Tuesday, August 14, 2007

It life...

assalamualikum dan selamat pagi...
happy online utk semua...
hari ini merupakan hari isnin yang baru dalam hidup ku... kini aku sedar hidup tak semudah bak dikata, tak seindah bagai di reka. aku menyedari bahawa hidup sebagai seorang manusia dewasa memerlukan ketabahan yang cekal. banyak tanggungjawab yang perlu digalas. sebagai seorang dewasa aku harus menguruskan masa, kewangan malah masalah kehidupan bersendirian. dulu di ketika kanak-kanak semuanya bergantung kepada "orang tua" kita untuk menguruskan nya... yang kita tahu pergi ke sekolah, buat kerja sekolah dan bermain tapi kini semuanya dah berubah. huh... dunia... aku terasa diriku terlalu kerdil... berberapa bulan lagi genaplah usia ku 20 tahun. aku merasakan tempoh hidup di dunia selama 20 tahun itu cukup lama dan banyak yang telah aku lalui namun banyak lagi benda yang menunggu.... banyak lagi perkara yang belum aku lalui... kini aku mula binggung mengenai konflik yang berada di dalam hidup ku... cinta? apa itu cinta? kenapa perlu kita bercinta? siapa perlu kita cintai? huh banyak nya soalan yang perlu dijawab.... jawapan nya...tah....masing2 mempunyai jawapan yang tersendiri... bagi aku... cinta itu terlalu subjektif... kita perlu banyak mengkaji dan perlu bersedia sebelum memulakan hidup berpasangan... bukan mudah untuk menjaga hati, perasaan dan naluri orang yang kita sayang. kadang-kadang kita rasa kita sudah melalukan sebaik mungkin didalam percintaan namun masih juga ada pergaduhan.susah... susah benar untuk melalui alam percintaan ini... namun aku percaya dengan kata2 sakti ini "kalau kita betul-betul nak... mesti ada cara". iya memang benar... di dunia ini pelbagai cara untuk kita dapatkan sesuatu kalau kita nak benda tue... samada melalui cara baik atau cara yang kurang baik ataupun cara yang tak baik. itu hakikat... tapi bagi aku cinta tak perlu dicari... kalau ada, adalah... kalau takde bersendirianlah jawabnya... itu pendapat aku tentang cinta... tapi tak tahu la pendapat orang yang membaca artikel nie... kita semua berbeza bukan... aku juga berbeza... cukup lah setakat nie...

assalamuaikum dan HAPPY ONLINE...

No comments: