Wednesday, August 6, 2008

Si Isteri


Sekadar gambar hiasan


Lewat pagi hari ini aku keluar bersama teman. Kajang menjadi destinasi. Jam menunjukkan pukul 3.35 pagi. Kami beredar. Telinga dijamu dengan muzik indah oleh radio. Setibanya di kilometer, (tah aku pun tak ingat) lebuhraya Kajang-Semenyih, satu kemalangan berlaku. Perdana V6 berwarna hitam yang dipandu oleh seorang lelaki tersangkut di pembahagi jalan. Kami berhenti lantas keluar. Hanya peronda polis dan beberapa orang pengguna lebuhraya itu kelihatan berada disana. Oh, tak lupa peronda lebuhraya turut serta. Aku antara orang yang yang awal berada di tempat kejadian. Pemandu tersepit di antara kereta dan pembahagi jalan. Matanya berkelip-kelip memohon bantuan. Bomba dan ambulance tidak sampai lagi. Apalah kudrat kami disitu untuk mengeluarkannya yang tersepit. Si mangsa sempat berpesan untuk menjaga isterinya. Kami bayangkan isterinya bersamanya.

Ring! Ring!, telifon bimbit lelaki itu berbunyi. Panggilan dari sang isteri. Kak Azlina namanya. Bagai tak percaya si isteri terkejut mendengar berita itu. Beberapa detik kemudian, si isteri memandu kenari putih ketempat itu. Oh, sungguh sayu hati ini melihat si isteri. Dengan membawa perut yang sarat mengandung 8 bulan, sungguh kuat semangat si isteri. Terkulai layu si isteri melihat keadaan kereta yang hanya satu per empat sisanya. Aku terus menyambar si isteri yang lemah itu. Menangis teresak-esak mengenangkan si suami. Bekali aku yakinkan si isteri, suami mu masih bernyawa namun dia tak percaya. Kalian pasti tak percaya juga jika melihat keadaan kereta itu. Ku temani wanita malang itu, cuma dia dan suami di Kajang permai. Keluarga semua di Perak dan Negeri Sembilan. Si suami selamat dikeluarkan oleh pihak bomba, lalu kereta peronda polis meluncur laju membawa si isteri mengikuti ambulance itu.


Sekadar gambar hiasan

Sabar Kak Liza, berdoalah suami mu cepat sembuh... Ada kelapangan akan ku lawat kalian di Hospital nanti...

No comments: