Friday, September 4, 2009

Sirna

Berada di Crown Plaza Mutiara, Kuala Lumpur untuk membawa Dafi bagi memenuhi undangan berbuka puasa bersama Berita Harian dan Micheal Shu pada ramadhan yang ke-13. Ramai selebriti yang membanjiri majlis selain 18 orang pembaca bertuah Berita Harian dan Media Massa.
Kesesakkan lalulintas seperti biasa. Tambahan pula hari ini adalah hari bekerja. Idea untuk mengunakan Aliran Transit Ringan (LRT) adalah tepat. Sementara teman sejawat berlari menghantar baju sponsor, aku pantas menyiapkan artis.


Berbuka dengan hidangan Nasi Briyani sungguh menyelerakan. Kurma dan Sirap Bandung adalah menu “mesti ada” setiap restoran selain rokok yang wajib bagi aku . :D Alhamdulillah, rezeki dari Allah sentiasa ada. Apalah nasib mereka yang memerlukan? Tanggugjawab Badan-badan berkanun, syarikat persendirian malahan syarikat gegasi yang amat menitik beratkan Corporate Social Responsibility (CSR) sungguh megingatkan beban merka.

Berbalik dengan insomnia yang aku alami meyebabkan aku asyik lewat ke pejabat kebelakangan ini. Aku berharap prestasi tidak terjejas. Minggu-minggu akhir sebelum bercuti hari raya harus digunakan sepenuhnya untuk melalukan tugasan Filem terbaru KRU Studios, syarikat dimana kau bernaung sekarang iaitu Jin Notti yang bakal menemui penonton pada Aidilfitri selain tugasan-tugasan lain.


Promosi untuk program televisyen dalam perangkaan. Mujur semuanya berjalan lancar. Terima kasih pada media yang menyokong dan sedia membantu. Semoga karya anak melayu senangtiasa dimartabatkan.

Dalam kesibukan diri, sudah hampir dua bulan aku bersama KRU Studios. Alhamdulillah. Semoga aku lebih cerdik dalam mengadaptasi suasana ditempat kerja. Cepat sungguh masa berlalu. Mungkin rakan-rakan pejabat yang ramah mendampingi aku menyebabkan aku tidak berasa masa berlalu pantas.

Panjang sungguh mukadimah. Aku agak tertekan disebelah pagi bila tahu kakak di kampung tidak beberapa sihat. Aku hilang fokus dan kawalan. Oh tuhan, kembalikanlah kesihatan kakak ku seperti sebelumnya. Kecut rasanya hati mendengar suara riang si kakak bertukar serak dan layu. Dimana silapnya? Mungkin pemakanan? Mungkin juga persekitaran dan mungkin juga … hanya Dia yang mengetahui.

Sebelah petang agak mendatar dan sedikit tenang. Mungkin keseriusan membuat aku tidak mampu bergelak tawa lagi. Emosi pagi terbawa-bawa. Ah! Pulangkan segala sikap ku yang positif. Lewat petang semakin menyesakkan. Kenapa begini? Harusnya begitu. Tenang! Tarik nafas dalam-dalam pesanku dalam hati. Namun semakin membara. Huh! Biarkan. Sebentar lagi tenang, mudah-mudahan.

Sesampai di tempat dituju, wajah sesorang membangkitkan perasaan negatif semakin dalam. Setebal hutan Amazon. Mujur semua dalam kawalan. Ku semat kemas-kemas emosi itu. Teman sejawat tiba disaat genting membawa seribu kemanisan dengan telatahnya. Alangkah elok jika petang tadi telatah ini boleh diterima dek akal. Penyesalan tidah perlu!

Kini, teratak ini membawa kembali ketenangan itu. Semoga esok lebih cerah secerah hari sebelumnya dan mungkin cerahannya menyinar bukan menyirna. Amin…

No comments: