Tuesday, September 4, 2007

2 September 2007

Hari ini merupakan hari ahad pertama untuk bulan september. Dua september 2007, SELAMAT HARI LAHIR buat seorang pendita yang aku tak tahu apa yang harus ku klasifikasikan. Teman, sahabat, kawan, kekasih, ataupun musuh. Hari ini genaplah usia mu 21 tahun. Maka bebaslah kamu sekarang dalam memilih hala tuju hidup mu. Kamu sudah dewasa. Hanya doa ku mengiringi kamu. Selamat panjang umur serta selamat berbahagia bersama keluarga dan insan teristimewa disamping mu.

Sudah 2 tahun kisah kita berlalu. Aku setia bersamamu, kekal memerhatikanmu dan jua terus mengikuti perkembangan mu. PELUANG KE-2? Mungkin tiada peluang untuk ku bersama mu namun jika ada peluang itu, pasti ku abaikan sahaja. Kerna bagiku masa untuk ku bersama mu sudah berlalu. Aku sudah berbuat sehabis baik untuk mu 2 tahun yang lepas namu kau sia-siakan. Ah… adakah peluang ke-2 untuk ku? Sedangkan dia tak pernah mengingatiku walau sesaat di fikirannya. Masih segar memori bersama kamu. Tak pernah ku lupakan saat itu. Tiada penyesalan walau sekecil kuman untuk mengenalimu tapi kekecewaan sentiasa bersamaku. Aku terkilan dengan dirimu yang tak pernah sedetik pun menghargaiku, aku terguris dengan sikapmu yang tak bisa walau sesaat untuk bertanyakan kabar tentangku dan aku tersinggung dengan pendirianmu yang tegar untuk melupakan ku.

Aku sedar akan siapa diriku, cuma insan hina menagih kasih simpati dari mu tapi mengapa kau beri harapan padaku? Mengapa? Jika benar aku meRIMASkan mu, katakan pada ku agar dapat aku memberi ruang padamu, jika iya aku meLEMASkan mu, bilang saja padaku agar bisa aku memberi waktu padamu agar kau bisa bernafas.

Aku benar-benar terkilan akan kata-kata mu. “elle merimaskan aku. Aku tak pernah suka padanya tapi dia yang terhegeh-hegeh nak kan aku”, “I tak pernah ada apa-apa dengan elle!”, kata-kata apakah ini?

Memang bernar kata orang tua, “sebelum dapat semua indah, carik dan menarik, tapi, bila dah dapat semua nya hina, keji dan jijik”. Mengapa aku harus DITIPU PENIPU yang MANIS berkata-kata? Kenapa aku percaya pada harapan yang diberikan? MENGAPA dan KENAPA??? Semuanya salah diri sendiri...

Bukan niat aku untuk mengungkit tapi setelah sekian lama memendam, aku cuma ingin meluahakan dan berkongsi sedikit bersama kawan-kawan apa yang aku lalui ketika dan selepas bersama mu.

Kamu memang “sweet talker!”. Aku juga yang terpedaya. Sangat indah ketika bersama mu. Perasaan yang ku rasa sungguh bahagia umpama PELANGI yang muncul setelah hujan reda. Tiada kata-kata yang mampu mentafsirkannya. Tidak mungkin dapat ku nafikan, dirimu amat baik, cuma sikap mu yang meninggalkan ku tanpa sebarang alasan membuatkan ku sedikit tidak berpuas hati.

Setelah apa yang berlaku, aku nanar dan hilang arah! Kau memang meninggalkan impak yang besar dalam diriku setelah kau menyepi tanpa kata. Aku hampir gila kerna kamu, aku tak tahu mengapa ianya terjadi? Mungkin aku terlalu membenarkan perasaan itu menguasai diriku sehingga aku berasa begini sehingga kini, walaupun setelah 2 tahun berlalu pergi...

Di hari kelahiran mu, ku mahu kau tahu yang perasaan ku pada mu tetap sama. Dulu, kini dan selamanya aku tetap sayang padamu, masih cinta dirimu!

Juga, ku mahu kau tahu bahawa aku akan sentiasa merindui kamu, apatahlagi setelah kamu kini berada di semester TERAKHIR dan kita MUNGKIN tidak akan bertemu lagi.

Sekali lagi... SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-21...!!!

No comments: