Wednesday, February 2, 2011

Sesi Hati-ke-Hati

Seperti cuaca yang kekadang panas terkadang hujan, umpama itulah hati ku tatkala ini. Konfrantasi hati yang dibuat benar melegakan juga menguris perasaan yang berharap disayangi sepenuhnya. Berkongsi? Itu pekara yang sebenarnya aku takuti seraya dijauhi. Namun itu juga yang mendatang. Pendita berkata kepada aku yang naif, "sekurang-kurangnya hamba bersikap jujur' kebenaran kata itu tak mampu disangsi! 

Aku sendiri dengan berani menyahut cabaran itu dengan memutuskan untuk terus berdamping dengannya. Berbekal 'yang terbaik pasti menang' aku tidak mahu pandang kebelakang. Aku mahu pasti dia milikku. Biar aku kekasih gelap sekalipun pasti aku ushakan agar menjadi terang. 

Salah sendiri ngomel ku. Elok cuma berkawan, aku benarkan perasaan asing ini muncul. Perkara yang digeruni akhirnya bertandang juga. Aduh! Sakitnya tidak terkata, titisan jernih itu cuba mengalir, sedaya upaya keringat ini menyekang dari jatuh! 

Lantas aku terfikir, berbaloikah aku melaburkan ini! Bagaimana sesudah selepasnya bukan aku bertahta dihatinya? Seraya itu runtuh kekuatan dihati! Luruh! Berharap mencoret diruangan ini, membina kembali semangat itu. Mungkin benar aku tidak layak untuk disayangi namun aku mahu dicintai.

No comments: