Wednesday, January 2, 2008

fashionista!

Merenung ke luar jendela melihat gelagat manusia lalu lalang di kaki lima jalan membuat ku terfikir sesuatu. Sesuatu yang mungkin kita sendiri tidak perasaan. Kita sudah mula melaram mengikut peredaran fesyen yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini sejajar dengan perubahan masa yang semakin pantas.

Tak kira lelaki mahupun wanita sudah celik berfesyen dibumi kita. Kini, kita sudah tidak terperanjat melihat telatah anak-anak kecil yang tidak mahu lagi permakiannya ditentukan ibu bapa tetapi tegar untuk memilih citarasa sendiri.

Dulu fesyen cukup sinonim dengan kaum hawa tapi sekarang kaum adam tidak ketinggalan. Malahan kita sudah tidak hairan melihat bilik si bujang mempunyai lebih banyak barangan dan produk penjagaan diri dari si dara.

Jika era sebelum ini kedai buku dilimpahi majalah-majalah fesyen dan kesihatan wanita namun kini timbunan majalah fesyen dan kesihatan lelaki tidak kurang hebatnya di kedai buku seperti MEN FOLIO, MEN HEALTH, GLAM LELAKI dan banyak lagi. Artikel-artikel mengenai fesyen si kecil juga tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Berlegar di pusat membeli-belah utama seperti KLCC dan MID VALLEY membuat kita tersenyum sendiri tatkala melihat gelagat anak-anak muda memperagakan fesyen masing-masing. Semua mahu menunjukkan pakaian masing-masing. Tak ketinggalan golongan dewasa yang mempunyai kerjaya, juga, berlumba-lumba mendapatkan pakaian-pakaian yang dikatakan “in-trend” pada sesuatu musim untuk diperagakan di pejabat.

Kalau sebelum ini kedai gunting mamak menjadi tumpuan sang pujangga tetapi kini salun menjadi tempat kunjungan mereka. Jika dulu rawatan tangan dan kaki hanya dilakukan si dara tapi teruna era ini juga sudah ke spa dan melakukan pelbagai rawatan dari hujung rambut ke hujung kaki.

Tersedar dari lamunan itu membuatkan aku melihat diri didalam cermin dan bertayakan diri sendiri, adakah aku “in-fasion” ataupun “fashion victim”?

No comments: