Saturday, October 31, 2009

Setengah Kosong

Ketabahan untuk mencari sudah pudar. Ruang yang ada terlalu meronta untuk diisi. Dimana isinya? Rasa yang aku alami mungkin tidak dirasai olehnya. Aku bertepuk sebelah tangan lagi rasanya. Atau mungkin dia juga merasakannya. Kalut! Kalau ia, pintaku hanya untuk memulakannya. Lagu Anuar Zain "I'm The Lucky One" sayup dicuping telinga. Gemersik suara itu menenangkan jiwa dan membawa lelah perjalanan pulang hilang. Dua hari di Kedah aku cukup selesa. Lupa semuanya. Fikiran ku tidak diganggu. Suasana baru membantu aku untuk tidak berfikir. Tilam empuk dan cuaca dingin membantu lena diulit mimpi indah. Pencarian isi buat ruang yang meminta tak dapat ku penuhi. Kerana isi sudah ditemui cuma menunggu isinya untuk memenuhi ruang itu sesudinya.

Sunday, October 25, 2009

Telifon

Satu panggilan telifon boleh merubah segalanya. Aku keliru kini. Sesungguhnya aku benar-benar keliru. Pilihan mana harus aku ikut. huh! Diluah mati mak, ditelan mati bapak. Ada hati yang perlu dijaga tapi siapa yang mahu menjaga perasaan aku? Siapa yang mahu memelihara masa hadapan aku? Penat, letih dan sengsara. Sementa tangan ini lmenekan papan kekunci, telinga dijamu suara Nikki mendengdang "Selamat Tinggal". Seolah-oleh mengerti mengapa harus aku meninggalkan sesuatu untuk mengapai sesuatu yang lain. Berlega-legar dan silih berganti wajah-wajah itu dibenak fikiran.

Saturday, October 24, 2009

Kejadian

Jumaat dimulakan dengan baik sekali. Seperti biasa rutin dijalani. Masuk pejabat, sarapan dan terus menyiapkan apa yang tertangguh juga tugasan baru didalam tangan. Cuma sebelum matahari memacak diatas kepala aku perlu ke MyDin Kota Seriemas, Nilai untuk tugasan bersama Abun. Tenang perjalanan yang kami tepuhi setenang hati ku saat itu. Setiba disana bilik rehat menjadi lokasi kunjungan pertama ku. Sementara menunggu Perancang Majlis siap mendandan rambut, kami membasah tekak di Restoran Al-Islam. Sedang berbincang aturan program, kami menghala ke Majlis Bandaran Nilai untuk menjemput selebriti yang akan memeriahkan majlis perasmian pusat belah-belah tersebut. Al-maklum tempat nya agak terpencil dan baru. Dalam perjalanan pulang dari menjemput beliau kami hampir menjadi mangsa kemalangan. Alhamdulillah, nasib berpihak pada kami. Majlis bermula tepat pada pukul 4 petang. Setelah persembahan tamat, kami beransur pulang ke peabat. Hujan lebat membasahi bumi. Rezeki dari Allah SWT. Perut kosong ini bergendang kuat. Aku, Abun dan Ayu ke Laypark Kopitiam bersebelahan pejabat untuk mengisi tabung penyumbang tenaga. Selesai aku kembali kepejabat untuk mengemas dan mengambil komputer riba dan juga barang ku untuk pulang. Sebaik tangan memegang pemegang pintu kaca indah pejabat ku, sepantas angin aku dibawa pintu kaca itu rebah sujud kebumi. Tergamam seribu bahasa, nasib masih berpihak padaku. Kudrat kaki menahan aku untuk tidur bersama kaca yang pecah bak butiran belian. Kalau tidak, hanya tuhan bisa mentafsirkannya. Bersyukur pada tuhan, aku bangun pagi masih dalam keadaan sihat dan selamat.

Thursday, October 22, 2009

Kurang Pasti

Hari-hari lari-lari mengejar keinginan, terjatuh kebumi aku dongak kembali ke langit, tanpa jemu aku terus mencuba dan terus terjatuh namun kini terasa seperti mampu merangkak kembali. Pelahan-lahan langkah menjadi semakin laju. Hati mati dulu seakan bernafas kini. Puas ku cari apa punca hati mati, hidup kembali! Seakan bahagia tapi aku benci! Tidak suka! Ianya menyakitkan. Biarlah aku saja merasakan terus melaluinya, cuma nukilan ini buat perkongsian kita bersama agar mendapat manfaat dan iktibar atau merasai sedikit pengalaman itu. Kata A. Samad Said "Segala yang diingin tapi tak dapat adalah nikmat yang paling padat". Keliru!? Benar-benar keliru! Tak dapat tapi masih jua nikmat, terus padat! Bukan apa yang diingin lalu diikhtiar dan dapat baru nikmat? Huh... Kepingin sekali bertemu lalu berbicara tentang ini. Bait-bait satu baris ayat itu terlalu dalam, kemas maksudnya. Puas ku fikir masih kabur bayangannya. Mungkin kekecewaan lalu buat aku semakin berhati sekarang itu maksudnya? Entah. Cuma aku mahu galaksi ini tahu hati aku berdetik lagi. Berbungga indah. Berlagu riang. Bermimpi ceria. Tapi pada apa atau siapa? Aku juga kurang pasti!

Tuesday, October 20, 2009

Selamat Ulang Tahun


Selasa bermula agak lembab. Bangun dengan sisa mengantuk yang masih ada buat kepala pening. Lagi pusing bila memerhati telifon bimbit mati! Malang... Melangkah malas untuk mandi kemudian bersiap ke pejabat. Aura negatif lagi. Semua berjalan seperti biasa. Ucapan ulangtahun dari kawan silih berganti. Ucapan dari mulut ke facebook lalu pesanan ringkas hingga panggilan telifon menjadi medium pengantaraan. Kerja? Seperti biasa takkan bisa habis. Jiwa masih gelora. Singgah ke Sg. Wang plaza berniat mahu membetulkan telifon bimbit dan terus pulang ke rumah. Tiada yang istimewa hanya lah satu babak biasa di HARI KE LAHIRAN ku.


SELAMAT ULANGTAHUN ELYIAS OMAR

Saturday, October 17, 2009

Perhubungan

Topik yang agak menarik untuk aku karang, kita acapkali alpa bila rancak berbual sehingga kita berjanji tanpa kita sendiri sedari. Aku tergolong dalam golongan itu juga. Rancak berkomunikasi hingga aku sendiri tak perasan akan bait-bait perkataan yang terluah. Perhubungan menjadi akrab dan kita terus selesa. Kehilangan adalah pekara yang "mesti elak" dalam apa jua jenis perhubungan. Aku pernah mengalaminya. Pedih dan sakit kini masih terasa. Tekad untuk tidak berulang adalah janji aku! Tanpa sedar ia terjalin lagi. Aku sudah perasan itu, aku harus mengelak.