Friday, January 11, 2008

Semester 5

minggu-minggu awal selalunya membuat semua teruja namun semester nie berlainan sedikit!
aku kekecewaan! sakit hati! tak puas hati! dan pelbagai lagi perasaan negatif yang bersarang di kotak pemikiran aku!
subjek yang ku tunggu-tunggu semestinya "event & management" tambahan pula pensyarah yang ajar adalah antara pensyarah kegemaran ku Joana Jaya. melihat mukanya memberi semangat baru padaku. melihat kelibatnya umpama aura yang begitu besar dijiwaku. dia sungguh berbeza.
ohw.. miss jo... sungguh cantik orangnya. berkulit hitam persis bekas supermodel Tyra Banks, cantik, berkerjaya, professional dan tentu sekali bergaya. lain dari yang lain. kelas pertamanya kunanti-nantikan. sungguh mengujakan dan menggembirakan tatkala melihat dia berdiri dihadapan kelas cuma kekecewaan terpampar di wajahku disaat melihat ahli kumpulan yang akan ku hadapi sehingga penghujung semester. membosankan!
aku cuba menyembunyikan perasaan itu dan menepis sekuatnya perasaan yang ku rasakan ketika itu tapi sangkaan aku salah. tentu sekali presentasi aku akhir semester ini membosankan miss jo dan semua. maaf segala idea aku tidak diterima pakai ahli kumpulan yang lain.
aku pasrah! tuhan tolang lah hamba mu ini yang kepinggin sekali idea nya direalisasikan.
tidak berakhir disitu kekecewaan ku! tidak mendengar hujah-hujan faizah Din membuatku rindu padanya, walaupun aku terpaksa membuat kerja yang sama berulangkali namun aku gembira kerna dikemudiannya aku antara seorang yang hebat membuat kerja tidak seperti pelajar dari didikan pensyarah yang lain!
walaupun cik faizah sedikit kolot dan old-fashioned tapi dia sungguh menyenangkan. meluah perasaan kepadanya unpama bermaja dengan ibu sendiri. tidak faham mengapa ada yang tidak menyukainya. hukum karma memang begitu. seribu yang menyukai kita, seribu juga yang membenci kita.
berjumpa Cik Shifa untuk kali kedua juga sungguh mengembirakan. sudah memiliki gelaran puan si shifa sekarang. alhamdulillah, jodohnya sudah sampai. segala yang diinginkan sudah dikecapi. berkerjaya juga berumah tangga. tahniah Miss Shifa.
kembali bersua bersama rakan-rakan juga membuat kesepian di sudut hati terisi. telatah kirana yang mencuit hati sungguh bererti. melihat Ilya membuat runway sungguh mengkagumkan. mendengar prinsip-prinsip hidup untuk pegangan diri dari Israq membuat hidup lebih bermakna. keluar bersama Isham juga membuat hidup ini terasa hebat.
Lydia oh Lydia... sungguh bulat kamu wahai sahabat! Kak Wani juga semakin kurus dek makan hati oleh siapa? aku pun tak tahu... Asyh seperti sebelum ini menunggu hari kedai-kedai membuat potongan harga datang. Wardy juga tiada banyak bezanya.
oh semester 5, kau hadir penuh warna.
namun akan ku kotakan janji pada ayah, mak, kak mi dan keluarga yang kau akan mengecapi kejayaan yang akan membahagiakan diri ini buat selama-lamanya!

Monday, January 7, 2008

permulaan semester yang menyakitkan....

KEADAAN YANG TIDAK DIJANGKA UNTUK PERMULAAN!

Wednesday, January 2, 2008

sambutan tahun baru yang hambar!

aku menyambut kehadiran tahun baru bersama-sama FIQ, WARDY dan ASYH!

kami menyambutnya di GIANT SHAH ALAM dan KANDANG!!!

BOSAN!!!!!!!!!!!!

fashionista!

Merenung ke luar jendela melihat gelagat manusia lalu lalang di kaki lima jalan membuat ku terfikir sesuatu. Sesuatu yang mungkin kita sendiri tidak perasaan. Kita sudah mula melaram mengikut peredaran fesyen yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini sejajar dengan perubahan masa yang semakin pantas.

Tak kira lelaki mahupun wanita sudah celik berfesyen dibumi kita. Kini, kita sudah tidak terperanjat melihat telatah anak-anak kecil yang tidak mahu lagi permakiannya ditentukan ibu bapa tetapi tegar untuk memilih citarasa sendiri.

Dulu fesyen cukup sinonim dengan kaum hawa tapi sekarang kaum adam tidak ketinggalan. Malahan kita sudah tidak hairan melihat bilik si bujang mempunyai lebih banyak barangan dan produk penjagaan diri dari si dara.

Jika era sebelum ini kedai buku dilimpahi majalah-majalah fesyen dan kesihatan wanita namun kini timbunan majalah fesyen dan kesihatan lelaki tidak kurang hebatnya di kedai buku seperti MEN FOLIO, MEN HEALTH, GLAM LELAKI dan banyak lagi. Artikel-artikel mengenai fesyen si kecil juga tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Berlegar di pusat membeli-belah utama seperti KLCC dan MID VALLEY membuat kita tersenyum sendiri tatkala melihat gelagat anak-anak muda memperagakan fesyen masing-masing. Semua mahu menunjukkan pakaian masing-masing. Tak ketinggalan golongan dewasa yang mempunyai kerjaya, juga, berlumba-lumba mendapatkan pakaian-pakaian yang dikatakan “in-trend” pada sesuatu musim untuk diperagakan di pejabat.

Kalau sebelum ini kedai gunting mamak menjadi tumpuan sang pujangga tetapi kini salun menjadi tempat kunjungan mereka. Jika dulu rawatan tangan dan kaki hanya dilakukan si dara tapi teruna era ini juga sudah ke spa dan melakukan pelbagai rawatan dari hujung rambut ke hujung kaki.

Tersedar dari lamunan itu membuatkan aku melihat diri didalam cermin dan bertayakan diri sendiri, adakah aku “in-fasion” ataupun “fashion victim”?