Monday, October 29, 2007

ekonomi yang mengila!

minggu peperiksaan sudah pon bermula.... ia dimulakan dengan subjek ekonomi.. argh... sangat mengila.... aku tertekan dek kertas itu.. melihat soalan pada kertas itu membuatkan aku muak... sesak nafas dan bermacam-macam lagi... huh...
aku hanya mampu bertahan selama 1 dan setengah jam sahaja di dalam dewan peperiksaan... membiarkan diri duduk lama didalam dewan itu umpama membiarkan pisau menikam dadaku...

subjek berikutnya adalah current issues in malaysia... walaupun agak senang dan boleh score tapi aku kena berhati-hati.. over confident menyebabkan aku lalai dalam menjawab soalan...

hue..hue..

rabu minggu depan aku akan berdepan dengan kertas publishing yang diajar oleh encik jem....

*wink*

Sunday, October 21, 2007

20 tahun 1 hari...

masih belum terlambat kiranya untuk aku mengucapkan selamat hari raya pada kalian. maaf zahir dan batin.semalam 20 oct 2007, genaplah usiaku 20 tahun... SELAMAT HARI JADI, ELYIAS OMAR...

aku menanti pesanan ringkas dari seseorang yang bernama kekasih menyebabkan aku tidak dapat tidur, awal pagi semalam namun aku tewas juga dengan kehendak mata lalu tidur... aku masih menanti dan terus menanti namun tiada sebarang pesanan ringkas apatah lagi panggilan telifon dari nya. HAMPA...

aku hanya mampu berdiam diri.. aku tak mampu untuk mendesak.. aku juga harus faham akan situasi nya...

tapi...

cubalah memahami diriku kekasihku!!!

Monday, October 15, 2007

Menjelang hari presentasi...

Menjelang hari presentasi advertising pada 04102007, aku bersama-sama 5 ahli kumpulan aku yang lain sibuk membuat persiapan terakhir. Kami menamakan kumpulan kami sebagai RING D” ALARM! Dalam kesibukan aku, dya, kak wani dan asyh memerah tenaga untuk menghasilkan hasil kerja yang baik, dua ahli kumpulan yang lain, lala dan sara, hanya sekadar umpama melepaskan batuk di tangga. Jika bukan kerana mereka berdua mana mungkin kami mengalami kesalahan printing! Mana mungkin kami harus bersengkang mata! Mana mungking silde show kami dibuat di saat-saat akhir! Terngiang-ngiang di telinga dya mengingatkan kami semua supaya menghantar kerja sebelum isnin supaya dapat di satukan kerja-kerja kami dan dapat di”print” pada hari isnin, iaitu 3 hari sebelum hari presentasi! Rasional nya dya berbuat demikian adalah supaya kami tidak payah bersengkang mata lagi! Supaya kita ada masa untuk membuat latihan! Namun, kedegilan mereka untuk menyiapkan kerja, keasyikan mereka melambatkan kerja membuat semua itu terjadi! Lambat printing, kurang latihan terjadi! Alasan mereka nak buat booklet, habis aku, dya, kak wani dan asyh tak perlu buat booklet? Malah aku, kak wani dan asyh mmpunyai presentasi akhir untuk subjek PUBLIC RELATIONS pada hari jumaat sehari selepas presentasi advertising! Walhal, bukan kami tak tahu mereka berdua asyik keluar! Bersuka ria! Apalah sangat kerja yang kami bagi pada mereka untuk disiapkan! Setakat dua, tiga muka surat pun tak boleh nak siap… buat kerja orang lain boleh plak. HEI!!!! Bangun, kenapa harus nak bersusah payah buat kerja orang lain kalau setakat nak meraih cinta nya! Ingatlah dia sekadar mengambil kesempatan. Tekanan semakin terasa sewaktu hari presentasi akibat sabotaj yang dilakukan. Dengan muzik tidak dibuka setelah MISS SHIFA memotong riben, dengan slide show kamu di”DELETE”! malang apakah menimpa kami ini… dengan aksi orang yang tak buat kerja tetepi berlagak seperti dia yang buat kerja dari A to Z! kesian lala, diatas kebodohan diri sendiri dalam memilih teman, akhirnya diri sendiri yang terkena. Tidak mengapa lala, masih ada waktu untuk dirimu mengubah dirimu. Malam itu Miss Shifa hanya menghabiskan kelas pada pukul 12.45 pagi! Banyak benar tragedi berlaku malam itu. Seronok, sedih, sakit hati, dan bermacam lagi perasaan yang terasa.

Selamat tinggal semester 4…

Aku menantimu untuk dicabarmu semester 5!!!