Sunday, December 27, 2009

Hanya Namamu Cinta - Dafi




Lagu: Reza Ramsay / Archie Nasution
Likir: Puja

Saturday, December 26, 2009

Friday, December 25, 2009

Anugerah Sepanjang Zaman - Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008


Cecita

Cuti panjang pada hujung tahun ini ku manfaatkan sepenuhnya. Rehat lebih dari mencukupi. Aku mula berkira-kira pasal kerjaya dan masa depan. Aku memang senangtiasa tidak pernah berasa selesa dimana aku sekarang. Mungkin aku tidak perlu untuk berfikir lagi diwaktu ini kerna kerja sudah berada didalam tangan dan cuma perlu fokus. Tapi manusia tak pernah puas. Ya, aku tak pernah puas. Sam Kassim, bekas PR yang kini pengurus kepada Noryn Aziz menjadi pedoman. Selain beliau, Syuib pengurus kepada Bob juga sungguh mengujakan kejayaan yang dikepacinya.



Sam Kassim
Siapa kenal Sister-sister? Mungkin ada diantara kita pernah mendengar lagu Fantasi O Realiti tapi kita tidak begitu mengenali penyanyinya. Setelah berdiam diri, Noryn Aziz bangkit. Gagal dalam perkahwinan, beliau mengumpul ilmu biar penuh didadanya. Bila ditanya mengenai vokal atau muzik, beliau pasti boleh menjawab. Tiada siapa yang boleh menipunya. Album Alam Maya dipertaruhkan. Cerita Cinta pula diketengahkan untuk dimain dicorong radio. Kebangkitan semula tidak dipersiakan. Memilih Sam Kassim adalah pilihan tepat. Bermula dengan persembahan pada Majlis Hari Jadi Azwan Ali, ramai membuka mata mendengar dan melihat persembahannya.Majlis hari jadi selebriti, ramai rakan media pasti diundang. Tidak berhenti disitu, Noryn dijemput untuk membuat persembahan di pentas yang lebih besar. Kali ini bukan calang-calang, pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang mana penontotnya berjuta menjadi taruhan. Berpadu suara bersama Ning Baizura, Dayang Nurfaizah dan Nikki, beliau tidak berfikir panjang lagi. Terus memukau penonton dangan pukulan vokalnya. Malam yang pasti menjadi ingatannya. Selepas itu, satu demi satu undangan diterima. Dengan keikhlasan pasti semuanya berjalan lancar. Noryn dipilih mewakili Malaysia pula. Tangungjawab yang digalas sungguh berat. Beliau dihantar oleh kerajaan ke Los Angeles untuk turut serta didalam pertandingan World Championship of Performing Arts. Sekali lagi dia memukul masyarakat bila 6 pingat emas dibawa pulang. Tidak cukup dengan itu, dia juga tersenarai didalam antara 3 penyanyi terbaik DUNIA. Syabas. Kini, beliau hanya menunggu tibanya detik 12 Januari 2010 untuk memukau penonton di peas yang diidamkan semua penyanyi, Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC. Doa mengiringi kejayaan mu untuk konsert itu nanti, Kak Noryn.

Noryn Aziz











Sam Kassim & Noryn Aziz


Syuib pula membawa Bob ke satu level yang lain juga. Setelah keluar dari Meastro Artist Management, Syuib mengatur langkah seni Bob. Satu demi satu "Single" dikeluarkan oleh Syuib menerusi Bob Mesra Entertainment. Cinta terhalang menjadi fenomena pada waktu itu. Bob dilihat sebagai artis lelaki baru yang mempunyai tempat didalam industri. Pakej luarannya dengan mudah diketepikan umum apabila melihat bakat yang ada padanya. Mengulangi sejarah Noryn Aziz, dia juga ke Los Angeles. Pulang bermaruah. 6 pingat emas juga dibawa pulang. Kini. Syabas!



Syuib



Bob










Aku? pasti akan aku kecapinya suatu hari nanti. Kini aku menyiapkan proposal untuk beberapa orang penyanyi. Aku berdoa dan bertawakal agar semuanya berjalan lancar.

Biarlah Rahsia






"Mengukur baju biarlah dibadan sendiri", itulah pepatah dulu-dulu. Cuma jika masih ada sekelumit belas untuk mengemis kasih dan cinta mu buat aku berpaut dan bersandar pasti aku disini akan tetap terus mencuba bagi peroleh kasih dan cintamu biar ranjaunya menusuk pedih.

Wednesday, December 23, 2009

Bisakah

Selamat semua,

Mana mungkin masa terluang yang ada aku buang begitu sahaja. Aku mencuri sedikit masa untuk aku membuat sedikit coretan cinta di laman ini.



Sekian lama mengabdikan diri pada kerjaya, kebelakangan ini aku diganggu perasaan aneh. Lama sudah tidak berasa seperti ini. Rasa ingin dicintai dan mencintai. Terakhir aku terasa rasa ini pertengahan tahun 2007 yang lalu. Lama sungguh... 2010 bakal menjelma. Mudah-mudahan sinar baru muncul tanpa perlu menyinar cahayanya.

Setiap kali diselubungi rasa ini, episod rindu pasti ada. Rindu itu adakala sakit ada masa indah. Tidak kurang juga babak cemburu yang amat memeritkan. Tapi itu asam garamnya.



Lupakan nukilan jiwa karya pendita jahil seperti aku. Beralih kepada sesuatu yang mungkin lebih menarik. Ibu di kampung asyik menyeru pulang ke kampung, katanya senang. Serba-serbi senang. Hujan emas di tanah orang, masakan sama hujan emas di tahan sendiri. "Mak dah semakin tua, kau semakin jauh" antara bait-bait kata ibu. Ayah seperti biasa masih tegar mendiamkan diri saja. terakhir "Kau dah besar, sudah pandai pilih jalan hidup sendiri" itu tutur si ayah. Aku sebak tapi bagaimana? Harus aku pulang dan meninggalkan apa yang terkesan disini? Biarlah masa memandu keputusanku.



Bercerita tentang pertemuan ku bersama penyanyi berkulit hitam manis, Nurul di Mersing, Johor baru-baru ini sungguh mengujakan. Sewaktu bersama menjayakan Melodi Raya 2008, aku tidak berkesempatan untuk memotretkan gambar bersama. Cantik sungguh! Mengenaliku, aku memang mengemari mereka yag berkulit hitam.



Di majlis yang sama, aku sempat mengabadikan sekeping lagi potret bersama penghias majalah EH! keluaran Disember, Farawahida. Semakin bijak bergaya. Tatarias juga sempurna.



Pada hari yang sama disebelah pagi, Dafi menghadiri majlis graduasinya. Tahniah dan alhamdulillah dia berjaya. Kini, berada nun di Afrika Selatan meluangkan masa bersama keluarga tercinta.



Pagi semakin matang, matahari juga bakal menyebarkan cahayanya namun aku masih segar. Cuba untuk melelapkan sambil menghayati patah lirik lagu Kala Hati nyanyian Nurul menerusi album terbarunya Tika Cinta.

Selamat malam semua~



Tika Cinta



Singer : Nurul
Album : Tika Cinta
Song : Tika Cinta
Compose by Sharon Paul
Lyric by Mable Lew

Aku Tanpa Cinta Mu


Aku Tanpa Cintamu by Dafi



Dato' Siti Nurhaliza - Medley Usah Diragui & Diari Hatimu



kekasih setiap senyum mu, pengubat rindu dihatiku

Monday, December 21, 2009

TILU - Kau Bukan Aku



Anonymous band who called themselves as
TILU... Sedap gak lagu nie... Layan je....

Sunday, December 20, 2009

Wednesday, December 16, 2009

Terasa

Aku benar terasa!!!

terkesan...



Sunday, December 13, 2009

Terima Kasih, Noryn Aziz

Selamat Hari Jadi Ke-21 Gadaffi Ismail Sabri!
A million thanks to Noryn Aziz for being such a supportive diva and spending your time at my artist party. Hope u enjoyed my surprised!

Friday, December 11, 2009

Terakhir

Selamat tinggal Kuala Lumpur, Sarawak aku kembali~

Sunday, December 6, 2009

Rasa

Aku tertarik untuk menulis lagi. Kali ini berkisar perasaan aneh yang tumbuh nun jauh dalam dasar hati.
Puas aku untuk menolaknya tapi ia datang bertubi-tubi. Sakit! Akhirnya kubiarkan membiak.
Kadang aku bahagia, kadang aku derita menerimanya. Sesungguhnya rindu itu hadir setiap detik masa beredar.
Aku tidak pasti apakah dia merasakan yang serupa atau mungkin aku cuma bertepuk sebelah tangan.
Biarkan! Biar ku karang suapaya aku tidak tersiksa menanggung lagi.Cinta! Ya, itu adalah rasanya.
Aku tahu aku cinta, juga sayang dia malah kasih jua padanya.
Semua itu bersatu buat aku detita diulit bahagia.
Berterus-terang? Tak perlu kerna aku pasti dia tahu itu.
Ego! Itu penghalang hebat! Cuba tunduk sedikit ego dan benarkan hati dan perasaan menguasainya.
Rasa ini terus terpendam dan membiak dan membunuh aku.