Monday, October 15, 2007

Menjelang hari presentasi...

Menjelang hari presentasi advertising pada 04102007, aku bersama-sama 5 ahli kumpulan aku yang lain sibuk membuat persiapan terakhir. Kami menamakan kumpulan kami sebagai RING D” ALARM! Dalam kesibukan aku, dya, kak wani dan asyh memerah tenaga untuk menghasilkan hasil kerja yang baik, dua ahli kumpulan yang lain, lala dan sara, hanya sekadar umpama melepaskan batuk di tangga. Jika bukan kerana mereka berdua mana mungkin kami mengalami kesalahan printing! Mana mungkin kami harus bersengkang mata! Mana mungking silde show kami dibuat di saat-saat akhir! Terngiang-ngiang di telinga dya mengingatkan kami semua supaya menghantar kerja sebelum isnin supaya dapat di satukan kerja-kerja kami dan dapat di”print” pada hari isnin, iaitu 3 hari sebelum hari presentasi! Rasional nya dya berbuat demikian adalah supaya kami tidak payah bersengkang mata lagi! Supaya kita ada masa untuk membuat latihan! Namun, kedegilan mereka untuk menyiapkan kerja, keasyikan mereka melambatkan kerja membuat semua itu terjadi! Lambat printing, kurang latihan terjadi! Alasan mereka nak buat booklet, habis aku, dya, kak wani dan asyh tak perlu buat booklet? Malah aku, kak wani dan asyh mmpunyai presentasi akhir untuk subjek PUBLIC RELATIONS pada hari jumaat sehari selepas presentasi advertising! Walhal, bukan kami tak tahu mereka berdua asyik keluar! Bersuka ria! Apalah sangat kerja yang kami bagi pada mereka untuk disiapkan! Setakat dua, tiga muka surat pun tak boleh nak siap… buat kerja orang lain boleh plak. HEI!!!! Bangun, kenapa harus nak bersusah payah buat kerja orang lain kalau setakat nak meraih cinta nya! Ingatlah dia sekadar mengambil kesempatan. Tekanan semakin terasa sewaktu hari presentasi akibat sabotaj yang dilakukan. Dengan muzik tidak dibuka setelah MISS SHIFA memotong riben, dengan slide show kamu di”DELETE”! malang apakah menimpa kami ini… dengan aksi orang yang tak buat kerja tetepi berlagak seperti dia yang buat kerja dari A to Z! kesian lala, diatas kebodohan diri sendiri dalam memilih teman, akhirnya diri sendiri yang terkena. Tidak mengapa lala, masih ada waktu untuk dirimu mengubah dirimu. Malam itu Miss Shifa hanya menghabiskan kelas pada pukul 12.45 pagi! Banyak benar tragedi berlaku malam itu. Seronok, sedih, sakit hati, dan bermacam lagi perasaan yang terasa.

Selamat tinggal semester 4…

Aku menantimu untuk dicabarmu semester 5!!!

No comments: