Tuesday, September 25, 2007

Mengelak adalah cara terbaik...

Aku tak tahu apa yang menarik aku untuk menghantar pesanan kedapa pendita ini. Banyak kali aku berfikir sama ada hantar mahupun tidak pesanan kepada nya. Akhirnya aku menghantar pesanan yang telah aku tulis itu.

Tekanan akibat kehilangan telifon bimbit jua mendorong aku untuk menghantar pesanan kepadanya melalui e-mail. Aku perlukan teman untuk berbicara saat itu. Hadiah hari jadi aku yang bakal berlangsung bulan depan sudah HILANG walhal hari nya belum tiba. Maaf ayah...anak mu gagal menyimpan amanat itu.

Kini sudah 13 hari aku mengenali pendita yang ku tegur melalui pesanan yang ku hantar kepadanya. Kami berhubung melalui sistem pesanan ringkas melalui telifon bimbit. Nasib baik teman sebilik ku WARDY berhati mulia untuk meminjamkan telifon bimbit kedua nya kepada ku.

Kadangkala kami berhubung melalui panggilan yang dibuat olehnya. Kesenangan berbual dengan nya menyebabkan hubungan antara kami semakin akrab. Kini sudah beberapa kali kami bersua muka.

Perasaan apakah ini? Jangan... matikan perasaan itu. Matikan perasaan yang baru saja berputik itu. Makin berjaya aku mahu matikan nya makin banyak baja yang dicurahkan dirinya tanpa sedarnya.

Biarla hubungan kita sahabat selamanya. Aku tak sanggup dikecewakan olehnya. Aku tak mahu ditinggalkan olehnya kerna setiap kali mendenfar suaranya aku gembira dan setiap kali menatap wajahnya aku bahagia. Lupa segala sengsara dan problema.

Peristiwa yang berlaku tempoh hari menyebabkan aku menunggu pesanan ringkas darinya, menanti panggilan telifon suaya bisa aku mendengar suaranya dan menyebabkan aku tak dapat menahan sabar untuk bertemu dengannya.

Kini jalan terbaik untuk mematikan perasaan itu adalah dengan mengelak dirinya. Aku cuba untuk tidak menghantar pesanan ringkas dari nya, aku cuba melayan pangilan telifon nya sambil lewa TETAPI aku yang menderita, aku yang sengsara dan aku juga yang merana.

Huh... aku akan mengelak dirinya untuk kebaikan diriku, dirinya dan juga hubungan kami!

No comments: