Saturday, November 14, 2009

Lapar

Akhir ini selera untuk makan amat membuak-buak. Adoi, hingga ketat seluar. Makan malam yang ditunggu-tunggu musnah. Akibatnya, aku juga! Padan muka sendiri. Rezeki tiada namanya. Aku berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang. Huh! Sesampai dirumah terus ke bilik air untuk menyegarkan badan. Menghadap komputer riba adalah kewajipan. Perut ini berbunyi lagi. Huh... Mana mahu ku dapat makanan. Restoran makanan segera, McDonald berlegar difikiran. Aku mendail telifon bimbit dan terus membuat pesanan.




Sunday, November 8, 2009

TERENGGANU

Penat Malam Gala untuk Film edaran United Studio di Berjaya Times Square masih terasa disaat mata tercelik pagi sabtu itu. Malas melangkah namun aku terpaksa melangkah gagah untuk ke KL Sentral sebelum aku ditinggalkan pesawat MH 1326 ke Kuala Terrengganu. Sesampai disana kami dijemput oleh Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yad. Kami yang dimaksudkan adalah aku, Sarah Raissuddin, Akim AF7 dan Pembantu Sarah. Kami dibawa untuk berehat di "Sutra Beach Resort, Kuala Terengganu". Aduh! Cantik sekali resort ini. Tenang sedikit hati yang bergelora kuat bak sang ombak didepan mata. Masuk kedalam Bilik yang dikongsi bersama bintang Realiti Akedemi fantasia membuat mata terus mengantuk melihat tilam empuk berserta penghawa dingin yang sejuk. Berehat seketika sebelum mereka membuat persembahan semperna Sultan Cup Terengganu Endurance Challenge 2009.

Malam menjelma tiba, bunyi sang ombak yang masih bermain kencang menyaji hawa telinga. Tenang! Fikiran tertumpu akankah semuanya berlalu pergi...

xoxo
E.

Thursday, November 5, 2009

Celaru

Aku melangkah penuh yakin untuk beraksi pada hari khamis berkat penuh muslihat. Pemikiran terbahagi kepada seribu satu macam agenda. Persahabatan, ya, itu yang amat aku titik beratkan sedari dulu masih teguh kini. Dimana aku bernaung kini nilai persahabatan tidak dapat dibeli. Sayu, itu satu emosi yang senangtiasa berlega semejak dua ini. Kerjaya, perkara yang amat dituntut dalam kehidupan dunia serba moden ini. Dua perkara yang bertelagah. Sederu itu juga telinga disaji lagu dendangan Diva Dunia, Beyonce "Scared of lonely". Begitu mendalam! Benar-benar biru!


Agenda lain, episod rindu tidak henti malah membuak-buak. Entah, kekuatan mana membuat aku masih tegak berdiri. Aku mulainya sayang kini bertukar cinta. Parah! Hentikan saja angan mu itu. Tapi bagaimana harus aku matikan rasa rindu ini. Sayu suara Sarah Raissuddin menerusi Tinggalkan Diriku membuat kelopak mata ini sedikit berair.

Selamat Pagi

Bangkit dari tidur, aku ceria walau demam masih bersisa. SELAMAT PAGI MALAYSIA! Tenaga ini sudah lama ku ingin kembali. Akhirnya kini pasti aku mendapatkannya semula. Lupa problema lama. Sumpahan harijadiku sudah habis agak nya. yeay!!! Berkemaja dan sepatu putih didondon bersama seluar berwarna kelabu lusuh, aku melangkah penuh yakin dan pasti. Ini adalah emosi sebenarnya.

This Is It - Micheal


RIP Micheal Jackson


~ Be the heart in my chest ~

Tuesday, November 3, 2009

Demam


Kepala pusing tatkala mata terbuka subuh ini. Aduh! Demam! Aku binggung. Bangun aku terus gagah ke balik air. Mandi dan bersiap ala kadar untuk ke klinik. Seperti biasa klink Kak Za adalah tempatnya. Sengal bontot ditusuk jarum hingga kini terasa. Aku menghala ke pusat bandar, Pavilion untuk bertemu pelakon "Pisau Cukur" setelah acapkali temujanji kami tergendala. Akhirnya kami bertentang mata. Pelbagai agenda dibincang dan dibahaskan, kami tiba di konklusinya. Berjabat tangan dan terus pulang untuk berehat. 100 plus adalah teman baik aku sepanjang hari dan drama bersiri gossip girl musin ke - 2 juga. Demam ini harus segera disurutkan. Risau jika berlarutan. Lama sudah diri tidak didatangi penyakit ini. Lari jauh-jauh!


Tapi coretan dicoret untuk meluahkan rasa yang ada jauh didalam sana. Apa? Tak pasti. Rindu? Mungkin! Bersalah? Ia juga kerna melangkah pergi. Maaf! Aku pergi untuk kebaikan diri sendiri. Aku tak segah untuk membawa banyak produk. Cinta? Hurm... Keliru! Moga rasa ini cepat mati! Makin aku memikirkannya makin aku jadi gila. Sudahlah. Cukup untuk bertepuk sebelah tangan. Rindu yang hadir tak berbalas rasanya. Biarlah... Simpan jadi kenangan... Kenangan terindah. Hanya aku yang tahu dan rasa itu tetap sama sehingga nanti...

Sunday, November 1, 2009

Hari Minggu


Buat pertama kali hari minggu, minggu ini berjalan seperti yang biasa aku lakukan seperti dulu. Keluar, makan, lepak dan "window shopping". Nadia menjadi tetamu untuk minggu ini. Tema kami "hapuskan tekanan".