Tuesday, December 30, 2008

Cuba mencuba

Mengapa cuba? Hahaha... Mungkin kita selalu alpa untuk cuba mencuba. Cuba untuk berterus terang, cuba untuk bertanya, cuba untuk mencuba... Tak kisah lah mencuba sesuatu yang baik atau sesuatu yang buruk. Setelah kita cuba mencuba baru kita boleh menilai bukan? Yang baik semestinya diteruskan manakala yang memudaratkan haruslah di elakkan.

Mungkin anda atau aku sendiri harus terus cuba mencuba. Dengan mencuba segala kerumitan dapat dileraikan, semua pemasalahan menemui jawapan dan segala kesempitan berjumpa kesenangan.

Hari ini aku cuba mencuba menjadi seseorang yang lebih rasional, realistik dan juga matang.

Jadi mari lah kita terus MENCUBA!!!

Tuesday, December 9, 2008

Bergentayangan

Hari ini hari raya, semua meraikannya bersama keluarga namun aku tiada disisi mereka. Sebak mendalam terasa namun ini bukan sekian kalinya aku beraya haji tanpa mereka! Tak faham mengapa? Rindu? Ya! Itu ungkapan yang paling tepat. Kesibukan bekerja menyebabkan aku ingin disamping mereka untuk menghilangkan lelah yag berbaki ini.

Seharian dirumah bertemankan komputer riba dan peti televisyen. Halaman demi halaman ku layari, chanel demi chanel ku tonton membuatkan aku leka. Perut bersiul. Kenapa? Oh! Terlupa makan tengahhari. Alpa dek komputer riba dan peti televisyen. Aku berhenti untuk mencari makanan untuk mengisi perut yang lapar. Tiada apa dirumah. Hanya makanan segera Domino's dan McDonalds berlega diminda. Tidak! Itu tidak sihat!


Telifon bimbit berdetik. "Satu pesanan ringkas diterima" jeritnya. Kubaca dan teliti, Gal empunya diri. Rezeki datang bergolek kata orang tua-tua. Dia membawa juadah raya. Ketupat, Lemang, Kuah Kacang bersama rendang. Alhamdulillah! Kenyang.

Janji untuk bertemu Yani, Zuen dan Sofye tidak ku lupakan. Segera mendail nombor teksi untuk mendapatkan perkhidmatan. Sesampai di destinasi, Auu membuka pintu dan hanya ada dia dirumah. Yang lain ke rumah Farish. Komputer riba sekali lagi menjadi teman. Perbualan hanya sekali sekala memecahkan hening sunyi.

Telifon bimbit menjerit lagi. Panggilan diterima dari Siti. "elle, i dah dalam perjalanan balik ke KL". Kebetulan tengah membaca artikel mengenai dirinya.


Berkelip-kelip isyarat memberitahu bahawa komputer riba sudah kehabisan bateri, seiring itu Shafiq membuat "missed call". Aku dail nombornya dan kami berbual. Tidak begitu lama seperti biasa. Aku terpaksa mematikan perbualan untuk menyahut panggilan dari Isham.



Seronok berbual, bermacam topik dibicara, pelbagai masalah dikongsi hingga kepulangan Yani, Duen, Sofye bersama Farish tidak disedari. Bercerita dan kami ke Pelita Bangsar menyedut udara luar sambil menikmati pesanan minuman masing-masing.


Kini, suara azan bergema dan aku berhenti disini..

Sunday, December 7, 2008

Aidiladha

Belum sempat kisah Aidilfitri ku karang, Aidiladha sudah menjelma. Aku berseorangan dirumah sewa di Sri Rampai. Sayup kedengaran Takbir raya di kaca tv membuat aku terkenang kaum keluarga nun jauh di tanah seberang. Sebak...

Semua umat islam
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!



Thursday, December 4, 2008

Cilaka Cinta

Sepetang dihadapan komputer riba, aku membuka seperti biasa halaman-halaman kegemaranku, dalam masa itu juga aku mengintai halaman milik orang lain. Terkejut, terkaku sehingga kehilangan kata-kata tatkala aku melihat halaman milik insan teristimewa biarpun kami tidak bercinta! Dulu katanya, biar apa terjadi aku tetap nombor satu dihati! kemarin katanya, biar kutemu cinta abadi kau masih membawa erti dan semalam katanya, biar apa pun terjadi kau la penawar sebuah duka!





Kini...





Aku sudah tidak membawa erti lagi...





Selamat tinggal perhubungan yang sudah 8 tahun terbina...






Sunday, November 30, 2008

Pantai Hill Park & Aku






Menjejak kembali kaki ke kawasan kediaman itu membuat aku terimbas 1001 kenangan yang lalu. Kini aku kembali ke situ. Penuh yakin berbekal langkah, jua suasana yang baru. Ku tinggal kenangan lalu, lantas ku maju tanpa menunggu.


La Bodega Bangsar Shopping Centre







I MISS YOU!!!






Friday, November 7, 2008

Mana Hilang Ku

Pagi ini aku terdetik untuk mencoret di laman yang sudah lama ku kira tidak disentuh. Biarku mula dari mana aku berhenti. Mungkin aku mampu meredakan sedikit tekanan setelah menconteng halaman ajaib ini. Aku menghilang bukan bermaksud aku berhenti berkongsi, aku diam bukan bermakna aku bisu untuk berkata-kata, cuma, waktu berlalu begitu pantas tanpa menunggu aku yang berlari mengejar mengikut langkahnya. Manusia harus akur dan tunduk pada detik waktu yang berlalu tanpa pesan. Alkisah bermula tatkala aku mula menapak dalam alam pekerjaan. Hampir setiap malam aku ingin berkongsi pengalaman namun kudrat aku tak terdaya. bila mata terlihat bantal dan tilam yang empuk tangan yang mahu menaip terus setuju untuk mengikut yang lain untuk berehat dan lena diulit mimpi indah. Aku sibuk! Semalam, hari ini dan esok aku sibuk! Ibarat begitulah kesibukan yang aku alami. Setiap apa yag ingin aku kongsikan pada laman ini terus terlupa bersama deru angin dingin. Air jernih berlinangan kini menjadi teman ku untuk melepas sengsara. Lega! Bila masih ada kesempatan untuk menulis wasiat ini. Dua hari untuk ku menulis karya yang tak seberapa ini.

Tuesday, August 26, 2008

Me & Tassa Nite Out!


Malam tadi sesampai dari Shah Alam aku terus online. PENAT! Rehat kejap kononnya before pegi makan. Aku ym ngan Tassa kawan lama yang sudah 6 tahun tak jumpa! Lama tue... Aku yang kebosanan telah mengajak Tassa untuk keluar. NZ destinasi awal kami. Borak punya borak, sampai kami kena halau! haha... sebab kedai nak tutup.


Kami jalan-jalan seluruh ibu kota. Dari jalan Duta ke Damanasara ke Hartamas dan cerok-piluk KL yang kami sendiri tak tahu dimana. Tepat kol 5 pagi kami singgah ke McDonald kat Ampang Park untuk breakfast! hahaha... Borak-borak lagi dan pulang ke rumah!


Satu malam yang lama bersama tetap sangat sekejap terasa!

Saturday, August 23, 2008

Rindu





Kapan kita ketemu lagi....





Tuesday, August 19, 2008

Pertama Kali

Pertama kali bernafas,

aku menangis kesyukuran,

Pertama kali merangkak,

aku tersungkur dipermukaan,

Pertama kali bercakap,

aku pelat teramat,

Pertama kali berjalan,

aku terjatuh ke lantai,

kini,

semuanya aku lalui dengan senang,

sehingga lupa sengsara yang lama,

alpanya aku kepada-Nya,

jarang sujud untuk Nya,

inilah kita cipta Nya.

Sunday, August 17, 2008

Wang

Ayah,
Hujan dan panas kau redahi jua,
Menitik peluhmu tiada kau endahkan,
Basah badanmu dikering sang suria,
Keringat tua mu tiada batasnya,
Walau terlantar tetap kau bekerja,
Diam dirumah kau gelisah merana,
Fikirkan wang untuk semua,
Namun kami sebagai anak,
Tahu meminta tanpa batasnya,
Bila dewasa engkau dilupa,
Derhaka tanpa ingatkan neraka,
Ayah kita cuma satu yang ada,
Dicabut nyawa tiada penggantinya,

*tiba-tiba aku teringatkan ayahda di kampung…

Mon Zaffrin

Terik matahari membuat aku untuk memutuskan berada di siber, ramadhan bakal hadir beberapa ketika saja lagi. Sudah kah kita bersedia? Aku? Oh... semestinya banyak persiapan harus dilakukan namun aku teringat pada 1 Ramadhan 1428. MON ZAFFRIN! ya... nama itu kukenali pada ramadhan yang lalu. Indah sungguh detik itu... Dia penghibur tatkala duka... Cuma kami tak seakrab dulu. Tak tahu dimana silapnya, kami kini sudah banyak berjurang... Selamat buat kamu... Selamat berpuasa!

Saturday, August 16, 2008

Kusut

Dimana pemulaan untuk aku bermula,
kekusutan melemaham segalanya,
jiwa kosong tapi serabut!
apakah maknanya?
tolong...
mahu sahaja ku pulang ke bumi kenyalang,
tapi,
memikirkan tanggungjawab lantas ku ketepikan segalanya,
apa yang dikusutkan?
cinta? bukan!
sudah lama aku persetankan perasaan untuk bercinta! hanya menambahkan kekusutan!
kerjaya? bukan!
tiada masalah yang tak mampu aku atasai dalam kerja buat setakat ini.
persahabatan? bukan!
ohw... kami semakin akrab...
bukan! bukan! dan bukan!
keluarga? ya... ya, keluarga.
rindu ku pada mereka hanya DIA yang tahu...
hampir setahun tidak ketemu mereka!
Mak... Harap kesihatan mu memberangsangkan...
Ayah... Memang kita jarang bermesra tapi entah megapa aku rindu sanggat hangat pelukan mu!
Maknek... Tunggu aku pulang menjelang lebaran nanti ye...
Kak ma... Jaga Mak dan Ayah...
Abang... Tolong senangkan hati Mak dan Ayah juga Isteri dan Reza anak mu...
Kak mi... Saat ini aku sangat ingin berkongsi sengsara ini...
Akmal... Belajarlah... Jaga adik mu Aiman dengan baik...
Aiman... Jangan nakal-nakal....
Reza... Anney sungguh rindu kamu...
Saat ini aku rasa aku terlalu jauh!
Sungguh jauh dari mereka!!!
Aku harapka Zaff disisi...
Mungkin hanya khayalan yang tak mungkin tiba...

Friday, August 15, 2008

Hanya Milikmu

Alam persekolahan ku menginginkan mu,

Hari-hariku hanya untukmu,

Setiap pagi ku terbayang dirimu,

Belah malamku mimpikan wajahmu,

Karisma hijau mu teman setiamu,

Setelah itu Kenari hitam pilihan mu,

Masa berlalu begitu laju,

Tamat sudah zaman pelajar mu,

Kau hilang tanpa ku tahu,

Cuba ku jejak gagal selalu,

Di friendster ku temu laman mu,

Ku tatapi tanpa jemu,

Ingatlah kamu ku sentiasa menunggu…

Sunday, August 10, 2008

Lelaki


Cerita bermula tatkala aku memandang keluar jendala melihat ragam kanak-kanak riang bermain di taman. Teringat zaman anak-anak ku yang sungguh sedih. Oh... Aku tidak seperti anak-anak lain yang bebas kesana menari. Aku dijaga rapi. TERLALU! Hidupku cuma bersama sanak-saudara, 2 orang kakak dan seorang abang.

Aku kesekolah dan pulang kerumah. Mengaji bersama nenek dan tidur untuk esok hari. Bosan bukan? Tapi itulah kasih sayang keluargaku. Sekolah menengah perjalanan hidupku tidak lah sebosan mana, bangun pagi untuk kesekolah, tengahhari ke perpustakaan dan malam ke pusat tuition. Pulang hanya pada pukul 10 malam dan tidur. Bagun seawal 3 pagi dan buat kerja sekolah yang tak pernah habis. Itulah sehingga habis tingkatan 5.

Alam menara gading bermula. Oh! Aku tak mampu hidup tanpa mereka bernama KELUARGA! Sangat sengsara! Makan kena beli di kedai, pakaian hantar ke lobi dan segala-galanya sendiri.... Benci dengan itu.

Kini, aku sudah biasa dengan itu. Cuma menunggu masa untuk membalas jasa mereka... Aku sungguh berharap... Amin...


Friday, August 8, 2008

Wednesday, August 6, 2008

Pertemuan...

Satu malam di kedai makan,
sungguh riuh memeritkan telinga,
aku disapa oleh sidia,
gembira berbunga dihati,
agak terlambat semuanya berlaku,
aku tetap bersyukur untuk pertemuan itu!

Si Isteri


Sekadar gambar hiasan


Lewat pagi hari ini aku keluar bersama teman. Kajang menjadi destinasi. Jam menunjukkan pukul 3.35 pagi. Kami beredar. Telinga dijamu dengan muzik indah oleh radio. Setibanya di kilometer, (tah aku pun tak ingat) lebuhraya Kajang-Semenyih, satu kemalangan berlaku. Perdana V6 berwarna hitam yang dipandu oleh seorang lelaki tersangkut di pembahagi jalan. Kami berhenti lantas keluar. Hanya peronda polis dan beberapa orang pengguna lebuhraya itu kelihatan berada disana. Oh, tak lupa peronda lebuhraya turut serta. Aku antara orang yang yang awal berada di tempat kejadian. Pemandu tersepit di antara kereta dan pembahagi jalan. Matanya berkelip-kelip memohon bantuan. Bomba dan ambulance tidak sampai lagi. Apalah kudrat kami disitu untuk mengeluarkannya yang tersepit. Si mangsa sempat berpesan untuk menjaga isterinya. Kami bayangkan isterinya bersamanya.

Ring! Ring!, telifon bimbit lelaki itu berbunyi. Panggilan dari sang isteri. Kak Azlina namanya. Bagai tak percaya si isteri terkejut mendengar berita itu. Beberapa detik kemudian, si isteri memandu kenari putih ketempat itu. Oh, sungguh sayu hati ini melihat si isteri. Dengan membawa perut yang sarat mengandung 8 bulan, sungguh kuat semangat si isteri. Terkulai layu si isteri melihat keadaan kereta yang hanya satu per empat sisanya. Aku terus menyambar si isteri yang lemah itu. Menangis teresak-esak mengenangkan si suami. Bekali aku yakinkan si isteri, suami mu masih bernyawa namun dia tak percaya. Kalian pasti tak percaya juga jika melihat keadaan kereta itu. Ku temani wanita malang itu, cuma dia dan suami di Kajang permai. Keluarga semua di Perak dan Negeri Sembilan. Si suami selamat dikeluarkan oleh pihak bomba, lalu kereta peronda polis meluncur laju membawa si isteri mengikuti ambulance itu.


Sekadar gambar hiasan

Sabar Kak Liza, berdoalah suami mu cepat sembuh... Ada kelapangan akan ku lawat kalian di Hospital nanti...

Tuesday, July 29, 2008

ADIDAS

Di waktu pagi bergini di pak li sungguh enak untuk mencuci mata. Aku tertarik pada si ADIDAS coklet di hadapan mejaku. ohw... kamu kacak. Rambut kamu masih kemas di saat jam 01:20:00. senyuman ohw sungguh menawan. membariskan barisan gigi mu yang putih. renungan mata yang tajam sunggu mengujakan... siapakan dia?

Thursday, July 24, 2008

FUCK OFF BITCH!!!






BICTH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Tuesday, July 8, 2008

Meniti waktu & Azam begitu berlalu

Oh... pantasnya setiap detik berdetik. Aku harapkan detikan itu berlalu pelahan agar ada waktu juga ruang untuk diisi. Tapi siapa aku untuk mengarahnya. Aku harus memecut pantas agar detik pula harus menunggu aku. Hahaha... mustahil! Berangan dalam harapan. Julai sudah tiba, cepatnya 2008 pergi. Belum puas dinikmati tahun ini, 2009 pula akan tiba. Bilakah azam 2008 akan ku gapai? kurang 176 hari saja yang tinggal untuk ku gapai azam itu.

Saturday, May 31, 2008

Maaf aku sekadar ingin meluahkan!

Mohon maaf..., jika aku melemas dan merimaskan kamu.....
cuma aku ingin meluahkan apa yang ku rasa....
MAAF SEKALI LAGI!!!

Friday, May 30, 2008

Bila ku tinggi di awan...


akhirnya selepas sekian lama aku kembali bertemu dengan si dia yang benar-benar membuatku tenang... biarpun ku di awan tinggi tapi hadirnya aku rasai. cinta bertaut ketika aku baru menjangkau 15 tahun... dia lah detik pemulaan segala nya.... kini aku mempunyai sedikit kekuatan untuk meluahkan padanya isi hati ku... aku kini sudah bergitu dewasa. punyai kejaya dan segalanya, cuma CINTA susah didapat. menjumpainya hilang semua penat-lelah, masalah dan sebagainya.... tolong jangan BUANG aku biarpun engkau sudah berpunya...

terima kasih TUHAN ketemukan dengan sidia!

Tuesday, May 13, 2008

Bila kau memaliskan cinta!

hari ini aku sedar siapa engkau...
berpura-pura mencintai aku...
huh...
sedihnya rasa.....
bila kau mula memaliskan cinta...
siapa merana...
aku yang tersiksa...
kau penipu juga pendusta...
huh...

Sunday, May 4, 2008

Prestasi

Prestasi amat menduka citakan. Ohw… dimana hilangnya semangat dan ketelitian diriku dalam melakukan sesuatu kerja. Maaf bos aku mengecewakanmu lagi kali ini. Mungkin peperiksaan akhirku juga membuat aku sedikit kusut… hilang focus dan juga lalai. Maaf ku pohon ikhlas dari hati. Ini janjiku… tiada kesalahan ketiga buatmu. Sesungguhnya aku tidak menyedari akan kesilapan ini. Beri sedikit ruang agar aku mampu memperbaiki diri ini. Melakukan kesilapan padamu umpama mencalit luka kecil dihatimu. Menambah pedih jiwamu. Maaf sekali lagi…

Monday, April 21, 2008

HURT

it's tiring… disheartening… almost like dying…

i'm hurt… and in pain…

with my every heartbeat… every breath I take…

i carry this pain… and it's starting to weigh me down…

but as they say…

to love and get hurt… is better than not to love at all…

and I want to believe that…

so I will never give up...

Sunday, April 13, 2008

Teman Terulung

Baru semalam ku kira kita bertemu di minggu mesra siswa. Terasa baru sahaja kita sibuk bertanya nama. Sebenarnya kini kita sudah berada di penhujung semester 5, tinggal beberapa detik sahaja kita akan berpisah, meninggalkan Puncak Perdana.

Begitu sekejap masa berputar, terlalu cepat waktu beredar... Aku pasti merindui saat-saat kita di kelas. ohw... akan hilang lagi satu zaman selepas alam persekolahan. Rindunya aku pada teman kelak.

Lydia bt Saron, nama itu senangtiasa berada di minda. Makian nya mampu membuat jernih air mata aku gugur menyembah bumi. Tak mengapa itu tandanya dia sayang pada ku. Itu maksudnya dia mengambil berat perihal diriku. Namun kehilangan kawan seperti ini PASTI aku elakkan. Teman terulung pasti tiada taranya.

Pernah ketika aku jatuh. Dia terus kekal disebelahku menarikku agar melompat lebih tinggi lagi. Dya, meninggalkanmu adalah satu kesilapan. Ohw, mesti semua tahu dia seorang panas baran, namun itu menjadikan dia seorang yang insan dan mengajak yang lain juga agar bergelar manusia.

Alisya Alwi, Chicha @ siska juga perawat luka di kala duka. Dia hadir dikala aku memerlukan. Berduka bergembira bersama.

Dya dan chicha hanya kalian yang memahami aku sepanjang lima semester bersama...

Tuesday, March 18, 2008

Perginya Nek Ibuk

Hujan turun begitu lebat sekali seakan memahami hati ku yang sedih pilu ini. Jiwa meronta untuk pulang ke bumi kenyalang tapi apakan daya aku ke sini untuk menuntut ilmu. Nek ibuk aku minta maaf tidak disamping mu ketika israil datang menjemputmu pulang ke maha esa.

Ingin sekali bersama ahli keluarga yang lain menguruskan mu tapi aku harus tetap disini menuntut ilmu. Kata israq akan banyak lagi detik yang pasti aku tertinggal. Kata israq lagi pasti arwah tak mahu aku balik untuk bersama yang lain.

Mungkin benar apa yang israq kata, kehadiran aku akan lebih mengusutkan keadaan. Cuma aku terkilan! Sungguh terkilan. Aku bukan cucu mu yang terbaik! Mungkin hari raya yang lalu adalah kali terakhir aku menyarungkan baju di tubuh mu. Itu adalah kali terakhir aku menyuap rendang di bibir mu. Jika ku tahu itu yang terakhir pasti aku luangkan lebih banyak masa untuk mu.

Aku benar-benar merindui mu. Saat ini mahu sahaja aku laungkan pada semua supaya mereka faham dan dalami perasaanku. Ingin sekali aku lari dan pergi untuk bersama-sama memandikan mu.

Tapi apakan daya tuhan lebih menyayangimu. Siapalah aku untuk melawan takdir. Hanya doaku mampu mengiringmu. Maafkan aku ibuk aku tiada disitu. Maafkan aku! Maafkan aku!

Al-fatihah…

Monday, March 17, 2008

R.E.H.A.B

Jumaat lalu aku menghadiri satu kem bertempat di KEM RACHADO BAY CAMP di Port Dickson N9 anjuran Pusat Bimbingan dan Kauseling UiTM. aku bertekad untuk pergi.

tepat 2.45 ptg jumaat itu, aku tiba di kolej seroja. Adoh! banyak nye org. Aku kepelikan kali ini, selalu nya mesti ada booth pendaftaran tapi kali ini takde langsung! macam mane la diorang nak detect sapa yang pergi sapa yang tak. huh! taku tak kisah tapi aku mula kisah bile aku kena naik turun bas selama 3 kali dalam hujan lebat! hampeh tol! aku dah tak mampu menampung kemarahan ku! nak aje aku maki semua orang. dah la aku sensitive dengan hujan. aku tannak demam memandangkan aku nak mengikuti semua program yang telah dirancang! aku bertambah angin bila bas tak bergerak-gerak walaupun jam dah menunjukkan jam 4.45 petang. huh! perut dah berlagu menandakan perut ku yang lapar. tak sempat nak lunch takot tertinggal bas. organizer nie memang tak pernah buat evennt ke? marah aku dah sampai ke kepala!

setiba disana kami diberi makan malam dan terus mengikuti aktiviti yang pertama iaitu sembahyang maghrib berjemaah sebelum masuk ke doom masing-masing. setelah selesai menunaikan isyak, kami ke dewan untuk pengagihan kumpulan dan jugak aktiviti ice-breaking.
En. Sham memperkenalkan diri nya sebaagai ketua untuk program jati diri ini. kemudian mengagihkan kami kepada 10 kumpulan.

seterusnya beliau memperkenalkan kami kepada fasilitator yang terdiri dari pelajar tahun akhir pendidikan. aku terkesima bila Facilitator yang bernama ADRIZ diperkenalkan. ohw dia mengingatkan aku kepada seseorang. seseorang yang senangtiasa ku rindu! WTF!!! mood terganggu sekatika.

selepas aktiviti itu kami dihidangkan dengan minum malam. dan terus dibenarkan balik ke doom untuk tidur!

aku dan rakan-rakan mandi dan konon-kononnya bersiap untuk tidur tapi lain yang jadi. aku terjaga pada jam 1.45pagi bila terdengar suara Hazel, Asyh, Feeqa, Milah dan Baby ketawa. tak penat ke mereka. ohw mereka pun tak senang tidur rupanya akibat gigitan nyamuk yang bertalu-talu dan fabrik selimut yang menyebabkan kulit kegatalan.

aku pun join sekali. kami bercerita dan terus bercerita. macam-macam topik yang dibualkan. kami juga mambuat pertunjukan fashion didalam doom kami...
membuat runaway adalah perkara yang paling besh!!

kami terus mandi dan bersiap untuk solat subuh. kemudian ke dewan untuk senaman pagi dan minum pagi... semuanya berjalan seperti biasa. kemudian banyak perkara lucu berlaku di aktiviti flying fox. besh sangat acktiviti tue. sebelah petang pula kami ke pantai berdekatan untuk acktiviti mengutip sampah dan tarik tali. tenaga semakin kurang. kepenatan tahap max....
sebelah malam pula kami harus mendengar ceramah. ohw ini paling besh sekali. penceramah dicarut oleh aku dan rakan-rakan akibat kebodohannya. sampai sekarang jika teringat detik itu darah ku umpama air yang baru mendidih...

aktiviti seterusnya adalah night walk atau lebih dikenali sebagai aktiviti burung hantu. berjalan di hutan rimba. amat menakutkan tapi menyeronokkan. aktiviti berakhir pada 2 pagi...

baru terasa mata terlelap tiba-tiba siren berbunyi ditelinga... ohw... sakitnya hati... kami terpaksa mengagahi langkah kaki untuk ke surau... pengalaman yang sangat mengembirakan walaupun sangat memenatkan... aktiviti terakhir adalah mencari harta karun dan diikuti ceramah.

Azam dan hadi jangan lupa emailkan gambar disana ok.. nk upload kt myspace n blog nanti...
adriz nice to know u...
benson do keep in touch!

Saturday, February 16, 2008

One In A Million - Top 4

Melangkah masuk ke pintu masuk sri pentas 1 di Plaza Alam Sentral untuk menonton persembahan perserta-perserta One In A Million agak merujakan. Top 4, menbariskan DIVA bersuara lunak Sarah Raisuddin, remaja muda bersuara serak-serak basah yang penuh tenaga Shahila, gadis dari Sabah Ayu dan perserta tunggal lelaki Abs berentap merebut gelaran “ONE IN A MILLION” musim ke-2!

Seperti semua maklum Mark telah tersingkir pada minggu ini. Perjuangannya terhenti disitu namun mungkin perjuangannya di bidang seni tidak berakhir di situ. Banyak yang harus dipelajari oleh nya. Bertimbun juga halangan yang terpaksa dirempuhinya. Good Luck, Mark!

Malam dimulakan dengan persembahan oleh Abs menerusi lagu dendangan Kumpulan Westlife, Swear It Again, sedikit hambar. Entah mengapa, ada saja yang tak kena. Mungkin lagu yang dipilih atau cara dia menyampaikannya. Apapun semoga berjaya diminggu hadapan.

Ayu menyusul menyanyikan lagu dendangan Mariah Carey. Percubaan yang berani dan agak memberangsangkan. Ada benar kata-kata juri mengenai persembahan nya. Banyak yang perlu diperbetulkan terutama bila menyanyaikan lagu berbahasa inggeris yang bernada pelahan seperti lagu yang dipilih nya My All. Sebutan nya agak kabur. Mungkin beliau mengkagumkan bila menyanyi bersama Jac minggu lalu tapi pilihan lagu kali ini mungkin bukan lah pilihan yang tepat. OUTFIT! Huh... tidak faham apakah konsep yang dibawanya. Serba tak kena! Dress seperti itu langsung tidak sesuai! Warna kelabu itu agak menyuramkan. Dengan warna kulit yang gelab, dia patut mencuba warna-warna terang dan lebih lembut. Namun, tahniah diatas keberani membawa lagu itu dan syabas kerna tidak terikut-ikut penyanyi asal ketika mendendangkannya.

Kehadiran perserta kecil molek ini memang ditunggu-tunggu. Sarah muncul dengan lagu I Turn To You oleh Christina Aguilera. Tampil sungguh bergaya bersaing vokal yang bertenaga membuatkan persembahannya ditonton dari mula sehingga keakhirnya. Cuma mengenakan kemeja berwarna hijau pisang yang terang dan skirt berpinggang tinggi berona gelap berserta kasut tumit tinggi terdedah didepan meletakkan dirinya di satu tahap kehadapan lagi didalam bidang fesyen. Namun malangnya ia belum cukup memuaskan hati para juri tapi tak mengapa Sarah cukuplah kamu memuaskan hati peminat-peminat mu yang menyokong dan mengundi kamu! Doa dan ucapan semoga berjaya didalam pertandingan ini jua kerjaya mu sentiasa mengiringimu!

Malam diakhiri dengan persembahan oleh Shaila selaku perserta terakhir. Berbekalkan lagu contigo en la distancia (when u are distance away) juga dendangan Christina Aguilera, Shaila tampil memukau dengan kemerduan suaranya. Walaupun tidak beberapa faham maksudnya namun penghayatan dan cara pembawakan cukup untuk membuat penonton layu dibuai melodinya. Sekalung tahniah buat penyanyi muda ini. Good Luck Shahila.

Siapa tersingkir seterusnya? Bersama-sama lah kita menunggunya. Menunggu keputusan yang diputuskan oleh kita sendiri!!! Mungkinkah Sarah akan mengulangi apa yang dilalui Dayang Nurfaizah pada musim yang lalu? Atau Shahila yang harus mengudur diri? Mungkin Ayu yang terpaksa akur memberhentikan langkahnya di One In A Million? Atau mungkin Abs terpaksa pulang dek penangan “Gurl power”! sama-sama lah kita nantikan.

Wednesday, February 13, 2008

sedetik sebelum Valentine's Day!

Pasangan-pasangan diluar sana tidak sabar menanti detik 12.00 tengah malam ini. aku pula menyampah untuk sampai ke saat itu. pernah sekali meraikan nya lantas aku kecewa selamanya.
Pernah juga aku menanti akan sesorang mempelawa aku meraikan nya dulu tapi kini cukuplah aku melupakan tarikh yang dirasakan bahagia oleh mereka namun bukan aku!

14 Febuari tidak menjamin apa-apa kebahagiaan buatku....
Namun kebahagia hakiki buat ku bakal tiba.... Aku tahu! PASTI!



Saturday, February 9, 2008

One In A Million

Aku dan rakan-rakan memutuskan agar tidak kemana-mana pada malam jumaat yang lepas dengan hanya menghabiskan masa di dalam kampus.

Masa berlalu bergitu cepat menyebabkan kami tidak tersedar akan detik yang berlalu pergi itu. Perut masing-masing sudah meraung menagis agar kami mengisinya dengan zat-zat yang berkhasiat dan bertenaga.

Kandang adalah pentas yang unggul di puncak perdana kerna itu lah satu-satunya teratak yang membekalkan kami makanan.

Aku, isham dan israq menjamu selera sambil menonton progam realiti tv yang tengah hangat dibibir-bibir rakyat malaysia “one in a million” di kaca tv daif itu.

Melihat Syafinaz selamat membuat aku mengimbau detik sewaktu dia mula bergiat di pentas hiburan. Nyata berbeza! Beliau lebih segar, cantik, dan juga fashionista! Sungguh mengkagumkan tidak seperti sesetengah selebriti yang lain yang tidak pernah maju dalam perkembagan diri sendiri. Syabas wahai SYAFINAZ SELAMAT!

Paul Moss pula seperti biasa mengenakan kemeja berlengan panjang dan jeannya. Tidak banyak yang perlu diperkatakan.

Beralih kepada persembahan perserta. Seperti biasa Sarah Raisuddin tidak menghampakan. Kagum dengan anugerah yang dihadiahkan padanya. Hebat! Tema ROCK sama sekali tidak mengugatnya untuk menyanyikan Fantasia Bulan Madu dengan baik sekali.

Pilihan Shahila mendendangkan lagu Ops! I did it again sangat bersesuaian dengan personaliti dan perwatakan semula jadinya. Dulu aku tidak memadangkannya kerna prasangka yang negatif tentangnya. Dia hanyalah artis miming sahaja tetapi aku sama sekali salah. Alunan suaranya yang serak-serak basah dan funky menarik minat telinga untuk mendengarnya. Keep up the good work sweet girl.

Tone suara Iz juga menarik minat aku untuk mendengar nyanyiannya namun mimik muka yang berlebihan menyebabkan aku agak meyampah dan perwatakannya yang berangan juga kurang menyenangkan namun semoga berjaya kerna kau antara perserta lelaki yang boleh pergi jauh.

Perserta-perserta dari sabah tidak menghampakan. Cuma perlu sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan pentas, penoton juga lensa kamera. Semoga berjaya juga buat kalian. Bukan senang berdepan dengan beribu mata yang memandang. Huh... azabnya hanya mereka yang tahu...

Shawn sahabat lama Kak Nita juga salah seorang peserta yang ku tunggu akan persembahannya. Agak memberangsangkan namun tidak tahu mengapa dia gagal menarik perhatianku. Mungkin kurang daya penarik namun suaranya aku kagumi.

Intan Sarafina antara artis yang menjadi peserta top 12. Kemunculannya aku nanti-nantikan. Namun HAMPA! Dari pemilihan lagu sehingga pakian semuanya tak kena. Suara juga seba tak kena. Mungkin aku tidak layak untuk pengkritik yang baik namun selaku penonton dan pendengar aku rasa ramai orang boleh menyanyi sepertinya. Kadang-kadang terfikir juga, sama ada syafinaz dan paul moss memilihnya kerna kelayakkan bakat nya atau dia seorang artis yang sudah mempunyai album lantas tidak mahu memalukannya!

Ohw... 14 Febuari!

14 febuari kononnya hari memperingati kekasih! Tapi bukankah kita mengingati orang yang kita sayang, cinta setiap hari, rindu setiap detik! Mengapa pula harus ada hari yang dikhaskan untuk memperingati orang itu! Menyambutnya seolah-olah kita berlaku curang pada kekasih kita pada 344 hari yang lain itu!

Sinonimnya hari memperingati kekasih dengan sekumtum atau sejambang ros merah, coklat yang diimport, kad sebesar tapak tangan dan makan malam dihiasi lampu malam berwarna kuning di restorant lantas berhabis beratus ringgit untuk sehari itu, cukupkah untuk memperingati kekasih walhal dihati, silih berganti nama-nama insan lain yang ingin didampingi keesokkan harinya.

Kenapa tidak diingat setiap hari kekasih kita agar kita tidak bersikap curang! Supaya kita lebih jujur! Moga kita lebih mengenali hati budi masing-masing.

Simpan saja wang yang diperuntukkan untuk hari kekasih untuk masa depan. Beli sahaja ros merah untuk memujuk jika sidia merajuk, bagi sahaja coklat yang diimport bersama kad ucapan dihari jadinya, dan sambutlah ulangtahun percintaan kalian di restorant yang dilimpahi lampu-lampu romantik itu, bukankah itu lebih bererti?

Saturday, February 2, 2008

Anugerah Juara Lagu Ke-22

siapa menduga ITU KAMU akan dinobatkan sebagai juara lagu di anugerah juara lagu ke-22? namun keputusan telah dibuat malah telah diumumkan. mungkin susun atur muzik telah menyebabkan lagu itu dijulang sebagai juara. sebagai pendengar dan pemerhati pada malam itu vokal tidaklah menyumbang banyak markah untuk kumpulan itu.


IZINKU PERGI berjaya menundukkan lagu-lagu lain dalam kategori balada. mungkin penyanyi asalnya perlu berterima kasih kepada SAARI.... sangat hebat lagu azlan abu hassan dan lirik dari sulu sarawak. meremang bulu roma ketika lagu itu berkumandang...

akhrinya Nora membawa trofi pulang ke rumah... biarpun bukan meraih menrangkul anugerah keseluruhan namun membawa trofi lagu terbaik kategori etnik kreatif sudah memadai. Tahniah Nora dan pembuat lagu dan pereka lirik.

Tidak dapat dinafikan paduan suara Lah V.E dan Jac sangat hebat. Membawa pulang trofi Vokal Terbaik sudah memadai buat mereka berdua. Syabas Jac juga Lah...

Kemenangan Mawi memang disangka biarpun persembahannya tidak lah sehebat mana untuk membawa balik anugerah persembahan terbaik namun kuasa peminat untuk mengundi menyebabkan dia membawa trofi itu...
Jinbara membuat semua bertenaga untuk menonton anugerah itu hingga kepenghujung rangcangan. Penampilan berbeza juga membuka mata banyak pihak. Pemilihan Skinny Suit beraneka warna sangat hebat. siapa kata rock band tak boleh berfesyen? tengok saja Jinbara, banyak peminat indi bersorak melihat mereka. Syabas Jinbara.

senior Aisyah juga masih hebat di pentas... suaranya masih hebat namun rezeki tidak berpihak kepadanya. Bob AF2 tidak mengecewakan peminat Faizal Tahir. Suaranya sunggu merdu dan sedap tika mendendangkan lagu kasih tercipta namun Fiq Mentor agak mengecewakan.

Andy dan Misha Omar menerusi lagu sembunyi sangat mengecewakan. Misha sekali lagi menjadi Fashion Disaster. Tak patut Misha mengunakan Jean dan baju bergitu... sedih sekali. Ajl adalah Anugerah yang berperestij bukan persembahan pentas biasa.
Gemuruh mungin penyebab Fazli Zainal kurang menyengat membawa lagu ciptaan sepenuhnya dari Hazami iaitu Harapan. Namun percubaan pertama beliau amat mamberangsangkan.
Konsep yang dibawa Ramlah Ram agak ketinggalan. Vokalnya amat membingitkan telinga ketika cuba menyampaikan nota tinggi.
Sebagai pendatang baru yang sangat muda, Sofaz perlu banyak belajar dari segi vokal hingga ke persembahan pentas dan penampilan diri.
Persembahan Datin Seri Hajah Siti Nurhaliza memang ditunggu-tunggu menerusi lagi Destinasi Cinta. Biarpun kalah namun cukuplah beliau tetap menang di hati peminat-peminatnya. Kemunculan nya kembali ke pentas tidak mengecewakan. konsep samurai yang dibawa sangat mengujakan. Tahniah Datin Seri....











Friday, January 11, 2008

Semester 5

minggu-minggu awal selalunya membuat semua teruja namun semester nie berlainan sedikit!
aku kekecewaan! sakit hati! tak puas hati! dan pelbagai lagi perasaan negatif yang bersarang di kotak pemikiran aku!
subjek yang ku tunggu-tunggu semestinya "event & management" tambahan pula pensyarah yang ajar adalah antara pensyarah kegemaran ku Joana Jaya. melihat mukanya memberi semangat baru padaku. melihat kelibatnya umpama aura yang begitu besar dijiwaku. dia sungguh berbeza.
ohw.. miss jo... sungguh cantik orangnya. berkulit hitam persis bekas supermodel Tyra Banks, cantik, berkerjaya, professional dan tentu sekali bergaya. lain dari yang lain. kelas pertamanya kunanti-nantikan. sungguh mengujakan dan menggembirakan tatkala melihat dia berdiri dihadapan kelas cuma kekecewaan terpampar di wajahku disaat melihat ahli kumpulan yang akan ku hadapi sehingga penghujung semester. membosankan!
aku cuba menyembunyikan perasaan itu dan menepis sekuatnya perasaan yang ku rasakan ketika itu tapi sangkaan aku salah. tentu sekali presentasi aku akhir semester ini membosankan miss jo dan semua. maaf segala idea aku tidak diterima pakai ahli kumpulan yang lain.
aku pasrah! tuhan tolang lah hamba mu ini yang kepinggin sekali idea nya direalisasikan.
tidak berakhir disitu kekecewaan ku! tidak mendengar hujah-hujan faizah Din membuatku rindu padanya, walaupun aku terpaksa membuat kerja yang sama berulangkali namun aku gembira kerna dikemudiannya aku antara seorang yang hebat membuat kerja tidak seperti pelajar dari didikan pensyarah yang lain!
walaupun cik faizah sedikit kolot dan old-fashioned tapi dia sungguh menyenangkan. meluah perasaan kepadanya unpama bermaja dengan ibu sendiri. tidak faham mengapa ada yang tidak menyukainya. hukum karma memang begitu. seribu yang menyukai kita, seribu juga yang membenci kita.
berjumpa Cik Shifa untuk kali kedua juga sungguh mengembirakan. sudah memiliki gelaran puan si shifa sekarang. alhamdulillah, jodohnya sudah sampai. segala yang diinginkan sudah dikecapi. berkerjaya juga berumah tangga. tahniah Miss Shifa.
kembali bersua bersama rakan-rakan juga membuat kesepian di sudut hati terisi. telatah kirana yang mencuit hati sungguh bererti. melihat Ilya membuat runway sungguh mengkagumkan. mendengar prinsip-prinsip hidup untuk pegangan diri dari Israq membuat hidup lebih bermakna. keluar bersama Isham juga membuat hidup ini terasa hebat.
Lydia oh Lydia... sungguh bulat kamu wahai sahabat! Kak Wani juga semakin kurus dek makan hati oleh siapa? aku pun tak tahu... Asyh seperti sebelum ini menunggu hari kedai-kedai membuat potongan harga datang. Wardy juga tiada banyak bezanya.
oh semester 5, kau hadir penuh warna.
namun akan ku kotakan janji pada ayah, mak, kak mi dan keluarga yang kau akan mengecapi kejayaan yang akan membahagiakan diri ini buat selama-lamanya!

Monday, January 7, 2008

permulaan semester yang menyakitkan....

KEADAAN YANG TIDAK DIJANGKA UNTUK PERMULAAN!

Wednesday, January 2, 2008

sambutan tahun baru yang hambar!

aku menyambut kehadiran tahun baru bersama-sama FIQ, WARDY dan ASYH!

kami menyambutnya di GIANT SHAH ALAM dan KANDANG!!!

BOSAN!!!!!!!!!!!!

fashionista!

Merenung ke luar jendela melihat gelagat manusia lalu lalang di kaki lima jalan membuat ku terfikir sesuatu. Sesuatu yang mungkin kita sendiri tidak perasaan. Kita sudah mula melaram mengikut peredaran fesyen yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini sejajar dengan perubahan masa yang semakin pantas.

Tak kira lelaki mahupun wanita sudah celik berfesyen dibumi kita. Kini, kita sudah tidak terperanjat melihat telatah anak-anak kecil yang tidak mahu lagi permakiannya ditentukan ibu bapa tetapi tegar untuk memilih citarasa sendiri.

Dulu fesyen cukup sinonim dengan kaum hawa tapi sekarang kaum adam tidak ketinggalan. Malahan kita sudah tidak hairan melihat bilik si bujang mempunyai lebih banyak barangan dan produk penjagaan diri dari si dara.

Jika era sebelum ini kedai buku dilimpahi majalah-majalah fesyen dan kesihatan wanita namun kini timbunan majalah fesyen dan kesihatan lelaki tidak kurang hebatnya di kedai buku seperti MEN FOLIO, MEN HEALTH, GLAM LELAKI dan banyak lagi. Artikel-artikel mengenai fesyen si kecil juga tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Berlegar di pusat membeli-belah utama seperti KLCC dan MID VALLEY membuat kita tersenyum sendiri tatkala melihat gelagat anak-anak muda memperagakan fesyen masing-masing. Semua mahu menunjukkan pakaian masing-masing. Tak ketinggalan golongan dewasa yang mempunyai kerjaya, juga, berlumba-lumba mendapatkan pakaian-pakaian yang dikatakan “in-trend” pada sesuatu musim untuk diperagakan di pejabat.

Kalau sebelum ini kedai gunting mamak menjadi tumpuan sang pujangga tetapi kini salun menjadi tempat kunjungan mereka. Jika dulu rawatan tangan dan kaki hanya dilakukan si dara tapi teruna era ini juga sudah ke spa dan melakukan pelbagai rawatan dari hujung rambut ke hujung kaki.

Tersedar dari lamunan itu membuatkan aku melihat diri didalam cermin dan bertayakan diri sendiri, adakah aku “in-fasion” ataupun “fashion victim”?