Saturday, August 18, 2007

Jumaat


Hari jumaat yang begitu indah. Perasaan teruja sangat membuak-buak untuk bertemu dengan seseorang yang aku rindui. Dua minggu tak ketemu membuatkan aku sasau. Perasaan yang semua orang tak dapat tafirkan dengan kata-kata. Aku pulang ke wangsa maju dengan perasaan berbaur. Aku tak sabar menunggu detik dia pulang dari kerja. Aku bersiap untuk menemuinya di rumahnya. Aku medapat kucupan di bibir setelah sampai dirumahnya. Ah...rindunya aku kepada nya. Aku rindu belaianya. Tidak... perasaan apakah ini? Kami menonton filem hair spary bersam-sama. Malam terasa terlalu cepat berlalu. Tidak puas rasanya nya aku merasa belaian manja dari nya. Perasaan ku tehadapnya semakin dalam. Aku kepingin sekali mengetahui apakah perasaan nya terhadapku. CINTA... ohw...tidak.. aku tak mahu dilukakan lagi. Tak sanggup rasanya aku menanggung penderitaan itu... tapi itulah harga yang perlu ku bayar sekiranya aku sanggup menerima hubungan ini. Ya... hubungan yang digelar berpasangan atau lebih dramatis lagi BERCINTA! Aku lansung tak membenarkan dia melepaskan pelukan nya. Hangat pelukanya membuatkan aku bahagia. Huh... sayang tolonglah katakan padaku, kau cinta padaku. Tolonglah luahkan apa isi hati mu... bahagia sungguh perasaan yang ku rasakan. Perasaan bila kita ketemu sesorang yang kita suka, sayang dan yang asyik kita rindu. Namun aku takut untuk mengalas tanggungjawab ini. Aku takut sudah tiada masa lagi untuk bersama teman-teman ku. Usah risau sahabat, aku berjanji akan aku adakan masa untuk kita bersam-sama. Riz, pasti ada waktu untuk bersamamu, Iz kita akan bersama-sama menghabiskan masa di kolej. Asyh, Ilya, Kirana, Wady dan yang lain, usah binggung aku pasti ada disaat kalian memerlukan aku. Cuma aku berharap kalian memahami perasaan ku, naluri ku, kedudukan ku kini... Lydia, kau jangan risau walaupun aku acapkali pulang, akan ku pastikan semua kerja kumpulan kita akan ku siapkan. Cuma aku tengah kebinggungan dengan kerja broadcast dan isu semasa. Aku bersykur kerana mempunyai dirinya, dia faham akan kedudukan ku sebagai seorang penuntut universiti. Dia tidak terlalu mendesak. Aku diberi hak untuk menguruskan masa ku sendiri. “jangan sampai awak abaikan pelajaran awak” itulah nasihatnya kepadaku. Aku bersyukur dia memahamiaku. Minggu yang akan menjelang ini, aku akan sibuk dengan 3 pembentangan individu yang harus aku lakukan. Aku pastikan semua yang terbaik dariku. Dia antara pendorong aku dalam menyiapkan tugasanku. Dia jugalah pemberi semagat sewaktu aku tiada keyakinan didalam diri. Namun aku cukup takut ianya bersifat sementara. Aku berharap dia ikhlas didalam perhunbungan ini. Seperti yang aku katakan, aku sudah tidak sanggup untuk menanggung penderitaan, kesakitan didalam percintaan. Sudah kering air mata untuk menangisi dan meratapi percintaan. Biarlah kali ini ianya berterusan dan berkekalan. Bukan harta yang aku inginkan cuma cinta, bukan kepuasan nafsu yang aku perlukan hanya secebis kasih sayang semata...

No comments: