Lagu: Reza Ramsay / Archie Nasution
Likir: Puja


Penat Malam Gala untuk Film edaran United Studio di Berjaya Times Square masih terasa disaat mata tercelik pagi sabtu itu. Malas melangkah namun aku terpaksa melangkah gagah untuk ke KL Sentral sebelum aku ditinggalkan pesawat MH 1326 ke Kuala Terrengganu. Sesampai disana kami dijemput oleh Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yad. Kami yang dimaksudkan adalah aku, Sarah Raissuddin, Akim AF7 dan Pembantu Sarah. 
Kami dibawa untuk berehat di "Sutra Beach Resort, Kuala Terengganu". Aduh! Cantik sekali resort ini. Tenang sedikit hati yang bergelora kuat bak sang ombak didepan mata. Masuk kedalam Bilik yang dikongsi bersama bintang Realiti Akedemi 
Malam menjelma tiba, bunyi sang ombak yang masih bermain kencang menyaji hawa telinga. Tenang! Fikiran tertumpu akankah semuanya berlalu pergi...

Hari-hari lari-lari mengejar keinginan, terjatuh kebumi aku dongak kembali ke langit, tanpa jemu aku terus mencuba dan terus terjatuh namun kini terasa seperti mampu merangkak kembali. Pelahan-lahan langkah menjadi semakin laju. Hati mati dulu seakan bernafas kini. Puas ku cari apa punca hati mati, hidup kembali! Seakan bahagia tapi aku benci! Tidak suka! Ianya menyakitkan. Biarlah aku saja merasakan terus melaluinya, cuma nukilan ini buat perkongsian kita bersama agar mendapat manfaat dan iktibar atau merasai sedikit pengalaman itu. Kata A. Samad Said "Segala yang diingin tapi tak dapat adalah nikmat yang paling padat". Keliru!? Benar-benar keliru! Tak dapat tapi masih jua nikmat, terus padat! Bukan apa yang diingin lalu diikhtiar dan dapat baru nikmat? Huh... Kepingin sekali bertemu lalu berbicara tentang ini. Bait-bait satu baris ayat itu terlalu dalam, kemas maksudnya. Puas ku fikir masih kabur bayangannya. Mungkin kekecewaan lalu buat aku semakin berhati sekarang itu maksudnya? Entah. Cuma aku mahu galaksi ini tahu hati aku berdetik lagi. Berbungga indah. Berlagu riang. Bermimpi ceria. Tapi pada apa atau siapa? Aku juga kurang pasti!


