dengan kata2 sakti ini "kalau kita betul-betul nak... mesti ada cara". iya memang benar... di dunia ini pelbagai cara untuk kita dapatkan sesuatu kalau kita nak benda tue... samada melalui cara baik atau cara yang kurang baik ataupun cara yang tak baik. itu hakikat... tapi bagi aku cinta tak perlu dicari... kalau ada, adalah... kalau takde bersendirianlah jawabnya... itu pendapat aku tentang cinta... tapi tak tahu la pendapat orang yang membaca artikel nie... kita semua berbeza bukan... aku juga berbeza... cukup lah setakat nie...

assalamuaikum dan HAPPY ONLINE...

Monday, August 13, 2007

JIWA

Assalamuaikum dan selamat sejahtera….

Lama kira nya aku tidak mencoret sesuatu untuk tatapan kalian…. 9 mei 2007 merupakan hari terakhir aku menduduki perperiksaaan untuk semester ini.. malam merangkak pagi, jam menunjukan tepat pukul 3:05 pagi tapi aku tidak langsung merasa mengantuk… baru sahaja aku di kejutan pesanan ringkas dari seorang kenalan yang tidak mungkin aku menghantar pesanan ringkas kepada ku sekiranya tidak ada perkara penting untuk dibualkan… hue..hue.. rindu terasa semakin membuak-buak terhadap kenalan ku itu tapi apakan daya ianya sudah lama berakhir. Pagi nanti aku akan bertolak ke shah alam pula. Mengapa aku tidak boleh tidur? Mengapa? Bukankah aku harus bangun seawall pukul 6 pagi untuk balik ke shah alam.. ahh…. Aku pon tak mengerti… selepas sahaja tammat perperiksaan psychology petang nanti, aku akan terus pulang ke rumah namun bukan di sri rampai macam selalu tetapi di damansara… lama kiranya aku tidak berkunjung ke rumah kak yati. Kalau tidak kerana ingin menolong nya mungkin aku tidak akan kesana. Huh… aku semakin terasa kekosongan… kosong yang teramat. Tak tahu kenapa… mungkin cuti semester bakal menjelma… seperti biasa kenalan aku akan terus meminggirkan aku.. ah… bosan nya… dimanakah teman-teman dikala aku memerlukan mereka disisi… biarkan… adapt manusia.. bergitulah hendaknya… mungkin keputusan aku untuk ke damansara TEPAT. Mungkin aku boleh meluangkan waktu disana bersama Daniel(anak sedara aku yang kecil itu). Tapi bosan jugak, tak ada cyber cafĂ© disana… huh… serba tak kena.. asyh akan pulang ke kuching. Ah.. rindunya aku untuk kesana tapi masa tidak mengizinkan aku untuk pergi. KUSUT sebenarnya kepala otak aku ketika ini. Aku mahu tidur tapi bagaimana? beraneka benda yang berada di kotak fikiran ku… exam, family, friends, enemy, strangers dan bermacam-macam lagi… mungkin benar kata miss mel that I don't have goal in life. Aku merindui calvin, mak ayam, Lydia, asyh, kak wani, didi, mierul, faliq, harry potter, abg syed, sal, romie, juan, kak is, kak neby, sham, my housemate especially acap, my besh fwen riz and dhan, also matt and rensek, who else? I miss everyone. Ohw alangkah baek nya sekiranya aku boleh bersama-sama kak mi ketika ini… hubungan aku dgn nya bergitu utuh. Aku harap dia akan ke KL apabila cuti sekolah nanti. CINTA? Bosan la nk bercerita tentang cinta. KEHIDUPAN? Aku pon tak tahu nak mula dimana untuk bercerita tentang kehidupan aku ini… it complicated. Huh… mungkin kepala otak aku terlalu SESAK untuk aku terus menulis. Tapi aku tak tau apa harus aku lakukan sekiranya aku berhenti menulis. Mata belum menunjukkan minat untuk tidur walaupun batal telah memanggil seruan tidur, selimut pula sudah menjerit meminta untuk digunaka, manakala katil sudah bernyanyi riang menunggu aku menghempap nya. Tepat 3:33 pagi… semakin aku menoleh melihat jam semakin segar pula mata aku. Aku teringat wajah-wajah yang sudah lama tidak berkunjung ke ruang lega pemikiranku. Wajah cikgu jaya, cikgu sarimah wak, cikgu rosila seli, cikgu noraini, wajah sab, cikgu Michelle, imran, yan, qaris, adlie, zaini, e-kin, eza, stella, azie, aiman… huh banyaknya… aku tercari-cari juga seorang kenalan ku yang bernama SAFARUDDIN TAMBI… dimana dia menghilang… saat dan ketika bersama insan ini tidak mungkin ku lupa… dimanakah mereka yang pernah aku kenali? Dimana? Mengapa lari? Kak zana, kak ju-a, kak maznah, ermy tassa, DLL… dimana kalian? Kalian semua sentiasa berada di hatiku… mungkin akibat kerap kali menukar nombor telifon bimbit menyebabkan kita terputus hubungan… ohw ya…. Aku kepingin sekali berjumpa dengan seorang insan comel yang pernah aku kenali AMIRUL WAFI… dimanakah kau… sayup-sayup kedengaran dicuping telinga ku lagu dangerously in love by Beyonce Knowles, one of my favorite songs. Huh… mungkin ini sahaja yang mampu aku coretkan….


.:eLLe:.
9 MEI 2007
3:51 AM

KERINDUAN

23 Dis 2006

Hari ini aku merasakan kebosanan yang amat ketara sekali. Duduk seharian di rumah menyebabkan fikiran ku tidak berfungsi unpama serombong asap yng tersumbat. Huh… semalam aku telah menghabiskan masa ku seharian menemani kakak ku ke pusat membeli-belah lot 10, bb plaza, sungai wang terus ke klcc. Penatnya hanya tuhan yang tahu namun kelelahan itu lenyap apabila aku berada di dalam kesesakan orang membeli-belah. Aku sangat suka 'window shopping'. Lelah bukan penghalangnya. Namun ternyata aku merindukan seseorang yang bergelar teman, kawan jua sahabat. Sudah berapa kali aku berjanji untuk mengunjungi teratak kak nita di pantai hill park... rindunya aku pada wanita itu. NOR ANITA TAHIR… telatah YAN jugak aku rindui…ya RINA entah apa kah kabar sahabat baru ku itu… harap masalah yang menyelubungi fikiran nya sudah mencapai penyelesaian… KOJIE juga bermain dalam fikiran ku… teman se'scanning' ku… hehehe… erm REEZ huh baru beberapa hari yang lepas aku ber 'ym' dengannya… QYUM tah dimana tanpa kabar berita… ABANG RANTAU teman tempat ku berkongsi pemasalahan agak sibuk kerana dia menmanfaatkan cuti semester ini dengan bekerja sambilan… KAKAK atau NAREEM jua amat ku rindui.. ah sekadar berutusan melalui internet tidak mencukupi. DYANA, sudah lama aku tidak menemui kamu.. bercuti ke kuching… ya semua orang balik ke kampong halaman namun aku tetap disini, ditempat yang penuh sesak… SARAH a.k.a mak ayam juga aku rindui… episode blog kali ini berkisarkan rindu… ah rindu pada teman… rindukah meraka kepada aku??? Itu persoalannya.. bilakah akan aku memenuhi janjiku untuk pergi ke rumah kak nita… esok atau bila.. aku akan tetap ke sana kak nita… jangan risau… teman-teman di PUNCAK PERDANA aku sangat merindui kalian. ABG SYED, SAL, ROMIE, EJA, DHAN, FIQ, ASYH, ILYA, SHINE, DAONG, FARISH jua EDY aku merindui ketika kita bersahur dan berbuka bersama-sama di rumah yang ditaja oleh sal… hehehe… rakan-rakan di D2G aku juga merindu kamu semua… semester depan akan menjelma beberapa hari lagi… aku tidak sabar untuk bertemu kalian.. AIMAN, JUAN, AZIE, NOR bila nak lepak di my kampong agik ohw.. rindu kitak orang eh… SAB, ALYA, APIS, AZIE, EZA, LORRITA aku amat merindu zaman persekolahan kita di kelas 5 SEROJA 2.. CIKGU JAYA… yes my chemistry teacher.. u r the best.. hehe.. cikgu yang banyak mengajar erti hidup… HAFIZ jua menghilang entah dimana… AZIM aku sgt merindui waktu kita bersama-sama menghabiskan pagi kita di uptown dulu… GURL juga sudah tidak seakrab dulu hubungan kita… ye la masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing.. SAFARUDDIN TAMBI ohh nama ini sangat sukar ku lupakan… seorang lelaki yang kepingin sekali aku temui saat ini… belajar di UKM dlm bidang perundangan ya itulah berita terakhir aku dengar mengenai kau… KAK ZANA, KAK MAZNAH jua menghilang… sedih nya aku… teman serumah ku ACAP, HAIRI, FADLI, AFIQ dan juga ABANG a.k.a SHAM jua amat ku rindui… teman-teman di SMK GREEN ROAD jua masih melekat di hati… YAN, ZAIN, SOBRAJ, ISMAT, KHARIS dan yang lain jua masih segar di ingatan ku, jua tak lupa buat teman di LOWER 6 SCIENCE 5 jua masih dalam ingatan.. ABANG IZAT IZRUL ya ketua pengawas smk green road aku tetap meminati kamu… MOHD IMRAN aku sanga merindui keakraban kita di kelas IT di SMK TAHO dulu.. teman-teman si SMK SEKSYEN 5 WANGSA MAJU aku tidak pernah melupakan kalian… jika diberi waktu dan kesempatan pasti aku bertemu kali… KELUARGA?? Jangan ditanya betapa aku merindui mereka… jika benar-benar wujud seorang pari-pari seperti PUTRI "bawang putih bawang merah" pasti aku pulang ke KUCHING… KAK MI huh aku harap kau berbahagia sekarang… aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan mu kakak… ABG ERWAN aku Cuma mengharap engkau mampu memilih yang terbaik… perasaan apakah ini… rindu yang teramat sangat pada kalian… teman-teman MC110 jua sangat aku rindui… dari semester pertama sehingga nak masuk semester ke 3 aku rasa aku cukup mengenali kalian, walaupun tidak pernah bersembang namun kalian aku kenali… aku jua merindui GURU-GURU dan PENSYARAH ku… jika ingin disenaraikan mungkin barisannya amat panjang… CIKGU NORAINI, kau sangat memahami ku… seperti ibu CIKGU ZAITON telah banyak mengembalikan semagatku… semua nya aku masih mengingati kalian…YED… jika mampu ku ulang waktu pasti aku tidak mahu mengenali dirimu kerana kerinduan yang kutanggung sangat menyeksakan…huh panjangnya aku melalut… sebelum aku mengakhiri blog ini Cuma satu yang ingin aku kalian tahu…

SEKALI AKU MENGENALI KALIAN SELAMANYA KALIAN ADALAH KAWAN KU

DAN

SEKALI KALIAN AKU ANGGAP SEPERTI KAWAN SELAMANYA KALIAN DI INGATAN KU

DAN

SEKALI KALIAN DI INGATANKU SELAMANYA KALIAN AKU RINDUI.

.:eLLe:.