Saturday, October 24, 2009

Kejadian

Jumaat dimulakan dengan baik sekali. Seperti biasa rutin dijalani. Masuk pejabat, sarapan dan terus menyiapkan apa yang tertangguh juga tugasan baru didalam tangan. Cuma sebelum matahari memacak diatas kepala aku perlu ke MyDin Kota Seriemas, Nilai untuk tugasan bersama Abun. Tenang perjalanan yang kami tepuhi setenang hati ku saat itu. Setiba disana bilik rehat menjadi lokasi kunjungan pertama ku. Sementara menunggu Perancang Majlis siap mendandan rambut, kami membasah tekak di Restoran Al-Islam. Sedang berbincang aturan program, kami menghala ke Majlis Bandaran Nilai untuk menjemput selebriti yang akan memeriahkan majlis perasmian pusat belah-belah tersebut. Al-maklum tempat nya agak terpencil dan baru. Dalam perjalanan pulang dari menjemput beliau kami hampir menjadi mangsa kemalangan. Alhamdulillah, nasib berpihak pada kami. Majlis bermula tepat pada pukul 4 petang. Setelah persembahan tamat, kami beransur pulang ke peabat. Hujan lebat membasahi bumi. Rezeki dari Allah SWT. Perut kosong ini bergendang kuat. Aku, Abun dan Ayu ke Laypark Kopitiam bersebelahan pejabat untuk mengisi tabung penyumbang tenaga. Selesai aku kembali kepejabat untuk mengemas dan mengambil komputer riba dan juga barang ku untuk pulang. Sebaik tangan memegang pemegang pintu kaca indah pejabat ku, sepantas angin aku dibawa pintu kaca itu rebah sujud kebumi. Tergamam seribu bahasa, nasib masih berpihak padaku. Kudrat kaki menahan aku untuk tidur bersama kaca yang pecah bak butiran belian. Kalau tidak, hanya tuhan bisa mentafsirkannya. Bersyukur pada tuhan, aku bangun pagi masih dalam keadaan sihat dan selamat.

No comments: