Sunday, January 25, 2009

Ruang Kosong

Tahun baru terus menginjak laju. Tahu-tahu febuari telah menjelma. Kita makin terasa kekangan waktu. Alhamdulliah aku berjaya menguruskannya sedikit bijaksana. Namun aku tak tahu bagaimana harus aku menyiapkan coretan kali ini. Pernah aku memaksa untuk meluahkannya dalam bentuk kata-kata tapi tak bisa. Aku cuba lagi kali ini. Meniti hari-hari aku rasa binggung. Bingung sekali. Episod rindu kembali lagi? Tidak. Kali ini aku ingin tahu apa yang harus aku isikan biar penuh ruang kosong dalam diri ini.

Hampir setahun juga aku hidup keseorangan. Sunyi terasa. Oh... CINTA... ya cinta... Makin aku mencari semakin jauh ia pergi. Disaat aku meniti kejayaan yang amat payah ini, aku perlukan cinta itu tapi tiada! Maknanya tiada yang membakar semangat diri kecuali majikanku yang tersayang. Rakan karib juga banyak membantu, jika tidak, putus asa juga aku barangkali.

Kesibukan yang dicipta membuat aku terkadang alpa dengan kekosongan itu tapi bila sang suria menyembah bumi, buat aku akur untuk mengenang kembali ruang kosong itu. Pelik? Sungguh aku hairan melihat telatah manusia. Bila cinta digenggam tangan tak digenggam erat hingga jatuh baru nak tersedar. Bercinta bagai nak gila, terpisah bermusuh pula.

Kini aku terus menanti dan menunggu sampai kapan ada hati yang ingin mengisi kekosongan ruangku.

Friday, January 23, 2009

Tinggalkan Diriku

Di dalam terang , gelap
Siang ku rasa, malam
Sejak kau tiada lagi di sini
Hidup rasa bagai terlalu sepi

Kau tahu aku sayu
Lelah aku hanya kerna mu
Masih jua dikau, gagah melangkah pergi
Berperang aku dengan diri sendiri.

Apakah salah ku kali ini
Ingin kau hukum seperti ini
Walau sebaris ayat katakan padaku

Andai ku tahu sedari dulu
Takkan ku terus menyayangi mu
Akhirnya kau yang ku cinta tinggalkan diri ku.

Ku sangkakan kau cinta
Harapan ku agar kita kan tetap bersama
Kan terus bahagia bukan berpisah begini
Selama-lamanya.

Apakah salah ku kali ini
Ingin kau hukum seperti ini
Hanya sebaris ayat katakan padaku

Andai ku tahu sedari dulu
Takkan ku terus menyayangi mu
Pedih bila kau yang ku cinta
Tinggalkan diri ku

Andai ku tahu jadi begini
Takkan ku simpan dikau di hati
Akhirnya kau yang ku cinta
Tinggalkan diri ku

Di dalam terang, gelap
Siang ku rasa, malam.

Tuesday, January 13, 2009

materialistik!

Manusia sekarang asyik berlumba-lumba menunjuk siapa punya barang yang lebih mahal, siapa memiliki label yang lebih agung. Siapa yang membimbit Louis Vuitton dia diagung, siapa yang menyarung Prada dia istimewa dihati, siapa memakai jenama kaki lima di hina di caci. Kenapa? Megapa manusia bercinta pada Jenama? Harta? Duit? Bukankah manusia harus melekapkan hatinya dengan mencintai sekeping hati yang lain untuk melengkapkannya menjadi sepasang!

Tidak salah untuk mengidamkan label-label atau lebih kena digelar jenama mewah TAPI kita harus beringat! Kekasih bukan untuk dipaksa menghadiahkan kita kemewahan sehingga ke Pajak Gadai si kekasih semata untuk memuaskan nafsu cinta hatinya, parah bila ada yang sanggup ke Kedai Along untuk menolong dirinya mebeli cinta...

bersambung...

Thursday, January 1, 2009

Selamat tahun Baru 2009

Dear Family and Friends,
Sebelum terlambat dan hari kedua menjelma, Selamat tahun baru 2009 buat kalian. Moga segala yang diimpi dan dihajatkan tercapai jua terlaksana. Amin.




2008 baru melabuhkan tirai. Banyak kenangan tersimpan rapi dibenak hati dan beribu detik kejayaan juga kegagalan ditempuhi. Alhamdulillah, kita masih dapat bernafas di tahun 2009 ini.

Ramai yang meraikan kehadiran tahun baru tapi untuk apa? Pernah kita berfikir dengan kewarasan fikiran? Kenapa harus diraikan tahun baru?

Ada yang berpendapat tahun baru untuk membuka lembaran baru, ada juga yang berkata tahun baru berazam baru dan tak kurang juga yang berfikir tahun baru semua baru...

Bukankah setiap hari kita membuka lembaran baru yakni yang elok diperolehi semalam disimpan dan esok kita berbuat lebih baik manakala yang buruk dijadikan sempadan supaya hari esok dilembaran baru tidak diulang kebodohan yang sama?

Bukankah kita harus melunaskan azam kita sehingga kita dapat mengapainya bukan bertukar azam setiap datangnya tahun baru tetapi berusaha kearahnya. Kalau begitu maknanya azam tahun lepas yang belum tergapai diabaikan dan menanam azam baru yang tak pasti mampu mendapatkannya.

Bukankah hari-hari kita akan memperoleh sesuatu yang baru? Kenapa nak tunggu tahun baru?

huh!

Cuba kita renungkan... Mari kita fikirkan...

Bukan bermaksud salah kita menyambut tahun baru tetapi lebih elok kita bertafakur dan menilai diri kita. Apa yang perolehi sepanjang tahun lalu dan bagaimana kita mahu memperibaikinya tahun akan datang. Bukan begitu?

Langsung tidak mahu menjadi optimis tetapi lebih menjerumus kearah realistik.

Assalamuaikum W.B.T.