Wednesday, May 5, 2010

Kronologi Rindu

Kurang dari 24 jam dia tidak ditanah kuala lumpur, kerinduan amat membuak-buak. Aku benar-benar rindu. Heran, kami tak pernah berkepit jika dia disini tapi kali ini aku rasa dia memang jauh, terlalu jauh. Hingga baunya ku tak terhidu.
Hari ke-2, rindu dah tak tertanggung. Melihat status di fbnya sudah mampu mengubat sedikit rindu. Aduh! Benar2 aku gila. Angau! Mampukah aku bertahan untuk sehari lagi? Huh... 8 hari lagi sebenarnya. Benarkan aku mengetahui isi hati mu. Sesungguhnya menyintaimu amat menyakitkan.

Masuk hari ke-3, aku hilang deria rasa. Tidak! Rindu yang teramat buat semua tak terasa. Aduh! Jauh perjalanan sedikitpun kaki tak terasa memijak bumi. Sakitnya menanggung rasa ini. Tiada apa dijamah untuk mengisi perut tapi lapar itu tak terasa. Aku membiarkan hawa telinga mendengar bait-bait lagu dan mata melihat cebisan-cebisan potret itu. Tak perlu air ataupun makanan. Biar masa diisi dgn hanya mendengar dan melihat. Itu sudah memadai. Aku menanti masa dia mengemaskini status itu lagi. Dgn itu aku tahu keadaan dirinya. Aku rindu!
Hari ke-4 mahu berlabuh, aku jalani hari ini seperti semalam. Kosong. Kapan rasa ini akan berakhir. Seminggu! Lama benar tempoh itu. Cepatlah berlalu.
Hari minggu yg lembab. Sejuk. Hujan turun seolah tahu rindu bertamu. Aku benar2 tak tertanggung. Bunuh saja perasaan ini biar aku sendirian selamanya. Untuk apa ada kalau tak berbalas. Cukup menyakitkan. Saat detik berganti, perasaan itu ditusuk kejam. Tidak menanti apa cuma 3 kata itu diucap.
Hari ke-6 baru saja memberi salam. Aku sungguh tidak sabar menanti tahun baru bukan kerna untuk menyambut tarikh itu tapi mahu menanti kepulangannya. Semua telah ku cuba untuk mematikan sedetik rindu ini. Walau melawat rumahnya namun masih tegar untuk membunuh rasa itu malah semakin kuat ianya terkesan dihati. Tuhan, jika saja dia tahu pasti kami renggang selamanya. Bersediakah aku?
Berlabuh sudah hari semalam. Genap seminggu kini. Aku benar2 rindu. Tiada pekabaran kuterima. Puas aku mengodek lamannya tapi tiada apa ku dapat. Saket benar perasaan ini. Bersama teman-teman sekolah buat hati sedikit terhibur tapi luaran. Dalaman hanya tuhan tahu. Teguhkan sedikit kekuatan yang tinggal ini untuk meneruskan hari mendatang.
Akhirnya, status dikemaskini. Tapi ianya sungguh menyebakan. Bergembira tanpa mahu pulang lagi. Aku kesal. Arghh! Kesal? Terlupa kami tiada apa yang istemewa. Sepatutnya aku biarkan saja. Walau dia dekat sudah pasti aku juga tidak bersamanya. Itu pasti! Sama saja. Tapi rindu ini sungguh melemaskan dan kekuatan semakin goyah. Aku benar-benar ingin 3 kata itu diucapkan.
Hari ke-9, tinggal hanya sehari dia akan kembali. Bersabarlah, pesanku pada diri sendiri. Cuma bertahan itu yang mampu ku lakukan. Kenapa terlalu gembira elle? Bukan kau orang pertama ingin ditemu pun! Tidak sama sekali. Esok bila mata terbuka dari lena, dia sudah berada di bumi malaysia. Moga-moga semuanya selamat.
Hari ke-10, hari yang ku tunggu-tunggu. Keterujaan rupanya memberi petanda negatif. Penerbangan ditunda! APA??? 3 hari! Isnin? Sungguh... Aku tak tahu apa yang tengah menlanda! Babi... Huhu... Tiada gunanya lagi. Semua nya hancur... Sabar lagi sikit...

Langit semakin cerah. Rupanya dia takkan muncul hari ini. Tertunda itulah sebabnya. Aku hanya mampu pasrah. Selamat tahun baru cinta.

No comments: