Thursday, January 1, 2009

Selamat tahun Baru 2009

Dear Family and Friends,
Sebelum terlambat dan hari kedua menjelma, Selamat tahun baru 2009 buat kalian. Moga segala yang diimpi dan dihajatkan tercapai jua terlaksana. Amin.




2008 baru melabuhkan tirai. Banyak kenangan tersimpan rapi dibenak hati dan beribu detik kejayaan juga kegagalan ditempuhi. Alhamdulillah, kita masih dapat bernafas di tahun 2009 ini.

Ramai yang meraikan kehadiran tahun baru tapi untuk apa? Pernah kita berfikir dengan kewarasan fikiran? Kenapa harus diraikan tahun baru?

Ada yang berpendapat tahun baru untuk membuka lembaran baru, ada juga yang berkata tahun baru berazam baru dan tak kurang juga yang berfikir tahun baru semua baru...

Bukankah setiap hari kita membuka lembaran baru yakni yang elok diperolehi semalam disimpan dan esok kita berbuat lebih baik manakala yang buruk dijadikan sempadan supaya hari esok dilembaran baru tidak diulang kebodohan yang sama?

Bukankah kita harus melunaskan azam kita sehingga kita dapat mengapainya bukan bertukar azam setiap datangnya tahun baru tetapi berusaha kearahnya. Kalau begitu maknanya azam tahun lepas yang belum tergapai diabaikan dan menanam azam baru yang tak pasti mampu mendapatkannya.

Bukankah hari-hari kita akan memperoleh sesuatu yang baru? Kenapa nak tunggu tahun baru?

huh!

Cuba kita renungkan... Mari kita fikirkan...

Bukan bermaksud salah kita menyambut tahun baru tetapi lebih elok kita bertafakur dan menilai diri kita. Apa yang perolehi sepanjang tahun lalu dan bagaimana kita mahu memperibaikinya tahun akan datang. Bukan begitu?

Langsung tidak mahu menjadi optimis tetapi lebih menjerumus kearah realistik.

Assalamuaikum W.B.T.

No comments: