Sunday, May 2, 2010

Bintang

Hari untuk beristirehat kembali lagi. Kali ini sedikit istimewa, kerna hari ini adalah Hari Pekerja... Selamat Hari Pekerja...



Esok bakal berlangsung Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-17 yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan bersiaran langsung di NTV7. Maka ada juga yang turut bekerja pada hari ini. Dari organizer ke produksi ke PA/PR/Pengurus Artis hingga ke selebriti semuanya bekerja untuk memastikan esok semuanya berjalan lancar. Bukit Jalil juga akan dibanjiri dengan bunyian muzik oleh Kumpulan UNGU bersemperna konsert jelajah mereka dan disebelahnya pula konsert mingguan Akademi Fantasia Musim Ke-8 (AF8) juga berlangsung Konsert Double Trouble Wing & Search yang bakal berlangsung di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. 

Namun, nukilan kali ini akan ku abadikan untuk kisah yang bakal ku titipkan ini. Semua tahu akan kerjaya yang aku ceburi ini. Mengalasnya terkadang membuat aku beremosi. Seperti mana aku menjaga diri ini, begitu lah mereka ku tatangi. Penuh kasih sayang ku belai mereka. Tiada yang pernah kurang. Marah bukannya benci, menegur bukan dengki. Semua demi kebaikan kalian.

Bila marah maknanya ada yang tak kena, bila menegur mungkin ada yang terkurang. Cuma, aku keliru adakah seharusnya begitu?


Teringat tatkala mula menceburi kerjaya ini. Sekadar Pembantu Peribadi. Mengambil baju, menghantar ke dobi, membawa dan menjaga barang-barang mereka dan membayar bil-bil adalah tugasan pertama. Kemudian, aku mula ditugaskan melobi mereka untuk persembahan pentas dan terus belajar mengenali media lalu belajar membuat temujanji untuk sessi fotografi dan temu bual. Melangkah satu langkah kehadapan, belajar pula mengenai muzik dan apa itu persembahan pentas. Sedikit demi sedikit aku pelajari. Alhamdulillah kini sedikit berilmu dalam bidang ini. Dua setengah tahun aku disitu, pelbagai yang ku pelajari. Itu tak bererti sudah memadai!


Masuk pula ke label atau syarikat rakaman. Skop kerja lebih fokus. Pengawai Perhubungan Awam (PR) adalah jawatan yang disandang. Walau tidak sampai setahun di situ, aku banyak belajar benda baru dan aku masih terbawa-bawa role aku sebagai pengurus peribadi. Setiap artis dibawah naugan syarikat itu aku rasa aku jaga dengan baik. Cukup baik.Tidak ku benarkan sedikit kesakitan pun singgah cuma terkadang aku terlalu berkeras. Maaf jika ada yang terkesan dihati. Tiada sebarang maksud selain ingin mahu kamu menjadi penghibur yang baik.


Kini, aku bersama syarikat baru... Best Malaysia Entertainment (BME)... Semoga suksess doaku buat diri sendiri....




No comments: