Saturday, February 9, 2008

One In A Million

Aku dan rakan-rakan memutuskan agar tidak kemana-mana pada malam jumaat yang lepas dengan hanya menghabiskan masa di dalam kampus.

Masa berlalu bergitu cepat menyebabkan kami tidak tersedar akan detik yang berlalu pergi itu. Perut masing-masing sudah meraung menagis agar kami mengisinya dengan zat-zat yang berkhasiat dan bertenaga.

Kandang adalah pentas yang unggul di puncak perdana kerna itu lah satu-satunya teratak yang membekalkan kami makanan.

Aku, isham dan israq menjamu selera sambil menonton progam realiti tv yang tengah hangat dibibir-bibir rakyat malaysia “one in a million” di kaca tv daif itu.

Melihat Syafinaz selamat membuat aku mengimbau detik sewaktu dia mula bergiat di pentas hiburan. Nyata berbeza! Beliau lebih segar, cantik, dan juga fashionista! Sungguh mengkagumkan tidak seperti sesetengah selebriti yang lain yang tidak pernah maju dalam perkembagan diri sendiri. Syabas wahai SYAFINAZ SELAMAT!

Paul Moss pula seperti biasa mengenakan kemeja berlengan panjang dan jeannya. Tidak banyak yang perlu diperkatakan.

Beralih kepada persembahan perserta. Seperti biasa Sarah Raisuddin tidak menghampakan. Kagum dengan anugerah yang dihadiahkan padanya. Hebat! Tema ROCK sama sekali tidak mengugatnya untuk menyanyikan Fantasia Bulan Madu dengan baik sekali.

Pilihan Shahila mendendangkan lagu Ops! I did it again sangat bersesuaian dengan personaliti dan perwatakan semula jadinya. Dulu aku tidak memadangkannya kerna prasangka yang negatif tentangnya. Dia hanyalah artis miming sahaja tetapi aku sama sekali salah. Alunan suaranya yang serak-serak basah dan funky menarik minat telinga untuk mendengarnya. Keep up the good work sweet girl.

Tone suara Iz juga menarik minat aku untuk mendengar nyanyiannya namun mimik muka yang berlebihan menyebabkan aku agak meyampah dan perwatakannya yang berangan juga kurang menyenangkan namun semoga berjaya kerna kau antara perserta lelaki yang boleh pergi jauh.

Perserta-perserta dari sabah tidak menghampakan. Cuma perlu sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan pentas, penoton juga lensa kamera. Semoga berjaya juga buat kalian. Bukan senang berdepan dengan beribu mata yang memandang. Huh... azabnya hanya mereka yang tahu...

Shawn sahabat lama Kak Nita juga salah seorang peserta yang ku tunggu akan persembahannya. Agak memberangsangkan namun tidak tahu mengapa dia gagal menarik perhatianku. Mungkin kurang daya penarik namun suaranya aku kagumi.

Intan Sarafina antara artis yang menjadi peserta top 12. Kemunculannya aku nanti-nantikan. Namun HAMPA! Dari pemilihan lagu sehingga pakian semuanya tak kena. Suara juga seba tak kena. Mungkin aku tidak layak untuk pengkritik yang baik namun selaku penonton dan pendengar aku rasa ramai orang boleh menyanyi sepertinya. Kadang-kadang terfikir juga, sama ada syafinaz dan paul moss memilihnya kerna kelayakkan bakat nya atau dia seorang artis yang sudah mempunyai album lantas tidak mahu memalukannya!

No comments: