Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan Ini

Penat sehingga tertidur hampir larut malam baru terjaga. Mata tak bisa lelap walau sahur sudah beranjak pergi. Belum habis 2009 aku sudah menyesali beberapa pekara. Akhir-akhir itu aku terganggu. Apa puncanya aku sendiri tak pasti. Hari ini setelah empat hari menjalani ibadah puasa aku ditari bisikan halus untuk mula menulis lagi. Jalan cerita aku tak tahu. Namun, tangan ini lagu memetik papan kekunci meluah buah fikiran.

Episod rindu barangkali ini ku luah buat mukadimah. Menghitung hari pulang bertemu keluarga itu yang ku bilang. Makin dekat waktunya makin lama rasa berlalu. Setelah berbual bersama Mak melalui Yahoo! Messenger. Aku dan Mak berbual sambil Mak leka meneliti wajahku melalui skrin komputer ribanya dan aku bersorak riang melihat Mak di skrin komputer riba ku. Rindu! Rindu! Rindu! Lucu dek kerana Mak memakan masa untu
k menaip satu demi satu huruf di papan kekunci. Tak apa! Janji Mak pun dah menaik tarafkan dirinya setaraf peredaran masa. Teknologi semakin kencang menaik taraf nya. Jika dulu surat kemudian telifon lalu telifon bimbit kini internet rancak digunakan umat walaupun teknologi 3G semakin hangat menjadi bahan bualan dan bahan komunikasi.

Kerja? Tiada apa yang dapat dikatakan. Aku perlu banyak lagi belajar. Sesungguhnya tempat baru ini memberi peluang untuk aku mengisi ruang kosong dalam benakku utk dipenuhi dengan ilmu. Suasana kerja yang selesa membuat aku tidak merasa tertekan. Jika dulu aku rasa aku sudah banyak mengetahui bidang ini tapi kini aku terasa terlalu cetek pengetahuanku.


Kehidupan? Aku mengenali erti kehidupan dengan semakin dalam. Perjalanan yang ku lalui ada masa selesa, ada kala tidak tapi sempurna. Banyak sudah warna terlekat dalam diari kehidupan ku. Warna-warna itu mempunyai rahsia dan khasiat sendiri untk pegangan jua sandaran masa hadapan.

Sikap? Kebelakangan ini semakin aku dewasa semakin aneh sikapku. Berdendam itu aku kini walhal aku tidak dahulu. Pemarah itu aku sekarang walaupun tidak awalnya. Dan aku terfikir mana warna-warna cerah sikap ku menghilang. Oh! Mungkin pegangan hidup aku semakin goyah. Tuhan, kembalikanlah kemurnian sikap ku yang dulu. Aku rindu itu.

Mungkin aku perlu mengasingkan diri lebih lama kali ini, biar ku selak sejarah lampau dan perbetulkan mana yang salah dan mengperhalusi mana yang betul. Benar-benar aku merasa aku terlalu berubah. Teramat jauh terubah dari landasan pegangan ku yang asal.

No comments: