Monday, December 17, 2007

warkah menjelang tahun baru..


Pagi berarak petang, petang menusur malam, malam berganti siang, hari-hari berlalu tidak terasa. Tahun baru menjelma tiba, tapi kita tidak pernah tahu apa yang terisi di masa dahulu.

Detik demi detik, peristiwa demi peristiwa dialami namun terkesankan dijiwa? Cuba kita bermusibah diri seketika dan tanya pada diri apa yang harus dimiliki dan apa yang mesti dijauhi.

Usia bukan semakin muda tapi merangkak tua. Semakin banyak kedut dimuka bukan semakin tegang kulit yang tua. Tulang yang gagah sudah lumpuh tiada setanding waktu remaja.

Hari ini bukanlah masa untuk kita bermain seperti zaman kanak-kanak bukan juga masa untuk bergurau-senda, kini adalah masa untuk berlumba mengejar kejayaan, berlari untuk mendapatkan apa yang mahu dimiliki dan bersedia menghadapi masa hadapan.

Era ini siapa yang lambat tercampak jauh kebelakang manakala siapa yang cepat dia yang melonjak keriangan.

Bukan bermaksud materialistik cuma ingin menjadi lebih realistik. Waktu ini semuanya berasaskan wang. Tiada duit kita papa, adanya wang kita senang.

Saat ini kita perlu menyemai perasaan pentingkan diri kerna dek sikap yang terlalu membantu insan lain menyebabkan kita kekal di takuk yang lama walhal orang lain sudah maju setapak kehadapan.

Tahun 2008 yang akan tiba kita semai perasaan indin bersaing agar kita juga tidak ketinggalan dan terus mengorak langkah selangkah kehadapan tanpa perlu pandang kebelakang lagi.

Semoga azam baru yang telah disemai didalam hati akan kita miliki dengan sedikit usaha dan berkat. Selainnya kita tawal lah kepada DIA yang maha esa.

SELAMAT TAHUN BARU 2008...

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...



1 comment:

aizat.cinta.goddess said...

new year!!!tak sabar nak balik puncak

do read my blog..