Thursday, December 23, 2010

Momentum

Disaat momentum untuk mencatit kian pudar, sesuatu mengejutkan naluri ini untuk kembali menulis. Alpa aku seketika bahawa ruangan kecil ini mampu menenangkan perasaan berbaur ini.Lantas ku susun beberapa melodi buat hiburan telinga untuk menemani jari yang mengetuk papan kekunci komputer riba usang ini.
Genap sembilan puluh hari arwah Maknek kembali kepangkuan Ilahi. Kehilangan benar-benar terasa. Air putih yang mengalir saat hembusan nafas terakhirnya menitis kembali, kali ini kerna terasa kehilangan yang menimbulkan kerinduan. Tiada lagi insan bergelar nenek dimuka bumi ini. Kesedihan berbisa itu buat aku kurang tenteram.
Seminggu selepas kepergiannya aku kembali ke bumi kenyalang. Hari-hari diisi dengan mencari peluang pekerjaan. Sana sini ku mohon, segenap ceruk ku cari, namun benar, rezeki belum berpihak pada aku.membelakangi nasib, aku terasa sungguh kerdil. Mana tidak, dua purnama aku masih menggangur. Mana mungkin asyik meminta pada Mak & Ayah. Mereka sudah cukup berbakti. Mengharap Kakak dan Abang pula, mereka sudah berkeluarga. Aduh! binggung, malu! Tidak berguna sangatkan aku? Hati kecil mengingatkan aku bahawa rezeki belum menyebelahi ku. Ingat! Semua sudah ditentukan oleh si pencipta.
Yang diatas itu juga lah menemukan aku pada pendita yang menyuntik lantas mencabar aku untuk mencatat lagi perasaan yang bersarang, menghuraikan perasaan yang terbuku di ketulan hati dan meluahkan fikiran yang berlega di kotak minda.