Tuesday, September 4, 2007

4 september 2007

Isnin pertama untuk bulan september... aku memulakan hari ini dengan lepak bersama sahabat baru ku... Israq... niat utama untuk mengambil bantal dan terus pulang untuk tidur terbantut apabila terlihat talian untuk “online” terpampang di skrin komputer peribadi Fadhli... agak lama aku “online” dan lepak di umah mereka... aku lantas menemani Israq makan malam di kandang... erm... sebaik pulang dari kandang kami lepak bersama Aizat dan Paul di kaki lima blok kolej. Aku hanya pulang ke rumah sendiri tepat pada pukul 4.33 pagi hari isnin... erm... banyak masa diluangkan untuk berbual. Aku mandi dan tidur.

Aku bangun seawal l 0.30 pagi setelah dikejutkan teman serumah man. Aku mandi kerna sudah berjanji untuk menemani Isham... aku menemaninya ke KL Plaza untuk menghantar external hard disk nya yang rosak... kami ke berjaya times square untuk membeli tiket wayang. Kami mengambil keputusan untuk menonot filem tikus yang suka memasak... RATTATOUILLE... sementara menunggu waktu tayangan kami ke sg wang untuk mencari cakere filem mars attack dan the sign untuk tugasan news capsule Isham... nasib tak menyebelahi kami... kehabisan stok... erm... kami masuk ke dalam panggung agak lewat namun nasib baik cerita belum mula ditayangkan cuma iklan yang menghiasi skrin putih itu... alangkah terkejut hati ini apabila ditegur Lan yang kebetulan menonton cerita yang sama bersama kekasihnya.... perasaan apakah ini??? Gembira berbaur duka juga bercampur kecewa dan sedikit cemburu... biarkan... pertembungan yang cuma seketika itu meninggalkan impak yang besar... impak maksima katanya... kami tersekat gara-gara hujan lebat melanda ibu negara. Hampir 2 jam juga kami tersekat disitu. Huh... penat yang teramat. Tiba di kolej hanya pada pukul 11.15 malam... satu hari keluar, lama tak buat keja macam nie.. seronok juga kadang-kadang...

Aku terus balik ke rumah dan mandi. Selesai mandi aku turun semula untuk memenuhi tuntutan perut. Setelah makan bersama Isham aku naik semula ke rumah... kini aku tengah meng”update” blog ini...

Mungkin sampai disini sahaja kerna aku harus mengulangkaji sedikit untuk mid-term test untuk mata pelajaran Publishing...

Jumpa esok En. Jem...

No comments: