Pernah kepingan hati ini sebelumnya menafikan perasaan terhadap dia tapi akur juga mencintai dirinya. Sudah tujuh purnama perasaan itu membiak sunyi dalam diri, dan selama itulah aku menghiris perasaan sendiri.
Dia tahu, aku pasti! Namun secara angkuh dia berbuat seperti tak mengetahui. Kejam! Dia terus menunjukkan perilaku yang memuakkan. Berhenti meremukkan aku!
Pintaku agar kau terus berlakun seperti aku tidak pernah menaruh apapun terhadapmu. Seperti kebiasaan. Senang bukan? Hanya perlu melayan aku seperti pernah kau lakukan dulu dan juga sepertimana kau dengan yang lain kini.
Walaupun mengusir perasaan yang membiak subur ini teramat payah, aku gigihkan juga. Azam ku lenyapkannya sebelum genap dua belas purnama, kini berbaki lima purnama.
Pelbagai cara aku cuba untuk menghakis bayangan kau lantas menlenyapkan namun semakin kukuh kau bertahta di kepingan hati yang yang terluka ini.
Ketahuilah menrinduimu memedihkan, mencintaimu menyakitkan namun dua perasaan itu setiap detik hadir tanpa gagal.
No comments:
Post a Comment