Wednesday, June 22, 2011

Usia & Kerjaya

Melewati masa yang kain pantas berlalu, usia kian bercambah, aku gentar semakin takut. Kerjaya terutamanya. Diusia begini, rakan sebaya sudah stabil namun aku terkontang-kanting.

Maju Kehadapan

Kegirangan pagi Selasa berakhir kemurungan. Cuba ku sembunyi lantas gagal. Ku kira sudah lebih sepurnama hari-hari ku ditemani air mata. Tanpa gagal! Saat warkah naif ini ku karang, bagai terasa hangat tubuhku menahan air jernih itu dari turun lagi.Menangis teresak-esak hati ku. Pernah mencuba untuk membuang bayangan pendita angkuh itu jauh ke dasar hati tapi gagal! Gagal! dan Gagal lagi! GAGAL!!! Aku GAGAL!

Biar ku simpan semua kenangan bersama didalam kotak hitam namun bergentayangan jua diminda. Aduh! Semua nya mengenai dia! Tiada satu pun benda lain mampu menggangu aku untuk memikir dia.Tiada!

Wednesday, March 23, 2011

Jelas itu penolakan

Pengorbanan demi cinta adalah indah. Dan pengorbanan demi negara adalah mulia. Tapi apalah ertinya bekorban dengan tangan berlumur darah manusia yang tidak berdosa. Apa tuanku sanggup melakukannya? Mungkin masih kurang jelas bagi tuanku kalau permintaan saya sebetulnya satu penolakan.

-Gusti Puteri-

Saturday, March 12, 2011

Singkat

 
perjumpaan sesingkat itu cukup memadai,
terima kasih.
 

Wednesday, March 2, 2011

Hanyut

Entah mengapa ruang pejabat yang biasa riuh, kaku hari ini. Seolah mengerti hati ku yang luluh dek kerana kebodohan sendiri. Aduh! Aku tiada pendiriankah? Sebelumnya mencintai dan memahukan dia, selepas itu mahu dilepaskan dah sedetik selepasnya tidak sanggup kehilangan. Bak kata pepetah "Meludah ke langit, terkena muka sendiri", mana tak nya, semalam saat buat keputusan tidak berfikir kemudia menyesal. Sendiri merana! Bodoh! 

Alam siber menemukan kami, dan alam siber jua lah medium menjadi pengantara berita itu. Hanya di Aplikasi Sembang Siber (Yahoo Messenger) aku mampu untuk bersuara. Untuk berdepan, bisa mencair melihat aura pada dirinya. Bukan kerana sifatnya si mulut manis tetapi, satu aura bahagia saat bersama. Aduh! parah!

Cukup! Cukuplah wahai Kekasih, hukuman ini ku rasa terlalu berat. Tak tertahan aku menanggungnya.




Tuesday, March 1, 2011

Rintih

"Padan muka! Rasalah perit akibat keberanian sendiri!" Ngomel aku pada diri sendiri lagi. 

Emosi ini terlalu haru. Ya! Ya! Panggilan itu menganggu aku! Hingga kini masih membelenggu! Daya imiginasi ku berlega diruang fikiran. Puas kau bermesra dengannya kemudian selepas itu menyapa aku pula. Aduh pedih! Perit! Bagaimana harus aku buang bayangan itu yang terbawa dalam tidur menjadi mimpi ngeri! Ku kira kau tak pernah tahu! Tak pernah peduli! 

Pecahan hati yang berderai membuat aku menjadi sebak! Sedih akibat kecewa yang tak terhingga. Fikir ku lagi, buat apa berteman jika satu bucu mozek hati selalu merintih pedih, satu bucu mozek lain pula memberontak! Baik lagi sendirian dari berpacaran. Aku memutuskan untuk mengucapkan selamat tinggal. Kesian juga pada seorang lagi yang lebih lama mengenal dia dan juga mungkin lebih memerlukan nya. Biar pedih! Aku redha, pasrah! Hubungan kami sedetik hanya, cuma perlu masa pasti menjadi memori semalam semua nya.

Tegap bangunan cinta ku bina, setiap konkritnya adalah kasih, setiap dindingnya pula sayang, cermin yang cantik menghiasi setiap dinding nya pula adalah ketulusan. Akan ku biar ianya berdiri megah disitu untuk kenangan, biar setiap kali aku berkunjung kedalamnya hati ku berbunga cinta.

Wednesday, February 23, 2011

Selamat beradu semua

malam semakin pekat
pancaindera terkulat-kulat
bantal dan tilam sama sepakat
selamat malam sekian umat

Monday, February 14, 2011

Thursday, February 10, 2011

[139]

Petang Jumaat yang tenang dan santai. Aku benar kerinduan. Kerinduan pada insan yang ku kenal sebagai Maknek! Insan yang ku kenal selama lebih 22 tahun. 

Al-fatihah

Wednesday, February 2, 2011

Sesi Hati-ke-Hati

Seperti cuaca yang kekadang panas terkadang hujan, umpama itulah hati ku tatkala ini. Konfrantasi hati yang dibuat benar melegakan juga menguris perasaan yang berharap disayangi sepenuhnya. Berkongsi? Itu pekara yang sebenarnya aku takuti seraya dijauhi. Namun itu juga yang mendatang. Pendita berkata kepada aku yang naif, "sekurang-kurangnya hamba bersikap jujur' kebenaran kata itu tak mampu disangsi! 

Aku sendiri dengan berani menyahut cabaran itu dengan memutuskan untuk terus berdamping dengannya. Berbekal 'yang terbaik pasti menang' aku tidak mahu pandang kebelakang. Aku mahu pasti dia milikku. Biar aku kekasih gelap sekalipun pasti aku ushakan agar menjadi terang. 

Salah sendiri ngomel ku. Elok cuma berkawan, aku benarkan perasaan asing ini muncul. Perkara yang digeruni akhirnya bertandang juga. Aduh! Sakitnya tidak terkata, titisan jernih itu cuba mengalir, sedaya upaya keringat ini menyekang dari jatuh! 

Lantas aku terfikir, berbaloikah aku melaburkan ini! Bagaimana sesudah selepasnya bukan aku bertahta dihatinya? Seraya itu runtuh kekuatan dihati! Luruh! Berharap mencoret diruangan ini, membina kembali semangat itu. Mungkin benar aku tidak layak untuk disayangi namun aku mahu dicintai.

Saturday, January 15, 2011

Saya

Salam semua,
Saya mahu memperkenalkan diri saya semula. Nama saya Muhamad Elyias Bin Omar, saya dikenali sebagai Elle. Saya berusia 17 tahun tiga suku atau lebih tepat lagi 24 tahun. Saya seorang penggangur yang dahulu nya seorang Pengurus kepada seorang selebriti tanah air, Sarah Raissuddin dan juga Pegawai Perhubugan Awam (PR) di KRU Studios. Lama sungguh rasanya saya berkampung di Kuala Lumpur sehingga alpa perubahan Bumi Kenyalang. Pulang ke kampung halaman kerana tuntutan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada Ayah dan Mak.

Tiga purnama sudah saya kembali di tanah tumpah darah saya. Saya masih gagal mempunyai sebarang pekerjaan. Hampir putus asa! Benar-benar putus asa! Saya sungguh tertekan dengan keadaan ini. Saya yang memang dilahirkan sebagai seorang yang suka berbelanja, kini sudah lama tidak menambah koleksi di gerobok usang saya. Saya sungguh berasakan diri saya tidak berguna dan hidup saya tidak memberi erti. Saya mahu kerja!

Oh kerja.. datang pada ku! Cepat! Cepat! Cepat!