Wednesday, October 15, 2014

Tak Quiet

Hampir 2 minggu parent lepak Miri. So fun. Balik kerja ada dinner, bangun pagi ada breakfast, weekend ada lunch, minum petang. Tak sunyi.

Dah dua hari kembali sunyi. Balik rumah takde sapa. Ada aku, aku, aku. Homesick ke apa nih.

Life!

Rutin weekdays aku, pergi kerja, balik kerja ard 8 to 9, kalau balik awal lepak dgn Pearly kat you know where, is either Starbucks or K-Box, dinner, kadang2 tak dinner pun tapi masih gemok jugak. Balik umah. Layan DVD, bosan tgk tv aku layan Spotify and now am back to do thing yang lama aku dah tinggal, writing.

Weekend biasa nya aktiviti wajib adalah laundry! Wow, I know how to do laundry by myself dah. Iron baju je masih fail. Sementara baju dicuci oleh machine, aku sapu2 rumah. Hahaha... Bagus jugak kena transfer jauh dr parent, belajar independent. Sabtu, slalu pg office. And if my sister turun Miri, normally lepak2 again you know where Starbucks or karaoke.

Ahad selalu lepak umah je, tgk tv and tdo sampai lebam.

That's life.

Good night!

Tuesday, October 7, 2014

240

Lama tak annual leave dan bangun lambat. Seronok sekali sekala memerap di rumah, bangun tdo menjelang tengahari, ada breakfast atas meja makan, melihat telatah mak dan ayah. Indah.

240 hari telah berlalu, okay je. Am still survive and still here. Not that am not moving on, kekadang teringat memori bersama. Pun indah.

We learnt from the past. Dgn harapan kesilapan yang pernah kita buat tak berulang dan juga menjadi dewasa. Haha... Tapi aku masih 17 tahun. Dan hampir 10 tahun aku berusia 17 tahun. Hahaha...

Wow, beberapa hari je lagi nak birthday aku yang ke 17. Haha... Memandangkan ianya jatuh pada hari Isnin maka aku akan celebrate sorang sorang kat office. No vacation, no special person, no nothing. But still Indah, kot.

Sunday, July 6, 2014

Apa

Terakhir menulis 13 bulan yang lalu, aku terasa ingin kembali. Menyusun bait perkataan todak lagi mudah. Ingin dilontar setiap diminda begitu sukar. Agar ini permulaan semula. Salam Ramadhan 1415H.

Tuesday, June 11, 2013

Terindah


Hati ku ini terpaku...

Thursday, May 2, 2013

Coretan Cinta

Jingga warna langit menerangkan bumi dimana aku berpijak. Dalam langkah bersahaja tiba nama, wajah dan suara itu kembali bergentayang di minda. Hampir tersungkur. Begitu kuat perasaan itu masih juga untuk nya. Biar tiada pesanan ringkas atau pun panggilan telefon namun aku titipkan kabar kerinduan ku ke e-mel nya, tiada balasan. Begitu kuat perasaan itu masih jua untuk aku. Benci! Itu perasaan yang dikandung oleh nya, Cinta! Itu perasaan yang ditanggung oleh aku.

Beza cukup berbeza. Dua perasaan yang mana mungkin bersatu menjadi satu. Itu memang kepastian. Ibarat air dan minyak yang pasti tidak sebati dalam satu bekas. minyak diatas air pula dibawah. Begitulah ibaratnya.

Tidak berani berjanji namun biar coretan kali ini menjadi karangan terakhir tentang dia.


Monday, March 11, 2013

Tuesday, March 5, 2013

17-02-2012

Terdetik hati untuk mencoret sesuatu menjadikan setiap abjad pada papan kekunci diketuk penuh berhati. Perasan terpendam membuak untuk diluah. Aku mula dengan menitipkan doa agar kau senangtiasa dilimpahkan kesihatan yang sempurna, kehidupan penuh bahagia serta segala yang baik-baik sahaja. 

Kembali pada 17 Febuari 2012 yang jatuh pada Jumaat, selepas waktu bekerja adalah masa yang dipersetujui kita berdua, menjadikan Magenta sebagai tempat mengabdikan memori itu. Sebelum senja pada Jumaat itu kau memutuskan untuk tidak meneruskan hubungan yang kita jalin. Dengan redha anggukan berserta ucapan ya dari aku menjadikan hubungan itu bernoktah disitu.

Seperti sudah diduga dengan keputusan yang kau putuskan aku juga seperti sudah bersedia dilepaskan. Tiada titisan jernih mengalir dipipi cuma meminta kau menemani aku bersiar di persisiran Waterfront dan memandu pulng ke rumah namun meminta satu ciuman terakhir sebelum itu.

Memandu pulang ke rumah hari itu ku rasakan begitu lama. Pemanduan yang berskala amat pelahan mungkin faktornya. Setiap satu memori berlega diruang minda. Tiada setenang itu perpisahan antara kami, tiada drama, tiada jerit menengking, tiada. Yang ada cuma dua insan berbual. Sungguh tenang walau didalam tegang.

Akibat ketenangan itu, saban hari setiap malam tanpa gagal aku masih menrindui nya, menyayangi nya seperti kami masih melakukan hubungan itu cuma dia jauh dari sisi walhal realitinya adalah sebaliknya. 


Losing

I've found my true LOVE and then I lost it...

Wednesday, February 22, 2012

You


I will cherish those moment I had with you! Good morning!