Friday, December 21, 2007

BUJANG!


hujan semakin rancak membasahi bumi,

air mata semakin lebat di kulit pipi,

hati semakin kuat meratap sepi,

minda semakin khusyuk melayan sunyi,



bumi fahami perasaan hati,

lalu hujan turun menemani air mata,

sepi dan sunyi yang dirasa,

membuat minda dan jiwa menderita,



aku putuskan agar diri terus membujang,

agak tidak kecewa lagi!

Monday, December 17, 2007

warkah menjelang tahun baru..


Pagi berarak petang, petang menusur malam, malam berganti siang, hari-hari berlalu tidak terasa. Tahun baru menjelma tiba, tapi kita tidak pernah tahu apa yang terisi di masa dahulu.

Detik demi detik, peristiwa demi peristiwa dialami namun terkesankan dijiwa? Cuba kita bermusibah diri seketika dan tanya pada diri apa yang harus dimiliki dan apa yang mesti dijauhi.

Usia bukan semakin muda tapi merangkak tua. Semakin banyak kedut dimuka bukan semakin tegang kulit yang tua. Tulang yang gagah sudah lumpuh tiada setanding waktu remaja.

Hari ini bukanlah masa untuk kita bermain seperti zaman kanak-kanak bukan juga masa untuk bergurau-senda, kini adalah masa untuk berlumba mengejar kejayaan, berlari untuk mendapatkan apa yang mahu dimiliki dan bersedia menghadapi masa hadapan.

Era ini siapa yang lambat tercampak jauh kebelakang manakala siapa yang cepat dia yang melonjak keriangan.

Bukan bermaksud materialistik cuma ingin menjadi lebih realistik. Waktu ini semuanya berasaskan wang. Tiada duit kita papa, adanya wang kita senang.

Saat ini kita perlu menyemai perasaan pentingkan diri kerna dek sikap yang terlalu membantu insan lain menyebabkan kita kekal di takuk yang lama walhal orang lain sudah maju setapak kehadapan.

Tahun 2008 yang akan tiba kita semai perasaan indin bersaing agar kita juga tidak ketinggalan dan terus mengorak langkah selangkah kehadapan tanpa perlu pandang kebelakang lagi.

Semoga azam baru yang telah disemai didalam hati akan kita miliki dengan sedikit usaha dan berkat. Selainnya kita tawal lah kepada DIA yang maha esa.

SELAMAT TAHUN BARU 2008...

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...



Thursday, December 13, 2007

BIAR!!!

Biar ditanam ke dalam bumi,
Aku lah permata yang berkilau,
Biar dibaling ke dalam laut,
Aku lah mutiara yang bersinar,
Biar dilambung ke langit tinggi,
Aku lah bintang yang bercahaya,
Meski dicampak ke tong sampah,
Aku lah besi buruk yang berharga!!!

Keindahan Dunia...

Jiwa yang meronta memecah hening subuh… minda berputar, jiwa meronta hiba, mengenang nasib diri yang kerdil juga hina di tempat berpijak kini.

Kehidupan yang tidak pernah adil menyebabkan kita sering mencari keadilan didalam diri. Siapa yang ingin mendengar rintihan hati? Kehendak diri? Juga keinginan perasaan. Semua berlumba mencari kuasa dan harta lantas cinta di alpa.

Siapa berharta dan berkuasa manakluki cinta. Argh!!! Itu bukan cinta itu dusta! Kasihan melihat insan miskin, hina dan lemah di tindas umpama tiada perasaan!

Kini keluarga berkelahi sesama sendiri demi harta dan kuasa! Adik beradik bertekak hingga lupa akan pertalian darah mereka demi kekayaan! Manusia sesama sendiri kalah dengan nafsu lantas perang tercetus!

Melihat keratan akhbar di dada surat khabar semua tentang peperangan! Semua tentang pembunuhan! Semua mengenai rahsuah!

Merintih sedih hati tatkala melihat wajah si kecil kaku tak bernyawa angkara senjata! Kasian dijiwa melihat wanita-wanita menangis memerhati anak-anak mereka meragam kelaparan, meraung kesakitan, juga memerhati suami tercinta mengancam nyawa mempertahankan isteri tercinta dan anak-anak tersayang! Pedih dijiwa melihat lelaki-lelaki mengorban diri semata menentang pengganas yang tiada perasaan!

Dimana hak mereka untuk bebas dan merasa nikmat hidup di dunia fana ini!

Lupakah kita hanya SATU yang berkuasa di alam ini? Tiada lain yang berkuasa di alam maya ini kecuali DIA. DIA yang mencipta tempat ini! Tidak ingatkah kita yang kita cuma menumpang! Yang kita cuma meminjam untuk seketika cuma!

keindahan pantai!





ESPLANADE MIRI, SARAWAK!!!

Puncak Perdana...

Hari berlalu bergitu cepat. Hari untuk kembali ke puncak perdana semakin hampir dan aku masih belum bersedia. Ini adalah semester yang bakal mencabar aku.

Hidup berdikari seorangan di bumi orang agak mengerunkan. Bak kata perpatah, hujan emas di bumi orang lebih baik hujan batu di negeri sendiri. Namun demi mengejar cita-cita dan harapan mak dan ayah akan ku sahut cabaran itu.

Aku bernasib baik kerna mempunyai ramai kawan-kawan di bumi asing ini. Benarlah hidup tanpa sahabat tiada gunanya, cuma, kita yang harus memilih. Yang elok kita ambil, yang tidak elok kita jauhi.

Kawanlah tempat dituju selepas ahli keluarga untuk berkongsi masalah. Hanya mereka lah yang mampu memahami kita. Bukan kerana mengunakan mereka tapi itulah makna persahabatan.

Hari ini kita memerlukan mereka dan mungkin esok atau lusa mereka pula yang perlukan kita.

Aku bersyukur mempunyai himpunan sahabat yang pelbagai dan menerima malah memahami aku.

Wahai teman, berjumpa kita di PUNCAK PERDANA!!!

perasaaan

Keserasian adalah perasaan yang paling penting yang harus ada di dalam sesebuah perhubungan. Tanpanya tiada erti sebuah hubungan itu.

Keserasian tidak boleh dicari tapi ianya datang dari dalam hati. Jangan pernah menipu diri dek kerna terpesona pada fizikalnya tapi kagum lah pada keserasian yang dirasai bila bersamanya.

Bila menipu banyak padahnya. Bermulalah kisah cinta yang sungguh indah dan akan berakhir dengan pernderitaan yang amat perit. Maka sekejap saja lah kebahagiaan yang dirasakan, mungkin sebulan, seminggu malah tidak mustahil sehari. Barulah kita mula mengaku tiada keserasian didalam perhubungan. Bukankah lebih baik jika dibilang dari awal. Maka tiada hati yang akan terluka.

Mengapa manusia amat payah untuk bersikat jujur? Ikhlas? Tulus? Dan polos? Hukum karma katanya. Mengapa tidak diubah hukum itu. Bukankah kita mampu mengubahnya dengan menundukkan sedikit ego yang ada pada dalam setiap seorang dari kita.

Bangga sangatkah kita untuk melukakan hati insan yang tidak bersalah? Banggakah? Oh! Tidakkah kita kasihan melihat pendita yang mengabdikan diri pada cinta kita di luka tanpa alasan. Bersalahkah mereka? Hina sanggatkah mereka yang mengagungkan cinta?

Mengapa susah sangat untuk kita manusia untuk menundukan ego kita? Kenapa kita suka sangat untuk melarang perasaan yang dilarang didalam jiwa kita untuk menguasai kita!

Pernahkah kita terfikir untuk berada di tempat pendita yang kita sakiti? Sanggupkah kita rasa apa yang mereka alami? Akurkah kita untuk menanggung penderitaan yang mereka tangung? TIDAK! TIDAK! TIDAK! Itu adalah jawapan kita. Tiada siapa yang sanggup berdepan situasi itu, mengalami rasa itu atau menghadapai bebanan itu! Tiada seorang pun.

Jadi larang lah perasaan yang dilarang itu agar kita lebih bersikap tulus, polos, jujur dan ikhlas kepada diri sendiri, insan lain juga kepada perhubungan yang cuba kita bina.