Wednesday, August 22, 2007

RABU agak mengecewakan...

Aku bangun awal pagi ini. walaupun aku hanya terlena pada 4.37 pagi tadi aku terjaga dari lena pukul 8.30 pagi. mengapa aku terbangun sendiri? ini kerana aku mimpikan salah seorang pensyarah kegemaran ku.. MISS SHIFA... wajah bengisnya yang cantik amat menakutkan aku. aku berjanji tidak lewat lagi untuk menghadiri kelasnya.kegarangan nya minggu lepas telah hadir semula didalam mimpiku membuatkan aku terjaga. Aku harus bangkit dan mandi. aku tak mahu terlewat tambahan lagi aku akan membuat pembentangan mengenai "ads that i like". aku memilih iklan Chirstian Dior untuk produk minyak wanginya iaitu "J'Adore". aku meminati iklan itu. iklan itu dibintangi Charlize Theron. amt klasik dan bersahaja. argh...cantiknya wanita itu. aku cuba yang terbaik namun aku tidak berpuas hati dengan persembahanku itu. namun tidak mengapa... namun jika dibenarkan aku mengulanginya aku akan pastikan aku akan meraih markah penuh 10 per 10.



itu antara print ads yang aku buat.. namun iklan sebenar adalah tv commercial. kelas tamat pukul 1.40 tengahhari.. penat.. kami hanya mempunyai 25 minit untuk kelas seterusnya.. argh... penat nya... namun ku gagahi jua... kamu mula semula pada pukul 2.10 petang dan kelas hanya berakhir pukul 6 petang. namun kelas petang ini amat aku nantikan.. miss shifa janji nak bagitau produk untuk kami buat advertising campaign end of sem... MARS itulah produk yang harus kami persembahkan diakhir semester... setelah tamat aku dan rakan-rakan terus ke koperasi membeli cholet itu... manisnya... harganya agak mahal.. saja nak rasa produk sebelum boleh membuat reseach bendah lain.. ohw tidak... esok KHAMIS... aku harus menghantar business card dan letterhead. aku ketandusan idea... huh.. walaupun apa terjadi aku tidur dahulu... pada masa yang sama aku menanti balasan pesanan dari si "R" namun hampa... aku tertidur sehinga jam 10.30 malam.. aku terus membuka kmputer untuk melakukan kerja-kerja Cik Faizah... namun aku buntu... sampai saat ini aku masih buntu.. alangkah baiknya jika IZ tidak balik... aku pasti dia akn menolongku... argh... biarlah pertemuan kali ini aku akhiri disini... pagi pun merangkak meninggalkan rabu yang agak mengecewakan ini...

No comments: