Thursday, December 23, 2010

Momentum

Disaat momentum untuk mencatit kian pudar, sesuatu mengejutkan naluri ini untuk kembali menulis. Alpa aku seketika bahawa ruangan kecil ini mampu menenangkan perasaan berbaur ini.Lantas ku susun beberapa melodi buat hiburan telinga untuk menemani jari yang mengetuk papan kekunci komputer riba usang ini.
Genap sembilan puluh hari arwah Maknek kembali kepangkuan Ilahi. Kehilangan benar-benar terasa. Air putih yang mengalir saat hembusan nafas terakhirnya menitis kembali, kali ini kerna terasa kehilangan yang menimbulkan kerinduan. Tiada lagi insan bergelar nenek dimuka bumi ini. Kesedihan berbisa itu buat aku kurang tenteram.
Seminggu selepas kepergiannya aku kembali ke bumi kenyalang. Hari-hari diisi dengan mencari peluang pekerjaan. Sana sini ku mohon, segenap ceruk ku cari, namun benar, rezeki belum berpihak pada aku.membelakangi nasib, aku terasa sungguh kerdil. Mana tidak, dua purnama aku masih menggangur. Mana mungkin asyik meminta pada Mak & Ayah. Mereka sudah cukup berbakti. Mengharap Kakak dan Abang pula, mereka sudah berkeluarga. Aduh! binggung, malu! Tidak berguna sangatkan aku? Hati kecil mengingatkan aku bahawa rezeki belum menyebelahi ku. Ingat! Semua sudah ditentukan oleh si pencipta.
Yang diatas itu juga lah menemukan aku pada pendita yang menyuntik lantas mencabar aku untuk mencatat lagi perasaan yang bersarang, menghuraikan perasaan yang terbuku di ketulan hati dan meluahkan fikiran yang berlega di kotak minda.

Thursday, July 22, 2010

TEGAR

...-...+...-...+...=...0...

Tolong...Faham!

<b>Tak! Tak salah kalau aku pergi bersuka ria lupakan kau!

Salah! Salah besar aku pergi atas tuntutan kerja!

Tak! Tak salah kalau kau yang tak pernah ajak aku lalu merajuk!

Salah! Salah besar kalau aku yang tak tahu apa tetap pujuk kau sebab sayang!

Tak! Tak salah kalau kau yang merajuk tanpa sebab aku yang kena!

Aku yang bersalah!!! Kau tak pernah salah! </b>

Thursday, June 24, 2010

Mengalah

Baru mula menjadi benih kau tabur, kini kau sudah lelah berusaha untuk menuai hasil,
Baru mula memberi hati ini, kau sudah bosan,
Bagaimana harus bersama untuk sepurnama lagi jika sehening sudah melelahkan jua membosankan...

TITIP

Setiap debar, cabar, duga dan halang sebenarnya menguatkan jua mematangkan hubungan ini.

Thursday, June 10, 2010

I.N.D.A.H

Biar diduga penuh halangan jua cabaran namun kebahagian menyapa setiap tika dari detik itu.

Monday, May 31, 2010

Kebiasaan

Terkadang tanpa sedar kebiasaan membawa padah. Bait baris lirik Coba nyanyian Faizal Tahir bermain dibenak minda. "Siapa sebenarnya aku padamu, mungkin sama dengan teman lain" berulang dan kaku disitu. Sejujurnya aku sedar akan perilaku itu sedikit biadap buat kamu yang digelar seorang kekasih. Sebaris perkataan maaf mungkin bukan pengubatnya namun hukuman itu akan ku terima penuh redha. Maaf, Cinta... 



Thursday, May 27, 2010

Peristiwa

Khamis membawa seribu kemanisan. Tanpa ragu tarikh ini ku semat dalam sanubari. Moga benih yang baru ditanam bakal membuahkan hasil yang berpanjangan... Amin...



Wednesday, May 26, 2010

CELARU

Mungkinkah kesilapan ataupun kenyataan?

Tuesday, May 25, 2010

KENAPA

Pertemuan singkat semalam memadai. Kenapa perilakumu berubah-ubah.

Monday, May 24, 2010

Kaget

Aduh! Harus bagaimana? Keserasian bukan direka tapi hadir sendiri. Tolong... Keserasian ini jangan disalah tafsir. Biar kemudian selepas itu tiada yang dapat menduga kemungkinannya.

Saturday, May 22, 2010

A.F.C Corner

Saat punggung berlabuh di gerai makan AFC Corner, Seksyen 2, Wangsa Maju, perasaan itu marak terasa.

Kehilangan benar terasa. Kerinduan sungguh mencuit nurani biar terluka...

Friday, May 21, 2010

Lena

Biasa lena ku diulit mimpi indah biar terkadang sang hitam menjelma namun semalam rasanya terlalu pahit dan perit.

SATU

Terngiang-ngiang pekabaran yang secara tidak sengaja dititipkan dicuping telinga.

Entah mengapa diri terus memperbodohkan dengan membenar air jenih ini mengalir tanpa henti.

Bersilih ganti memori itu bertukar dibalik kotak pemikiran buat sebak tidak tertanggung.

Terlalu yakin adalah puncanya pekabaran bahagia dianggap tragedi pilu kemudiannya menyirnakan.

Garapan yang menjadi kunci dititipkan tanpa wasangka agar keindahan mengalir tanpa jemu.

Namun kemudian selepasnya terusan yang dianggar berkembang mengering lantaran membanjir longkang tersumbat.

Biar begitu, tersedar bukan semua yang dihendak pasti didapat kerana setiap satu adalah satu-satunya.

Halwa

Saat pekabaran itu menyapa halwa telinga, aku kaku!

Alhamdulillah!

Syukur tuhan memberi petunjuk. Semoga kalian dicucuri rahmat.

Thursday, May 20, 2010

Angkuh

Yes! music is your life, as you claimed. But if you don't perform as good, you won't go far.

Nyaman

Begitu mesra air jernih dari awan kelabu it membasahi bumi. Bersyukur akan bila rahmat itu turun menemani kita.

Dingin terasa tatkala kekadang angin itu menyapa. Nyaman. Alangkah senang nya jika hati ini senyaman bayu yang berhembus itu.

Tersedar dari lamanan itu bila dicuit oleh sahabat lama yang ku tunggu.

Wednesday, May 19, 2010

x.o.x.o

Sometimes the only things left to do is to wrap your arms around each other one last time and just let go

xoxo,
E.

Sunday, May 16, 2010

Kau

Dia sorang pendita yang berlakun naif. Aku terpersona kerana bicara yang dituturkan selalunya manis. Perwatakan kebodohan itu melupakan aku status dirinya. Mereka semuanya sama. Suka memberi aksi pengharapan lantas kemudian selepasnya mengecewakan. Aku terjerat juga.

Pernah kepingan hati ini sebelumnya menafikan perasaan terhadap dia tapi akur juga mencintai dirinya. Sudah tujuh purnama perasaan itu membiak sunyi dalam diri, dan selama itulah aku menghiris perasaan sendiri.

Dia tahu, aku pasti! Namun secara angkuh dia berbuat seperti tak mengetahui. Kejam! Dia terus menunjukkan perilaku yang memuakkan. Berhenti meremukkan aku!

Pintaku agar kau terus berlakun seperti aku tidak pernah menaruh apapun terhadapmu. Seperti kebiasaan. Senang bukan? Hanya perlu melayan aku seperti pernah kau lakukan dulu dan juga sepertimana kau dengan yang lain kini.

Walaupun mengusir perasaan yang membiak subur ini teramat payah, aku gigihkan juga. Azam ku lenyapkannya sebelum genap dua belas purnama, kini berbaki lima purnama.

Pelbagai cara aku cuba untuk menghakis bayangan kau lantas menlenyapkan namun semakin kukuh kau bertahta di kepingan hati yang yang terluka ini.

Ketahuilah menrinduimu memedihkan, mencintaimu menyakitkan namun dua perasaan itu setiap detik hadir tanpa gagal.

30-10-2009

Ya! Itulah tarikh nya...! Akan ku pastikan sebelum sempat setahun menjelma akan ku lupakan kau...!

Wednesday, May 5, 2010

Kronologi Rindu

Kurang dari 24 jam dia tidak ditanah kuala lumpur, kerinduan amat membuak-buak. Aku benar-benar rindu. Heran, kami tak pernah berkepit jika dia disini tapi kali ini aku rasa dia memang jauh, terlalu jauh. Hingga baunya ku tak terhidu.
Hari ke-2, rindu dah tak tertanggung. Melihat status di fbnya sudah mampu mengubat sedikit rindu. Aduh! Benar2 aku gila. Angau! Mampukah aku bertahan untuk sehari lagi? Huh... 8 hari lagi sebenarnya. Benarkan aku mengetahui isi hati mu. Sesungguhnya menyintaimu amat menyakitkan.

Monday, May 3, 2010

Anugerah Industri Muzik Ke-17 (AIM 17)

Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra semalam telah menjadi tempat berlangsungnya Anugerah Industri Muzik Ke-17. Sekali lagi aku menghadirkan diri sebagai pemerhati tanpa membawa mana-mana selebriti. Dato' Siti Nurhaliza & Kris Dayanti mengalas tanggungjawab selaku persembahan pembukaan dengan baik sekali menerusi lagu Jika Kau Tak Datang.





Dia... Dato' Siti Nurhaliza

Walau sudah hampir 15 tahun, sokongan mereka pada beliau tetap ukuh tanpa lebur.

Kagum hadir dalam sanubari tatkala mengimbas perjalanan kerjaya yang beliau ukir.

Pasrah

Perilaku mu itu mengecewakan. Aku pasrah...!

Sunday, May 2, 2010

Tak Tertanggung

Aku tak pasti kenapa air jernih ini enggan berhenti. Makin aku cuba untuk menahan, ia semakain deras keluar.

Dinihari ini aku terasa terlalu kesunyian. Sebak. Tolong! Jangan biar rasa ini begini. Matikan saja mahuku tapi kudrat tak mampu.

Pelbagai cara ku iktiarkan agar mampu ku usir jika untuk mematikannya aku gagal. Tapi aku tewas juga.

Ingin sekali siapa dikau yang bertahta itu ku laungkan! Biar dunia tahu! Aku benar cinta kamu! Aku sungguh kasih kamu! Aku memang rindu kamu!

Mendengar suaramu seketika cuma sudah cukup melepaskan gian rindu.

Mata berhentilah mengalirkan airmu, agar bisa aku lelap untuk ketemu dirinya dalam lena ku.

P/s : Kiddo, seharusnya kita harus bersama...

Akhirnya...

Terlalu aku rindukan kamu. Hari ini rindunya teramat sangat hingga tak tertanggung dek badan lalu titisan jernih itu gugur jua.

Sehingga Sempurna - Amirul Jafril


Pendatang baru yang kini lagunya mula diputarkan dicorong-corong radio. Hadir dengan Sehingga Sempurna yang liriknya ditulis sendiri dan susunatur muzik pula oleh Nur Fatima dan Rudeboy Halim. Dengarkan...!

Bintang

Hari untuk beristirehat kembali lagi. Kali ini sedikit istimewa, kerna hari ini adalah Hari Pekerja... Selamat Hari Pekerja...


Thursday, April 29, 2010

Sinar Menunggu - Bob


Check out our new product! Bob's new single entitled Sinar Menunggu!




Sunday, April 18, 2010

ABPBH 09


Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 09) baru saja melabuhkan tirai. Agak lewat sedikit. Kali ini pergi sebagai pemerhati. Tidak membawa sebarang selebriti. 

Bersama Dayang Nurfaizah @Post Party

Monday, April 12, 2010

Anugerah Cinta



Noryn Aziz & Christian Bautista


Thursday, April 1, 2010

Best Malaysia Entertainment (BME)




I just left KRU Studios and now I am PR Executive for Best Malaysia Entertainment (BME)



 Click the link below to join us on facebook.. ;)

Apa Dah Jadi!?!



Berturut sudah mengikuti pekembangan program realiti Akademi Fantasia Musim Ke-8. Bermula dengan Konsert Tirai yang kononnya pelajar diberi kebebasan untuk memilih lagu dan gaya persembahan sendiri. Konsert yang sepatutnya menjadi platform untuk mereka menunjukan bakat yang ada dan juga kelebihan yang masing-masing miliki.

Andai

9 tahun yang lalu kita bertemu...
alam siber menyatukan kita...
kini kau tiada...
kerna kealpaan ku sendiri...
ketaksuban di tempat baru buat aku terlena...
mimpi yang ku sangka indah itu,
menjurangi kita...
aku reda dalam kepaksaan...
indah itu sementara...
aku jatuh...
aku teringat kamu...
kini kau ada yang lain...
aku tak menyalahkan mu...
cuma...
satu pintaku...
untuk kita bersama buat terakhir kali...
agar bisa aku melupakanmu...
dan membuka hati buat yang lain...

Thursday, March 4, 2010

Nota Perindu



Saat nota ini ku titip... Kerinduan sudah di puncak teratas. Lalu aku berkira-kira mahu menjatuhkan kedudukan rindu itu dan simpan nun jauh di dasar hati... Pastinya ianya tak menjadi jika tidak diiktiarkan namun aku sudah jemu mencuba. Jika hanya tangan aku yang menghulur tanpa disambut tangan lain pasti tak berhasil bukan. Aku tidak mahu sakit menanggung cinta ini bertukar menjadi benci. Tahulah jika bukan dia! Aku akan membujang selamanya...

Tuesday, January 26, 2010

Thursday, January 21, 2010

Tuesday, January 19, 2010

Terjadi



Percaya atau tidak kekuatan yang ada memungkinkan aku masih mampu tersenyum disini. Saat pesanan itu aku terima semuanya lebuh. Saat panggilan itu kujawab bahagia terukir walau hanya seketika cuma. Kini detik berlalu kosong tanpa ada isi yang bermakna. Tuhan bekalkan aku dengan kekuatan setebal tujuh lapisan langit agar aku terus hidup. Ini sungguh menyakitkan tambahan bila ku sedari semuanya tidak akan terjadi apa pun.


Gemuk melalui bait ini~

Tuesday, January 12, 2010

Anugerah Juara Lagu KE-24 (AJL24)

Anugerah yang ditunggu-tunggu penggemar muzik tanah air berlangsung penuh gemilang hari minggu yang baru berlabuh. Hanya menonton dikaca televisyen. 


Dato' Siti Nurhaliza & Lan The Typewritter


Wednesday, January 6, 2010

Angkuh Terkagum

Bergentayagan bersama teman lama di NZ Curry House atas Wangsa Maju malam semalam buat aku terpanggil memberi perhatian pada rak yang ditaburi majalah. Bukan kerna artis sendiri menjadi pernghias muka depan tapi terkedu melihat muka depan majalah Gaya Lebih Anggun Mewah (GLAM). Edisi istemewa! Tinie, peragawati negara memberi magismya dalam memperaga helaian mewah dari Channel ditambah tatarias indah juga dari kosmetik jenama yang sama. Dia sebagai gadis muka depan, pilihan tepat! Tahniah, Wirda! Biar belum penuh helaian demi halaian ku lewati tapi aku yakin semua yang sempurna. Hasil sentuhan Bustaman dari White Studio tidak pernah mengecewakan. Cukup buat mengenai GLAM. Sambung setelah tamat muka surat terakhir ku  teliti.


Muka Depan GLAM Januari 2010