Monday, August 27, 2007
tenet yang lembab...
akhir nya pada malam isnin aku bertemu jua dengan is... erm... terlerai segala rindu... erm.... ada nya is maka ada tempat aku untuk meluahkan permasalahan yang terbuku dihati... huh... belum habis presentasi kes broadcasting... budak-budak kelas aku dikejutkan dengan presentasi mengejut dari pensyarah current issue... huh... menggelopong aku dibuatnya... huh... pada mas yang sama, sepanjang minggu lepas dan awal minggu ini aku harus membuat publisiti untuk event kiteorg... event yang sangat best dan akan ku pahat di lubuk hati ini... MALAM AKUSTIKA... menyingkap kenangan yang terindah... berbalik kepada cerita presentasi tadi.. huh... setengah gila aku menyiapkan tugasan itu... nasib baiklah aku dah carik bahan... dah download video.. kalo tak? mampus lah jawabnya....
pada hari yang sama aku terkantoi dengan lecturer current issues aku.. aku bilang mahu ke tandas mahu buang air kecil... memang benar aku ingin membuang ari kecil sambil2 mengasapkan diri.. tapi malang tak berbau dan naseb tak menyebelahi aku.. terkantoilah aku..
risau gak..
tapi takpe..
aku terkantoi setelah menyiapkan presentasi aku..
taklah effect markah...
heheh....
oklah.. itu lah kisah hidup aku sepanjanh lewat minggu lepas sehingga awal minggu ini...
to be continue....
Wednesday, August 22, 2007
RABU agak mengecewakan...
itu antara print ads yang aku buat.. namun iklan sebenar adalah tv commercial. kelas tamat pukul 1.40 tengahhari.. penat.. kami hanya mempunyai 25 minit untuk kelas seterusnya.. argh... penat nya... namun ku gagahi jua... kamu mula semula pada pukul 2.10 petang dan kelas hanya berakhir pukul 6 petang. namun kelas petang ini amat aku nantikan.. miss shifa janji nak bagitau produk untuk kami buat advertising campaign end of sem... MARS itulah produk yang harus kami persembahkan diakhir semester... setelah tamat aku dan rakan-rakan terus ke koperasi membeli cholet itu... manisnya... harganya agak mahal.. saja nak rasa produk sebelum boleh membuat reseach bendah lain.. ohw tidak... esok KHAMIS... aku harus menghantar business card dan letterhead. aku ketandusan idea... huh.. walaupun apa terjadi aku tidur dahulu... pada masa yang sama aku menanti balasan pesanan dari si "R" namun hampa... aku tertidur sehinga jam 10.30 malam.. aku terus membuka kmputer untuk melakukan kerja-kerja Cik Faizah... namun aku buntu... sampai saat ini aku masih buntu.. alangkah baiknya jika IZ tidak balik... aku pasti dia akn menolongku... argh... biarlah pertemuan kali ini aku akhiri disini... pagi pun merangkak meninggalkan rabu yang agak mengecewakan ini...
Selasa yang pelbagai...
Monday, August 20, 2007
isnin
itula rupa design aku। namun masih belum menepati cita rasanya. kalian boleh memberi buah fikiran untuk idea business card ini... dengan kekusutan dan kekosangan minda aku tak fikir aku mampu menjadi seorang yang kreatif. erm.. hari ini jugak aku mengalami perasaan yang berbeda sebelum hari-hari sebelumnya. aku merasakan diri cukup kerdil. tiada pesanan selamat pagi di peti masuk telifon bimbit ku. mengapa? berubahkah dia? erm.. biarlah.. mungkin kepenatan berkerja membuat dia terlupa. sebelum itu credit untuk iz kerana membantu aku dalam menyiapkan business card itu.. gud luck untuk mu sahabat untuk pembentangan untuk mata pelajaran event and management petang karang... miss joe.. ohw she pretty and very nice lecturer... biasalah lecturer muda kan, perangai pon kebudak-budakan.. namun dia cukup memahami kehendak pelajar2 nya... mungkin malam karang aku akan menghabiskan masa di kandang bersama teman-teman ku...
ILYA... what a preety face she has... im adore her skin... Asyh kt sebelah nie tgh sibuk menyipkan kerjanya tapi aku...leka menulis blog ini... Kirana pulak menceriakan susuasana disaat-saat kami tengah TENSI... KIRANA kau memang raja lawak.... :P
naseb baik kelas cik shifa dibatalkan mlm nie... taklah penat sangat... erm.. esok...
ISNIN yang agak mengembirakan...
hue..hue...
*wink*
~.:eLLe:.~
Sunday, August 19, 2007
Persahabatan
insan yg bernama ASYH adalah temanku semenjak aku berada di tingkatan 4. semakin matang usia persahabatan kami semakin akrab hubungan itu. dia amat mengerti diri ini. argh... biarpun dirinya di limpah berjuta permasalahan aku tetap tidak dilupakan nya. pergaduhan amat jarang berlaku diantara kami... pernah berlaku namun cuma seketika... itulah detik paling memilukan aku. selama satu semester hubungan itu retak dan dingin.. namun aku tetap mencari jalan penyelesaianya.. kni ya kami semakin baik. semakin baik dari sebelum ini.
Riz pula adalah sahabat yang amat memahami diri ku. sudah hampir 2 tahun usia perhubungan kami. macam-macam sudah kami lalui. orang sekeliling kami slalu berbicara yang kurang baik tentang kami namun tiada sapa yang tau kami selalu ber"rensek"kan bersama-sama. sharing is caring itulah motto hidup kami. mengenali hidupmu riz mendewasakan diriku biarpun dirimu masih nampak keanak-anakan.kini aku mempunyai seorang lagi insan yang bergelar teman yang bergitu akrab denganku. dia merupakan seniorku. biarpun belum mencecah usia 2 bulan usia persahabatan kamu namun selaku senior diriku, aku sudah perasan kehadirannya selama 4 semester. buta rasanya tidak melihat insan sebaik itu di semster pertama. dia seorang soft spoken. satu-satunya teman perempuan yang rapat dan amat bisa mengerti diri ini adalah lydia saron. terima kasih lydia kerana amat tegar bersama diriku disaat aku memerlukan insan seperti mu...mungkin untuk ku sebut satu persatu tak cukup ruang waktu untuk aku mencoretkan nya. namun insan seperti abang rantau, ilya, kirana, abg syed, sal, romie, lala, chi-cha pasti akan tettap bersemadi di lubuk hati ini.
HARGAILAH PERSAHABATAN ITU SELAGI SAHABAT KITA MASIH BERSAMA KITA!
Saturday, August 18, 2007
Jumaat
Thursday, August 16, 2007
Hue...!!!
saya terasa malu dan kaku,
Tak tahu mengapa?
Memandang wajah awak,
saya rasa tenang,
Melihat senyum awak yang nakal,
buat saya bahagia,
Suara garau awak pulak,
membuat saya teruja,
Tapi…
Saya mula tertanya-tanya,
Adakah salah saya berasa begini,
Lalu hati saya berkata,
Tak salah untuk menyukainya,
Namun…
Saya tak sanggup bertepuk sebelah tangan…
Kini…
Saya mahu awak tahu,
Apa yang saya mahu,
Yang saya mahu kini,
Adalah…
Siapakah aku dihat imu…
Tuesday, August 14, 2007
It life...
happy online utk semua...
hari ini merupakan hari isnin yang baru dalam hidup ku... kini aku sedar hidup tak semudah bak dikata, tak seindah bagai di reka. aku menyedari bahawa hidup sebagai seorang manusia dewasa memerlukan ketabahan yang cekal. banyak tanggungjawab yang perlu digalas. sebagai seorang dewasa aku harus menguruskan masa, kewangan malah masalah kehidupan bersendirian. dulu di ketika kanak-kanak semuanya bergantung kepada "orang tua" kita untuk menguruskan nya... yang kita tahu pergi ke sekolah, buat kerja sekolah dan bermain tapi kini semuanya dah berubah. huh... dunia... aku terasa diriku terlalu kerdil... berberapa bulan lagi genaplah usia ku 20 tahun. aku merasakan tempoh hidup di dunia selama 20 tahun itu cukup lama dan banyak yang telah aku lalui namun banyak lagi benda yang menunggu.... banyak lagi perkara yang belum aku lalui... kini aku mula binggung mengenai konflik yang berada di dalam hidup ku... cinta? apa itu cinta? kenapa perlu kita bercinta? siapa perlu kita cintai? huh banyak nya soalan yang perlu dijawab.... jawapan nya...tah....masing2 mempunyai jawapan yang tersendiri... bagi aku... cinta itu terlalu subjektif... kita perlu banyak mengkaji dan perlu bersedia sebelum memulakan hidup berpasangan... bukan mudah untuk menjaga hati, perasaan dan naluri orang yang kita sayang. kadang-kadang kita rasa kita sudah melalukan sebaik mungkin didalam percintaan namun masih juga ada pergaduhan.susah... susah benar untuk melalui alam percintaan ini... namun aku percaya dengan kata2 sakti ini "kalau kita betul-betul nak... mesti ada cara". iya memang benar... di dunia ini pelbagai cara untuk kita dapatkan sesuatu kalau kita nak benda tue... samada melalui cara baik atau cara yang kurang baik ataupun cara yang tak baik. itu hakikat... tapi bagi aku cinta tak perlu dicari... kalau ada, adalah... kalau takde bersendirianlah jawabnya... itu pendapat aku tentang cinta... tapi tak tahu la pendapat orang yang membaca artikel nie... kita semua berbeza bukan... aku juga berbeza... cukup lah setakat nie...
assalamuaikum dan HAPPY ONLINE...
Monday, August 13, 2007
JIWA
Lama kira nya aku tidak mencoret sesuatu untuk tatapan kalian…. 9 mei 2007 merupakan hari terakhir aku menduduki perperiksaaan untuk semester ini.. malam merangkak pagi, jam menunjukan tepat pukul 3:05 pagi tapi aku tidak langsung merasa mengantuk… baru sahaja aku di kejutan pesanan ringkas dari seorang kenalan yang tidak mungkin aku menghantar pesanan ringkas kepada ku sekiranya tidak ada perkara penting untuk dibualkan… hue..hue.. rindu terasa semakin membuak-buak terhadap kenalan ku itu tapi apakan daya ianya sudah lama berakhir. Pagi nanti aku akan bertolak ke shah alam pula. Mengapa aku tidak boleh tidur? Mengapa? Bukankah aku harus bangun seawall pukul 6 pagi untuk balik ke shah alam.. ahh…. Aku pon tak mengerti… selepas sahaja tammat perperiksaan psychology petang nanti, aku akan terus pulang ke rumah namun bukan di sri rampai macam selalu tetapi di damansara… lama kiranya aku tidak berkunjung ke rumah kak yati. Kalau tidak kerana ingin menolong nya mungkin aku tidak akan kesana. Huh… aku semakin terasa kekosongan… kosong yang teramat. Tak tahu kenapa… mungkin cuti semester bakal menjelma… seperti biasa kenalan aku akan terus meminggirkan aku.. ah… bosan nya… dimanakah teman-teman dikala aku memerlukan mereka disisi… biarkan… adapt manusia.. bergitulah hendaknya… mungkin keputusan aku untuk ke damansara TEPAT. Mungkin aku boleh meluangkan waktu disana bersama Daniel(anak sedara aku yang kecil itu). Tapi bosan jugak, tak ada cyber cafĂ© disana… huh… serba tak kena.. asyh akan pulang ke kuching. Ah.. rindunya aku untuk kesana tapi masa tidak mengizinkan aku untuk pergi. KUSUT sebenarnya kepala otak aku ketika ini. Aku mahu tidur tapi bagaimana? beraneka benda yang berada di kotak fikiran ku… exam, family, friends, enemy, strangers dan bermacam-macam lagi… mungkin benar kata miss mel that I don't have goal in life. Aku merindui calvin, mak ayam, Lydia, asyh, kak wani, didi, mierul, faliq, harry potter, abg syed, sal, romie, juan, kak is, kak neby, sham, my housemate especially acap, my besh fwen riz and dhan, also matt and rensek, who else? I miss everyone. Ohw alangkah baek nya sekiranya aku boleh bersama-sama kak mi ketika ini… hubungan aku dgn nya bergitu utuh. Aku harap dia akan ke KL apabila cuti sekolah nanti. CINTA? Bosan la nk bercerita tentang cinta. KEHIDUPAN? Aku pon tak tahu nak mula dimana untuk bercerita tentang kehidupan aku ini… it complicated. Huh… mungkin kepala otak aku terlalu SESAK untuk aku terus menulis. Tapi aku tak tau apa harus aku lakukan sekiranya aku berhenti menulis. Mata belum menunjukkan minat untuk tidur walaupun batal telah memanggil seruan tidur, selimut pula sudah menjerit meminta untuk digunaka, manakala katil sudah bernyanyi riang menunggu aku menghempap nya. Tepat 3:33 pagi… semakin aku menoleh melihat jam semakin segar pula mata aku. Aku teringat wajah-wajah yang sudah lama tidak berkunjung ke ruang lega pemikiranku. Wajah cikgu jaya, cikgu sarimah wak, cikgu rosila seli, cikgu noraini, wajah sab, cikgu Michelle, imran, yan, qaris, adlie, zaini, e-kin, eza, stella, azie, aiman… huh banyaknya… aku tercari-cari juga seorang kenalan ku yang bernama SAFARUDDIN TAMBI… dimana dia menghilang… saat dan ketika bersama insan ini tidak mungkin ku lupa… dimanakah mereka yang pernah aku kenali? Dimana? Mengapa lari? Kak zana, kak ju-a, kak maznah, ermy tassa, DLL… dimana kalian? Kalian semua sentiasa berada di hatiku… mungkin akibat kerap kali menukar nombor telifon bimbit menyebabkan kita terputus hubungan… ohw ya…. Aku kepingin sekali berjumpa dengan seorang insan comel yang pernah aku kenali AMIRUL WAFI… dimanakah kau… sayup-sayup kedengaran dicuping telinga ku lagu dangerously in love by Beyonce Knowles, one of my favorite songs. Huh… mungkin ini sahaja yang mampu aku coretkan….
.:eLLe:.
9 MEI 2007
3:51 AM
KERINDUAN
Hari ini aku merasakan kebosanan yang amat ketara sekali. Duduk seharian di rumah menyebabkan fikiran ku tidak berfungsi unpama serombong asap yng tersumbat. Huh… semalam aku telah menghabiskan masa ku seharian menemani kakak ku ke pusat membeli-belah lot 10, bb plaza, sungai wang terus ke klcc. Penatnya hanya tuhan yang tahu namun kelelahan itu lenyap apabila aku berada di dalam kesesakan orang membeli-belah. Aku sangat suka 'window shopping'. Lelah bukan penghalangnya. Namun ternyata aku merindukan seseorang yang bergelar teman, kawan jua sahabat. Sudah berapa kali aku berjanji untuk mengunjungi teratak kak nita di pantai hill park... rindunya aku pada wanita itu. NOR ANITA TAHIR… telatah YAN jugak aku rindui…ya RINA entah apa kah kabar sahabat baru ku itu… harap masalah yang menyelubungi fikiran nya sudah mencapai penyelesaian… KOJIE juga bermain dalam fikiran ku… teman se'scanning' ku… hehehe… erm REEZ huh baru beberapa hari yang lepas aku ber 'ym' dengannya… QYUM tah dimana tanpa kabar berita… ABANG RANTAU teman tempat ku berkongsi pemasalahan agak sibuk kerana dia menmanfaatkan cuti semester ini dengan bekerja sambilan… KAKAK atau NAREEM jua amat ku rindui.. ah sekadar berutusan melalui internet tidak mencukupi. DYANA, sudah lama aku tidak menemui kamu.. bercuti ke kuching… ya semua orang balik ke kampong halaman namun aku tetap disini, ditempat yang penuh sesak… SARAH a.k.a mak ayam juga aku rindui… episode blog kali ini berkisarkan rindu… ah rindu pada teman… rindukah meraka kepada aku??? Itu persoalannya.. bilakah akan aku memenuhi janjiku untuk pergi ke rumah kak nita… esok atau bila.. aku akan tetap ke sana kak nita… jangan risau… teman-teman di PUNCAK PERDANA aku sangat merindui kalian. ABG SYED, SAL, ROMIE, EJA, DHAN, FIQ, ASYH, ILYA, SHINE, DAONG, FARISH jua EDY aku merindui ketika kita bersahur dan berbuka bersama-sama di rumah yang ditaja oleh sal… hehehe… rakan-rakan di D2G aku juga merindu kamu semua… semester depan akan menjelma beberapa hari lagi… aku tidak sabar untuk bertemu kalian.. AIMAN, JUAN, AZIE, NOR bila nak lepak di my kampong agik ohw.. rindu kitak orang eh… SAB, ALYA, APIS, AZIE, EZA, LORRITA aku amat merindu zaman persekolahan kita di kelas 5 SEROJA 2.. CIKGU JAYA… yes my chemistry teacher.. u r the best.. hehe.. cikgu yang banyak mengajar erti hidup… HAFIZ jua menghilang entah dimana… AZIM aku sgt merindui waktu kita bersama-sama menghabiskan pagi kita di uptown dulu… GURL juga sudah tidak seakrab dulu hubungan kita… ye la masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing.. SAFARUDDIN TAMBI ohh nama ini sangat sukar ku lupakan… seorang lelaki yang kepingin sekali aku temui saat ini… belajar di UKM dlm bidang perundangan ya itulah berita terakhir aku dengar mengenai kau… KAK ZANA, KAK MAZNAH jua menghilang… sedih nya aku… teman serumah ku ACAP, HAIRI, FADLI, AFIQ dan juga ABANG a.k.a SHAM jua amat ku rindui… teman-teman di SMK GREEN ROAD jua masih melekat di hati… YAN, ZAIN, SOBRAJ, ISMAT, KHARIS dan yang lain jua masih segar di ingatan ku, jua tak lupa buat teman di LOWER 6 SCIENCE 5 jua masih dalam ingatan.. ABANG IZAT IZRUL ya ketua pengawas smk green road aku tetap meminati kamu… MOHD IMRAN aku sanga merindui keakraban kita di kelas IT di SMK TAHO dulu.. teman-teman si SMK SEKSYEN 5 WANGSA MAJU aku tidak pernah melupakan kalian… jika diberi waktu dan kesempatan pasti aku bertemu kali… KELUARGA?? Jangan ditanya betapa aku merindui mereka… jika benar-benar wujud seorang pari-pari seperti PUTRI "bawang putih bawang merah" pasti aku pulang ke KUCHING… KAK MI huh aku harap kau berbahagia sekarang… aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan mu kakak… ABG ERWAN aku Cuma mengharap engkau mampu memilih yang terbaik… perasaan apakah ini… rindu yang teramat sangat pada kalian… teman-teman MC110 jua sangat aku rindui… dari semester pertama sehingga nak masuk semester ke 3 aku rasa aku cukup mengenali kalian, walaupun tidak pernah bersembang namun kalian aku kenali… aku jua merindui GURU-GURU dan PENSYARAH ku… jika ingin disenaraikan mungkin barisannya amat panjang… CIKGU NORAINI, kau sangat memahami ku… seperti ibu CIKGU ZAITON telah banyak mengembalikan semagatku… semua nya aku masih mengingati kalian…YED… jika mampu ku ulang waktu pasti aku tidak mahu mengenali dirimu kerana kerinduan yang kutanggung sangat menyeksakan…huh panjangnya aku melalut… sebelum aku mengakhiri blog ini Cuma satu yang ingin aku kalian tahu…
SEKALI AKU MENGENALI KALIAN SELAMANYA KALIAN ADALAH KAWAN KU
DAN
SEKALI KALIAN AKU ANGGAP SEPERTI KAWAN SELAMANYA KALIAN DI INGATAN KU
DAN
SEKALI KALIAN DI INGATANKU SELAMANYA KALIAN AKU RINDUI.
.:eLLe:.