Friday, May 21, 2010

SATU

Terngiang-ngiang pekabaran yang secara tidak sengaja dititipkan dicuping telinga.

Entah mengapa diri terus memperbodohkan dengan membenar air jenih ini mengalir tanpa henti.

Bersilih ganti memori itu bertukar dibalik kotak pemikiran buat sebak tidak tertanggung.

Terlalu yakin adalah puncanya pekabaran bahagia dianggap tragedi pilu kemudiannya menyirnakan.

Garapan yang menjadi kunci dititipkan tanpa wasangka agar keindahan mengalir tanpa jemu.

Namun kemudian selepasnya terusan yang dianggar berkembang mengering lantaran membanjir longkang tersumbat.

Biar begitu, tersedar bukan semua yang dihendak pasti didapat kerana setiap satu adalah satu-satunya.

No comments: