Thursday, November 5, 2009

Celaru

Aku melangkah penuh yakin untuk beraksi pada hari khamis berkat penuh muslihat. Pemikiran terbahagi kepada seribu satu macam agenda. Persahabatan, ya, itu yang amat aku titik beratkan sedari dulu masih teguh kini. Dimana aku bernaung kini nilai persahabatan tidak dapat dibeli. Sayu, itu satu emosi yang senangtiasa berlega semejak dua ini. Kerjaya, perkara yang amat dituntut dalam kehidupan dunia serba moden ini. Dua perkara yang bertelagah. Sederu itu juga telinga disaji lagu dendangan Diva Dunia, Beyonce "Scared of lonely". Begitu mendalam! Benar-benar biru!


Agenda lain, episod rindu tidak henti malah membuak-buak. Entah, kekuatan mana membuat aku masih tegak berdiri. Aku mulainya sayang kini bertukar cinta. Parah! Hentikan saja angan mu itu. Tapi bagaimana harus aku matikan rasa rindu ini. Sayu suara Sarah Raissuddin menerusi Tinggalkan Diriku membuat kelopak mata ini sedikit berair.

No comments: