Wednesday, December 23, 2009

Bisakah

Selamat semua,

Mana mungkin masa terluang yang ada aku buang begitu sahaja. Aku mencuri sedikit masa untuk aku membuat sedikit coretan cinta di laman ini.



Sekian lama mengabdikan diri pada kerjaya, kebelakangan ini aku diganggu perasaan aneh. Lama sudah tidak berasa seperti ini. Rasa ingin dicintai dan mencintai. Terakhir aku terasa rasa ini pertengahan tahun 2007 yang lalu. Lama sungguh... 2010 bakal menjelma. Mudah-mudahan sinar baru muncul tanpa perlu menyinar cahayanya.

Setiap kali diselubungi rasa ini, episod rindu pasti ada. Rindu itu adakala sakit ada masa indah. Tidak kurang juga babak cemburu yang amat memeritkan. Tapi itu asam garamnya.



Lupakan nukilan jiwa karya pendita jahil seperti aku. Beralih kepada sesuatu yang mungkin lebih menarik. Ibu di kampung asyik menyeru pulang ke kampung, katanya senang. Serba-serbi senang. Hujan emas di tanah orang, masakan sama hujan emas di tahan sendiri. "Mak dah semakin tua, kau semakin jauh" antara bait-bait kata ibu. Ayah seperti biasa masih tegar mendiamkan diri saja. terakhir "Kau dah besar, sudah pandai pilih jalan hidup sendiri" itu tutur si ayah. Aku sebak tapi bagaimana? Harus aku pulang dan meninggalkan apa yang terkesan disini? Biarlah masa memandu keputusanku.



Bercerita tentang pertemuan ku bersama penyanyi berkulit hitam manis, Nurul di Mersing, Johor baru-baru ini sungguh mengujakan. Sewaktu bersama menjayakan Melodi Raya 2008, aku tidak berkesempatan untuk memotretkan gambar bersama. Cantik sungguh! Mengenaliku, aku memang mengemari mereka yag berkulit hitam.



Di majlis yang sama, aku sempat mengabadikan sekeping lagi potret bersama penghias majalah EH! keluaran Disember, Farawahida. Semakin bijak bergaya. Tatarias juga sempurna.



Pada hari yang sama disebelah pagi, Dafi menghadiri majlis graduasinya. Tahniah dan alhamdulillah dia berjaya. Kini, berada nun di Afrika Selatan meluangkan masa bersama keluarga tercinta.



Pagi semakin matang, matahari juga bakal menyebarkan cahayanya namun aku masih segar. Cuba untuk melelapkan sambil menghayati patah lirik lagu Kala Hati nyanyian Nurul menerusi album terbarunya Tika Cinta.

Selamat malam semua~



No comments: