Friday, December 25, 2009

Cecita

Cuti panjang pada hujung tahun ini ku manfaatkan sepenuhnya. Rehat lebih dari mencukupi. Aku mula berkira-kira pasal kerjaya dan masa depan. Aku memang senangtiasa tidak pernah berasa selesa dimana aku sekarang. Mungkin aku tidak perlu untuk berfikir lagi diwaktu ini kerna kerja sudah berada didalam tangan dan cuma perlu fokus. Tapi manusia tak pernah puas. Ya, aku tak pernah puas. Sam Kassim, bekas PR yang kini pengurus kepada Noryn Aziz menjadi pedoman. Selain beliau, Syuib pengurus kepada Bob juga sungguh mengujakan kejayaan yang dikepacinya.



Sam Kassim
Siapa kenal Sister-sister? Mungkin ada diantara kita pernah mendengar lagu Fantasi O Realiti tapi kita tidak begitu mengenali penyanyinya. Setelah berdiam diri, Noryn Aziz bangkit. Gagal dalam perkahwinan, beliau mengumpul ilmu biar penuh didadanya. Bila ditanya mengenai vokal atau muzik, beliau pasti boleh menjawab. Tiada siapa yang boleh menipunya. Album Alam Maya dipertaruhkan. Cerita Cinta pula diketengahkan untuk dimain dicorong radio. Kebangkitan semula tidak dipersiakan. Memilih Sam Kassim adalah pilihan tepat. Bermula dengan persembahan pada Majlis Hari Jadi Azwan Ali, ramai membuka mata mendengar dan melihat persembahannya.Majlis hari jadi selebriti, ramai rakan media pasti diundang. Tidak berhenti disitu, Noryn dijemput untuk membuat persembahan di pentas yang lebih besar. Kali ini bukan calang-calang, pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang mana penontotnya berjuta menjadi taruhan. Berpadu suara bersama Ning Baizura, Dayang Nurfaizah dan Nikki, beliau tidak berfikir panjang lagi. Terus memukau penonton dangan pukulan vokalnya. Malam yang pasti menjadi ingatannya. Selepas itu, satu demi satu undangan diterima. Dengan keikhlasan pasti semuanya berjalan lancar. Noryn dipilih mewakili Malaysia pula. Tangungjawab yang digalas sungguh berat. Beliau dihantar oleh kerajaan ke Los Angeles untuk turut serta didalam pertandingan World Championship of Performing Arts. Sekali lagi dia memukul masyarakat bila 6 pingat emas dibawa pulang. Tidak cukup dengan itu, dia juga tersenarai didalam antara 3 penyanyi terbaik DUNIA. Syabas. Kini, beliau hanya menunggu tibanya detik 12 Januari 2010 untuk memukau penonton di peas yang diidamkan semua penyanyi, Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC. Doa mengiringi kejayaan mu untuk konsert itu nanti, Kak Noryn.

Noryn Aziz











Sam Kassim & Noryn Aziz


Syuib pula membawa Bob ke satu level yang lain juga. Setelah keluar dari Meastro Artist Management, Syuib mengatur langkah seni Bob. Satu demi satu "Single" dikeluarkan oleh Syuib menerusi Bob Mesra Entertainment. Cinta terhalang menjadi fenomena pada waktu itu. Bob dilihat sebagai artis lelaki baru yang mempunyai tempat didalam industri. Pakej luarannya dengan mudah diketepikan umum apabila melihat bakat yang ada padanya. Mengulangi sejarah Noryn Aziz, dia juga ke Los Angeles. Pulang bermaruah. 6 pingat emas juga dibawa pulang. Kini. Syabas!



Syuib



Bob










Aku? pasti akan aku kecapinya suatu hari nanti. Kini aku menyiapkan proposal untuk beberapa orang penyanyi. Aku berdoa dan bertawakal agar semuanya berjalan lancar.

No comments: