Friday, September 4, 2009

Sirna

Berada di Crown Plaza Mutiara, Kuala Lumpur untuk membawa Dafi bagi memenuhi undangan berbuka puasa bersama Berita Harian dan Micheal Shu pada ramadhan yang ke-13. Ramai selebriti yang membanjiri majlis selain 18 orang pembaca bertuah Berita Harian dan Media Massa.
Kesesakkan lalulintas seperti biasa. Tambahan pula hari ini adalah hari bekerja. Idea untuk mengunakan Aliran Transit Ringan (LRT) adalah tepat. Sementara teman sejawat berlari menghantar baju sponsor, aku pantas menyiapkan artis.


Berbuka dengan hidangan Nasi Briyani sungguh menyelerakan. Kurma dan Sirap Bandung adalah menu “mesti ada” setiap restoran selain rokok yang wajib bagi aku . :D Alhamdulillah, rezeki dari Allah sentiasa ada. Apalah nasib mereka yang memerlukan? Tanggugjawab Badan-badan berkanun, syarikat persendirian malahan syarikat gegasi yang amat menitik beratkan Corporate Social Responsibility (CSR) sungguh megingatkan beban merka.

Berbalik dengan insomnia yang aku alami meyebabkan aku asyik lewat ke pejabat kebelakangan ini. Aku berharap prestasi tidak terjejas. Minggu-minggu akhir sebelum bercuti hari raya harus digunakan sepenuhnya untuk melalukan tugasan Filem terbaru KRU Studios, syarikat dimana kau bernaung sekarang iaitu Jin Notti yang bakal menemui penonton pada Aidilfitri selain tugasan-tugasan lain.


Promosi untuk program televisyen dalam perangkaan. Mujur semuanya berjalan lancar. Terima kasih pada media yang menyokong dan sedia membantu. Semoga karya anak melayu senangtiasa dimartabatkan.

Dalam kesibukan diri, sudah hampir dua bulan aku bersama KRU Studios. Alhamdulillah. Semoga aku lebih cerdik dalam mengadaptasi suasana ditempat kerja. Cepat sungguh masa berlalu. Mungkin rakan-rakan pejabat yang ramah mendampingi aku menyebabkan aku tidak berasa masa berlalu pantas.

Panjang sungguh mukadimah. Aku agak tertekan disebelah pagi bila tahu kakak di kampung tidak beberapa sihat. Aku hilang fokus dan kawalan. Oh tuhan, kembalikanlah kesihatan kakak ku seperti sebelumnya. Kecut rasanya hati mendengar suara riang si kakak bertukar serak dan layu. Dimana silapnya? Mungkin pemakanan? Mungkin juga persekitaran dan mungkin juga … hanya Dia yang mengetahui.

Sebelah petang agak mendatar dan sedikit tenang. Mungkin keseriusan membuat aku tidak mampu bergelak tawa lagi. Emosi pagi terbawa-bawa. Ah! Pulangkan segala sikap ku yang positif. Lewat petang semakin menyesakkan. Kenapa begini? Harusnya begitu. Tenang! Tarik nafas dalam-dalam pesanku dalam hati. Namun semakin membara. Huh! Biarkan. Sebentar lagi tenang, mudah-mudahan.

Sesampai di tempat dituju, wajah sesorang membangkitkan perasaan negatif semakin dalam. Setebal hutan Amazon. Mujur semua dalam kawalan. Ku semat kemas-kemas emosi itu. Teman sejawat tiba disaat genting membawa seribu kemanisan dengan telatahnya. Alangkah elok jika petang tadi telatah ini boleh diterima dek akal. Penyesalan tidah perlu!

Kini, teratak ini membawa kembali ketenangan itu. Semoga esok lebih cerah secerah hari sebelumnya dan mungkin cerahannya menyinar bukan menyirna. Amin…

Terjadi


Mendengar pekabaran gembira dari teman-tema amat mengujakan. Tahniah mahu syabas! Itulah kalimat keramat yang mampu diucap. Selamat ulang tahun Isham Razali. Moga perjalanan hidup makin lancar, murah rezeki juga dipanjangkan usia. Shafiq Mubin juga memberi pekabaran riang. Jangan sia-saiakan apa yang didenggam kini. Aku turut tersenyum bangga akan kesenangan teman.

Aku termenung dan mencongak sambil penglihatan merenung menara berkembar petronas segak terpacak dari anjung rumah, kapan rasa dimiliki aku? Belum tiba masanya lagi setelah ku kira-kira dalam hati. Waktu penentu masa hadapan tapi kita mengarah kini untuk melihat bagaimana, apa, dimana, dan siapa kita di kemudian hari.


Rahsianya, usaha perlu dipertingkatkan dengan menambahkannya segantang lagi lalu doa mengiringi setiap bait usaha yang dibajai dan hanya perlu bertawakal menunggu hasil benih baja usaha kelak. Mudah-mudahan hasil yang elok lahir waktu itu nanti.

Namun lumrah manusia tiada lari, tidak sabar menanti hasil tanpa usaha dan mengharap keajabian terjadi. Kekadang aku juga bersama golongan ini. Tahu semua tersedia tanpa sebarang usaha.

Kini nafsu aku semakin rancak menghasut aku untuk tidak memperoleh sesuatu yang diingin oleh setiap insan. Ah! tunggu tapi sampai kapan? Hampir semua disekeliling ku memiliki itu. Tapi aku? masih kesorangan.

Teman, ya itu adalah sesuatu yang semua kepingin untuk miliki termasuk aku.

Kembalinya Insomnia


Insomnia kembali lagi, aku risau akan dark circle yang bakal hadir, kulit pasti suram. Ah! Apa cara untuk aku lelapkan mata ini. GLAM keluaran September sudah pun habis dibaca, kandungannya menarik dan muka hadapannya kembali menyuntik semangat selari majalah antarabangsa. Wrida Adnan mengadun majalahnya angkuh sekali. Kagum! Itu hanya mampu ku ungkapkan.

Seteguk demi seteguk minuman ice lemon tea jenama seasons ku hirup. Tangan makin rancak menekan papan kekunci komputer riba sambil dendangan lagu-lagu dari album seumur hidup nyanyi Dafi menjamu pendengaran. Sepuluh ramadhan telah berlalu, aku terasa nikmatnya.


Cuti hari ini begitu tenang, tiada gangguan. Telifon bimbit tidak berdering langsung. Amannya, seharian diteratak sendiri yang disewa amat menenangkan. Esok kembali sibuk bekerja. Keluar pagi dan sebelah malam setelah penat baru pulang. Seperti biasa mandi dan terus melelapkan mata. Itulah rutin sepanjang lima hari seminggu seorang dewasa rata-rata di muka bumi ini. Lebih teruk lagi, ada yang bekerja dihujung minggu. Masa untuk keluarga mahupun teman-teman tiada terus.

Setelah melewati sebulan ditempat kerja baru, aku amat bersyukur. Segala berjalan dengan lancar. Kerja berjaya dilakukan dengan sistematik dan disiapkan. Banyak ilmu baru dipelajari. Rakan sepejabat yang baik dan professional membuatkan segalanya mudah. Kami bergaduh, bergelak ketawa, bermasam muka, tersenyum dan bertekak pendapat, namun amat menyeronokan. Apa yang diimiginasikan sewaktu di menara gading dulu, kini dilalui.