Tuesday, June 11, 2013

Terindah


Hati ku ini terpaku...

Thursday, May 2, 2013

Coretan Cinta

Jingga warna langit menerangkan bumi dimana aku berpijak. Dalam langkah bersahaja tiba nama, wajah dan suara itu kembali bergentayang di minda. Hampir tersungkur. Begitu kuat perasaan itu masih juga untuk nya. Biar tiada pesanan ringkas atau pun panggilan telefon namun aku titipkan kabar kerinduan ku ke e-mel nya, tiada balasan. Begitu kuat perasaan itu masih jua untuk aku. Benci! Itu perasaan yang dikandung oleh nya, Cinta! Itu perasaan yang ditanggung oleh aku.

Beza cukup berbeza. Dua perasaan yang mana mungkin bersatu menjadi satu. Itu memang kepastian. Ibarat air dan minyak yang pasti tidak sebati dalam satu bekas. minyak diatas air pula dibawah. Begitulah ibaratnya.

Tidak berani berjanji namun biar coretan kali ini menjadi karangan terakhir tentang dia.


Monday, March 11, 2013

Tuesday, March 5, 2013

17-02-2012

Terdetik hati untuk mencoret sesuatu menjadikan setiap abjad pada papan kekunci diketuk penuh berhati. Perasan terpendam membuak untuk diluah. Aku mula dengan menitipkan doa agar kau senangtiasa dilimpahkan kesihatan yang sempurna, kehidupan penuh bahagia serta segala yang baik-baik sahaja. 

Kembali pada 17 Febuari 2012 yang jatuh pada Jumaat, selepas waktu bekerja adalah masa yang dipersetujui kita berdua, menjadikan Magenta sebagai tempat mengabdikan memori itu. Sebelum senja pada Jumaat itu kau memutuskan untuk tidak meneruskan hubungan yang kita jalin. Dengan redha anggukan berserta ucapan ya dari aku menjadikan hubungan itu bernoktah disitu.

Seperti sudah diduga dengan keputusan yang kau putuskan aku juga seperti sudah bersedia dilepaskan. Tiada titisan jernih mengalir dipipi cuma meminta kau menemani aku bersiar di persisiran Waterfront dan memandu pulng ke rumah namun meminta satu ciuman terakhir sebelum itu.

Memandu pulang ke rumah hari itu ku rasakan begitu lama. Pemanduan yang berskala amat pelahan mungkin faktornya. Setiap satu memori berlega diruang minda. Tiada setenang itu perpisahan antara kami, tiada drama, tiada jerit menengking, tiada. Yang ada cuma dua insan berbual. Sungguh tenang walau didalam tegang.

Akibat ketenangan itu, saban hari setiap malam tanpa gagal aku masih menrindui nya, menyayangi nya seperti kami masih melakukan hubungan itu cuma dia jauh dari sisi walhal realitinya adalah sebaliknya. 


Losing

I've found my true LOVE and then I lost it...